Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, January 10, 2013

Mengaku salah tak rendahkan maruah pun

Assalamualaikum.

Hari ini ibu nak share sesuatu. Ibu telah berjaya melakukan sesuatu yang amat berat dan jarang ibu buat sebelum ini. Ibu nekad untuk melakukannya, demi sebuah perubahan yang positif.

Minggu ni kelas sudah bermula. Kisah kelam kabut macam biasa. Kalau nak diceritakan, memang akan berjela-jela. Macamana sibuk pun, semuanya ibu layankan saja semampu yang mungkin.

Nak dijadikan cerita, opis ibu ni dikalutkan lagi dengan kerja-kerja ubah suai. Masa tengah susun partition, tu bersepah-sepah meja ibu dengan barang-barang. Dan akibatnya, ada satu dokumen yang agak penting tak dapat dikesan walaupun keadaan bersepah sudah kembali tenang.

Nak berkemas satu persatu barang kat meja ibu, agak mengambil masa. Disebabkan dokumen itu penting untuk permulaan kelas ibu, terpaksalah ibu meminta dokumen tu dari staf  X yang bertanggungjawab menghasil dan mengedarkannya.

Ibu berjumpa dengannnya pada pagi Isnin (tak salah ibu la) dan meminta dia mencetak kembali dokumen tersebut buat ibu, dan dia pun bersetuju. Hari Selasa, ibu ada masa dan semangat untuk kemaskan kawasan kerja ibu. Walaupun tak sepenuhnya, meja ibu kembali clear bila kertas-kertas lama yang tak berguna lagi dibakul sampahkan.

Dan, dokumen yang ibu tak dapat dikesan dulunya itu telah ditemui, di bawah timbunan fail-fail. Huhh...lega..lega! 

Rabu pagi, ibu berjumpa staf X dan memaklumkan dokumen yang ibu minta dia print semula tu telah dijumpai. Tak disangka-sangka, si X ni boleh bersuara.

"Alaaa..akak ni menyusahkan saya la. Saya dah siap print dah cuma tak sah saja lagi", kata X.

"Sori la X, akak kemas-kemas meja semalam, then jumpa. Tu yang akak bagitau ni. Kalu dah print, tak pa lah. Sori ek".

"Lain kali kalau hilang lagi, minta la lagi kat saya". Kata X, mungkin hajatnya nak memerli ibu atau memuaskan hatinya yang panas.

"Oh....sudah tentu. Memang kalau hilang lagi, akak cari ko dik". Kata ibu sambil berlalu ke meja dan bersiap untuk masuk ke kelas.

Rupanya, marah X masih panjang buat ibu. Ibu tak tahu pun sebab meja ibu dan F memang jauh. Ada kawan ibu yang sampaikan, lepas ibu berlalu ada lagi ayat-ayat marah yang keluar dari mulutnya seolah-olah tak berpuas hati dengan tindakan ibu.

Malam tadi ibu teringatkan satu kursus yang telah ibu hadiri awal tahun ini. Penceramah tu ada menyebut :

"THE HARDEST THING TO DO IS ADMIT WE ARE WRONG, ITS OUR MISTAKE AND PULL DOWN OUR EGO AND SAY I AM SORRY."

Betul! Ibu pernah melalui hal sebegini. Memang payahkan nak mengaku salah dan meminta maaf atas kesilapan kita. Tapi ibu pernah mencuba untuk mengakui salah walaupun tidak ibu tak tahu apa salah ibu (hingga kini) demi sebuah persahabatan. 


Tapi sayangnya, tidak diendahkan. Namun hati ibu berasa tenang kerana ibu telah berkorban demi sebuah persahabatan walaupun terpaksa merendahkan ego. Tak kisahlah walaupun ego kawan ibu tu yang tak pernah turun (pada ketika itu) dan tetap menyalahkan ibu atas hal yang ibu langsung tak tahu menahu, ibu tetap rasa bahagia dengan apa yang ibu lakukan untuknya walaupun tidak dihargai.

Berbalik kepada kisah X. Ibu pun terfikir, Ya! Ini memang salah ibu. So tak rugi pun kalau ibu minta maaf untuk meredakan hati X yang marah-marah pada ibu demi sebuah suasana yang positif. 

