Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 1, 2013

Kekasih dan keluarga, mana pilihan anda?

Assalamualaikum.

Februari muncul kembali. Masa yang berlalu terlalu pantas. Apakah hasil kita sebulan yang lepas?

2-3 hari ni heboh kisah Sharnaaz dan ND Lala berbalas komen pasal hal masing-masing terhadap Shila Amzah. Sorang berwatak wali/ayah dan seorang lagi sebagai kekasih. Tak payah cakap banyak, kalau sebut soal hak ke atas Shila Amzah, awal-awal lagi Sharnaaz dah kalah. Lainlah kalau Shila Amzah tu janda..

Ni kisah ibu dan ayah.

Masa baru lepas nikah dulu, tak ingat bila. Ayah pernah tanya pada ibu tentang sesuatu hal. Ayah tanya, kalau la family ibu tak setuju ibu dan ayah nikah, agak-agak ibu sanggup tak lari dan kahwin dengan dia? Hehehehehe...

Jawapan ibu mudah. Tak, ibu takkan lari. Kalau family tak setuju, ibu cari orang lain. Ayah diam dengar jawapan ibu. Ibu jelaskan, ibu bukan jenis buang family sebab seorang lelaki. Kahwin tanpa restu, tak ke mana pun bahagianya sebab redha ibubapa tu adalah doa.

Alhamdulillah, semua keluarga merestui hubungan ibu dan ayah. Maktok pernah tanya ibu, dah habih pikiaq ka nak kahwin dengan orang jauh. Ibu kata, kalau dah jodoh nak buat macamana, terima sajalah.

Restu ibu bernikah dulu bukan datang dari mak dan abah malah seluruh adik-beradik serta mak dan pak saudara, tok dan tok wan jugak. Ibu langsung tak pernah rasa hal itu menghilangkan kuasa veto untuk ibu membuat keputusan sendiri dalam hidup, malah ibu sangat berbangga mempunyai sebuah keluarga yang mengambil tahu setiap perkara.


Ibu dan ayah, first time jumpa.

Sejak depa declare, ibu ikuti juga kisah cinta Shila dan Sharnaaz ni. Ibu tak nak la kepochi nak listkan sebab musabab, tapi pada pandangan mata ibu, Sharnaaz tidak sesuai dengan Shila Azmah. 

Kalau Shila Amzah terbaca blog ibu ni (hahahahaha gelak untuk diri sendiri), masa cinta semua rasa indah sebab mata dan hati kita selalu dibutakan dengan rasa cinta yang membara-bara. 

Kadang-kadang, cakap orang sekeliling perlu dipertimbangkan terutamanya mak dan ayah.  Orang sekeliling yang memandang nampak jelas akan ke'sasau'an kita bila bercinta. Bila dah tersedar nanti, baru kita akan sedar betapa tak rasionalnya kita masa bercinta dulu. Yang tak best, kalau kita lambat tersedar....

Sama-samalah kita doakan kesudahan yang terbaik buat semua ;-)

Sekian, tazkirah cinta yang singkat di hari Jumaat. Sekadar pandangan seorang hamba Allah yang sayangkan keluarga dan mendambakan cinta, kerana Allah!

6 comments:

Irfa said...

ye betul tu
tak kemana bahagia jika tanpa restu ibu dan ayah.alhamdulillah..masa perkenalkan suami kepada mak ayah,mereka terima pilihan saya

mula2 tahu shila ngan sharnaaz pun saya rasa tak sedap hati.pdhal bukan sedara mara saya pun :)
kalau dh jodoh tak kemana.kalau bukan sekarang,mungkin akan dtg.tp fikirlah dulu..igt mak ayah.jgn ikut hati

Taman Rashidah Utama said...

I x nak komen pasal soalan kekasih @ keluarga, yang mana pilihan? Tapi, yg i nak respon...pasal gambar hang 1st time jumpa tu....pewitttttt, slim giler.

azieazah said...

Kebetulan saya sependapat dgn Zakiyah dan saya juga menulis tentang mereka di entri saya hari ini. Di sudut pandangan mata kita...

Zakiyah Zainon said...

irfa: tgk dia berlakon pun dh nmpk sikap panas baran hehe..bila timbul isu menjawab dgn nd lala ni, lg terserlah sifat tu hehehe

Zakiyah Zainon said...

TRU : sapa yg slim tu hahaha....la ni pun i slim jugak c, x gilerrr sangat laaa hehe

Zakiyah Zainon said...

Kak AA: tu la kannn...rasanya ramai lg yg berpendapat sama mcm kita

Related Posts with Thumbnails