Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, February 28, 2013

#Buat baik dibalas baik.

Assalamualaikum.


Sabtu lepas, ibu ditugaskan untuk mengajar kursus pendek di kolej. Kursus yang ibu ajar adalah Kursus Pembinaan Blog. Seronok sangat ibu dapat berkongsi pengalaman dan maklumat berblog kepada peserta. Tapi lepas ajar kursus blog, blog ibu tak berupdate! Apa kes ni? hahahaha

Dah hampir 2 minggu juga ibu menjinakkan diri dalam bisnes online. Saja-saja mencuba. Dari 'melengung' tak tau nak buat apa, baik ibu meniaga kan? hahahaha. Rupanya memang best bisnes online ni, publish saja kat page dan blog, dah ada orang order. Dah ada yang di pos pun pada customer. 

Yang bestnya lagi, lepas ibu mula bina page kedai ibu di FB, dah ada kawan ibu pun berminat nak buat sama bisnes online, tanya cara nak create page dan nak promote itu ini. Walaupun ibu masih baru, tapi dapatlah kami bertukar-tukar pengetahuan masing-masing. 

Seronokkan bila apa yang kita buat dapat encourage orang lain untuk buat sama, tapi benda yang baik laaa...ok! Jangan nak seronok pulak perkara tak baik kita yang diikutkan orang, contohnya kalau sikap suka 'kuntau' kita yang dijadikan contoh teladan. Menjawab la nanti...

Ok, kisah lain.

Dalam minggu lepas, ibu dan kawan ibu lunch agak lewat. Dalam pukul 2++ kot baru  kami keluar makan. Selesaikan beberapa urusan penting di luar, kami pun menuju ke Tesco Sri Alam untuk makan memandangkan kat sana ada foodcourt serta restoran dengan pelbagai pilihan makanan. 

Parking kami bersebelahan pintu keluar/masuk sebuah restoran di dalam tesco. Masa mula parking, kawan ibu ni dah bersuara.

"Kiyah, kalau la aku jahat kan.." sambil matanya terus memandang ke sebuah kereta di hadapan yang membontoti kami.

Huhuhu..kalau la ibu ni orang jahat kan? Memang terbaik lah. Dah selamat dah kereta tu ibu kerjakan. Kalau laa...tapi ibu dan kawan ibu ni memang orang-orang baik-baik belaka (hahahaha..puji diri memang tak boleh kurang ya!?)

Tau apa yang terjadi kat kereta tu? Pemiliknya telah meninggalkan kunci kereta di bonet keretanya, tergantung cantik saja. Kalau  kereta kancil, ok la. Ni Honda City! Baru pulak tu. Kalau bawak seround dua dulu pun, bukan orang tau pun hahahahaha

Mujur akal masing-masing masih waras, lepas berbincang nak buat apa, ibu pun keluar dan mencabut kunci tersebut. Kami berdua masuk dan terus menuju ke Information Center. Bagitau staff yang ada kat situ dan minta depa buat pengumuman minta pemiliknya datang tuntut kunci kat situ.

Kunci yang berjaya diselamatkan.


Kami berdua dok meneka jantina pemilik kereta tu, lelaki atau perempuan. Tunggu jugak la kot pemilik dia nak mai ambik, tapi tak dak. Akhirnya kami tinggalkan kunci tu kepada staff Tesco selepas berpesan macam-macam. Takut kang, ada pulak yang tak bertanggungjawab mengaku kereta tu kereta dia pulak. Dari orang lain yang ambik, baik kami yang ambik kan? hahahahaha Iblis memang sentiasa menggoda!

Dan kami berdua pun menuju ke sebuah restoran yang ada di dalam tu untuk makan tengahari.

Selesai pilih lauk dan letak pinggan di meja, ibu bergerak nak basuh tangan. Ibu berselisih dengan seorang lelaki yang menegur kawannya, "tadi ada orang umum kereta Jxx 7xx ke kaunter, tak dengar ka?".

Dasar kepochi yang menebal dalam diri, ibu tak dapat menahan mulut untuk berkata-kata dan terus menyampuk, "OoooOo...kereta cik ek yang Jxx 7xx yang parking kat depan tu. Tadi, cik tertinggal kunci kat bonet. Saya ambik dan hantar ke kaunter Tesco suruh buat pengumuman".