So, pagi tadi ibu belikan sarapan untuk X. Bukan sarapan yang mewah pun, hanya sebungkus bihun goreng dengan telur mata kerbau saja. Masuk opis, terus ibu ke meja X. Ibu letakkan di hadapannya.

"Semalam, X marah akak eekk. So akak minta maaf sebab dah susahkan X. Ni akak belanja sarapan. Ok?!". Saja ibu melentokkan muka di sisi meja mengadap mukanya terus merenung matanya

"Semalam saya marah, sikit saja laa. Lepas tu dah tak dak dah. Hari ni dah tak dak dah". Kata X yang nampak agak terkulat-kulat, terkejut dengan tindakan ibu barangkali. Hehehe maklumlah, ibu ni jenis 'berangin' juga :D

"Betul..dah tak dak marah ni? Dah tak marah akak ni..? Ni akak belanja sebab akak dah susahkan awak. Sorry ok". Kata saya lagi sambil merenung mata X, mencari ketulusan hatinya. 

Tokwan ibu pernah pesan, orang yang bercakap benar pasti berani bertentang mata. Katanya ada dua jenis manusia yang tak berani bertentang mata bila bercakap. pertama orang yang bercakap bohong dan yang kedua orang yang ada membela hantu raya!


Lepas selesai dengan X, ibu pun berlalu. Ada suara kawan-kawan yang bergurau senda, "Saya pun nak marah akak la, nanti dapat makan free". Hehehehehe...ibu pun bagitau pada kawan-kawan ibu yang ibu nak aplikasikan apa yang ibu dapat dari kursus hari tu. Kalau salah, kita perlu ajar diri kita untuk turunkan ego dan mengaku salah serta memohon maaf. Hidup mesti positif.


Dan, ibu tersenyum saja berjalan ke kelas hari ni... lalalalalala...

8 comments:

Nurul said...

betul tuh..teringat ada satu lagu omputih tuh "sorry seems to be the hardest word".
Nak memaagkan orang senang tapi nak meminta maaf kat orang tuh punya lah payah..macam aku la lip. Huhuhuhu...insaf, insaf

Taman Rashidah Utama said...

Dah2 la Kiah...jangan susahkan X lagi. Rasanya i kenal X tu. Hehehe...

Anonymous said...

Che kiyah...knp manusia suka rumitkan ssuatu prkara..sy x pham betul...sy ckup respect peribadmu..sentiasa mcari kemuliaan hati..sgt suka sy contohi..x mcm sstg org...suka cr gaduh..org simpati asal dpt point kt kita maki dia..entah...susah jg nk jd manusia yg benar2 berpendirian...sgt hebat dugaannya.,,ada j kaki cucuk..virus lglah cukup berpengalaman...baik j layanan tp dpt rahsia org j jaja pd kenalan2 yg x habis2 pcaya..padahal bkn betul pun...peace no war..pengunjung idol

Zakiyah Zainon said...

nisri : betui tu...tak sampai hati tak maafkan orang tapi sendiri dan sebut maaf memang payah. Tapi boleh cuna ;)






TRU : Cukuplah dengan ilmu kasyafmu yang sentiasa tahu itu dan ini..lalalalala





anon :sudah cukup cukup sudah....jangan terlalu memuji saya. Saya insan biasa!
Apa yang elok, ambil lah..apa yang tak kena, tegur lah ;)

Taman Rashidah Utama said...

Zakiyah Zainon,

Saya manusia biasa, sejujurnya ilmu2 kasyaf ni saya xde.
Harap maklum.

Zakiyah Zainon said...

TRU : saya lupa, anda kan ada hantu raya! Hehe

Taman Rashidah Utama said...

Zakiyah Zainon,
Ingin juga i jelaskan sejujur2nya, i memang takde bela hantu raya. Duit raya last year RM1 yg baru ada la...banyak lagi.

Lagipun, i tak main la hantu raya ni. Tak rockkkkkk!

Anonymous said...

Che kiyah....katakan org tu wat salah pd awak tp scr x sgaja coz bcking member...dia x involve directly tp dia terinvolve cz bcking member....agk2 awak maafkan x dia klau dia ikhlas dgn niatnya nk minta maaf coz yelh mgkpin stp org nk mati dgn cr bermaafan dgn smua org.,apa pdpat awak?

Related Posts with Thumbnails