Plat number di'pink'kan demi menjaga kerahsiaan pemilik.


Tuan punya kereta tu beristigfar. Isteri dan anak perempuan (rasanya la) bercakap sesama sendiri. Rupanya, kereta itu dipandu oleh anaknya yang lain. Ibu malas nak menunjukkan prihatin ibu yang berlebihan dalam perbincangan keluarga mereka, ibu pun berlalu untuk mengisi perut ibu yang sudah rancak berdondang sayang mintak diisi. 

Sambil makan, sambil mata menjeling dan memasang telinga, akhirnya pemilik kereta berjaya dikesan. Lelaki rupanya! Kalau pompuan yang buat cam gitu, mesti dah kena kutuk. Careless la, tak boleh harap la. bla..blaa..bla.. semua statement yang keluar pastinya merendahkan keupayaan wanita. Sangat double standard. Padahal lelaki pun sama! (Eh! emosi tetiba)

Oklah, tuan kereta dah ditemui, kami pun dah siap makan. Dah selesaikan. Lepas cuci tangan ibu pun ke kaunter nak bayar harga makanan. Ibu pun hulur resit yang telah diberi. 

"oOoo..kakak yang duduk kat situ ya. Tak payah bayar. Sudah dibayar tadi". Kakak kaunter tu buat ibu tersenyum.

"Orang yang tadi tu tolong bayarkan ek. Alhamdulillah", suka ibu, maklumlah masa tu dah hujung-hujung bulan menunggu gaji. Kawan ibu yang qeueu kat belakang pun tergelak.

"Bos yang bayarkan tadi kak", celah seorang lelaki yang memakai apron, mesti pekerja restoran tu.

"Laaa...kereta bos ka?!". Alkisahnya. Lepas berterima kasih, kami pun berlalu ke parking kereta. 

Masuk dalam kereta ibu terus bersuara pada kawan ibu, "Dia tak mau ambik kita jadi anak angkat dia ka? Boleh makan free selalu". Hahahahaha...impian bukan main! Kami bergelak sakan dan terus membuat andaian masing-masing. Rugi ambik lauk tempe saja. Kalau tau, mau kami belasah ayam penyet ka, ikan patin ka. Kalau tau la kan......

Kemudian, kami berdua kembali sedar. Takpa, ikhlas tu penting kan. Allah tahu kita buat bukan untuk balasan, semua kerana tanggungjawab. Tapi kalau orang nak membalas kebaikan kita, maka berlapang dada lah menerima seadanya. Kalau dah demand segala bagai, itu dah meminta namanya kan?

Buat baik, pasti dibalas baik. Ada yang buat baik dibalas tak baik. Ibu dah pernah kena pun, berkali-kali. Walaupun kita buat baik dengan orang, tetap tuba yang diberi. Tak pa la, sebab Allah Maha Mengatahui dan sudah pasti ada ganjaran dari pihak-Nya walaupun sesama manusia tak menghargai (^_^).

 Sila ingat, inilah muka 2 orang yang baik itu (suka puji diri sendiri kan!?)
Gambar tahun lepas masa kursus kat UTM (Dari FB Kak Yani).
Wajah kami tak berubah cuma makin cantik saja (puji lagi) hahahahahha

3 comments:

Honda Civic New Edition said...

Nasib baik Honda City. Kalau la Honda Civic New Edition, ko tau2 la nak cari i kat mana. Lalalalala...

azieazah said...

Alhamdulillah.
Seronoknya, dapat juga selesaikan maasalah kunci keta tu waktu tu juga. Rasa indah jer kelegaan tu kan?

Buat baik dibalas baik tu sebenarnya sesuai sangat. Kadang2 kita baik pada orang, lain orang yang balas. Tetap ada balasan. Tu yang seronok. Syukur

Zakiyah Zainon said...

Honda civic : Kalau kreta ko yang aku jumpa...hehehehe..tau la apa nasibnya!





Kak AA : betul tu kak, mungkin orang yang kita buat baik tu tak balas apa-apa, tapi pasti Allah gerakkan orang lain yang akan buat baik pada kita. Janji kita jangan buat jahat kat orang, sudahhhh...kan?

Related Posts with Thumbnails