Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 15, 2013

kesempurnaan diri

Assalamualaikum.

Pernah dengar pasal Teori Maslow? Sapa yang kerja cikgu mesti pernah dengarkan! Pada yang dah lupa, mai ibu kongsikan sedikit apa yang disebut di dalam teori ini.

Teori ini menerangkan tentang beberapa keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap manusia supaya kita dapat merasakan kesempurnaan hidup atau kepuasan diri terutamanya kepuasan kerja dan keseronokan yang diperolehi semasa menjalankan sesuatu kerja.




Abraham Maslow (pengasas teori) menekankan kepada pengiktirafan dan penghargaan sebagai faktor paling atas atau mudahnya terpenting di dalam kepuasan kerja, selain beberapa keperluan lain yang perlu dipenuhi (rujuk gambarajah).

Dulu ibu hanya belajar akan teori ini. Ibu pelik, apa gunanya kita perlu belajar akan semua ilmu humanistik ni. Masa tu akal tak terjangkau lagi macamana nak aplikasikan segala bagai teori ciptaan manusia ini. Makin lama ibu kerja, makin ibu memahami. Makin lama ibu jadi pendidik,makin ibu tahu kenapa cikgu di ajar dengan segala ilmu kemanusiaan ini.

Sungguh! Penghargaan yang diterima akan menyebabkan kita rasa puas selepas selesai sesuatu kerja atau tugas. Walaupun hanya dengan 'good job' dan terima kasih, tak perlu puji melebih. Bila terlebih puji, itu dah jadi membodek dan dah tak ikhlas.

Setahun lebih, ibu hanya kerja-kerja 'ringan' saja. Datang opis, masuk kelas mengajar, marking tugasan, semak kertas jawapan, mengalut depan pc dan cukup time balik. Sungguh tenang dan lega sekali hehehehehe

Dah lama ibu tak rasa serabut kepala nak hadir miting, nak berbengkel berhari-hari, jenuh pening nak fikirkan hal uruskan hal anak bila ibu kena outstation. Sungguh besar nikmat yang Allah bagi buat ibu kini. 

Kalau dulu, segala masalah pelajar ibu yang kena fikirkan. Majikan mengamuk dengan students, ibu yang tadah muka minta ampun. Majikan mambu students kot telefon, ibu yang kena mengaku salah dan mohon peluang kedua atau ketiga buat mereka. Letih bila segala masalah manusia lain, kita yang kena tanggung.

Langsung tiada penghargaan yang ibu terima walaupun ibu mampu menyelesaikan masalah orang lain. Sedih? Ada juga sekali sekala, tapi ibu positifkan diri. Ibu tanam dalam hati, ibu perlu berbangga dengan apa yang ibu buat walaupun tidak ada yang menyedari.

Hari ini, ibu berjumpa dengan rakan lama. Setelah sekian lama tak bersua, kami saling menyapa dan bertanya khabar. Seperti dijangka, perkataan 'awak makin sombong' pasti akan terpancul dari mulutnya. Ibu senyum seperti biasa kerana ibu sudah terbiasa dengan ayat-ayat panas dari bibirnya. Ramai yang tak tahan tapi ibu sentiasa ok saja melayan dari dulu.

Kami sembang tak panjang kerana ibu ada urusan. Sebelum berlalu dia sempat berbisik kepada ibu, "Takpa, mereka tak nampak kekuatan awak!".  Ringkas tapi penuh makna, Bersungguh nadanya sambil tersenyum merenung mata ibu. Tiba-tiba ibu merasakan satu kepuasan dalam hidup yang tak mampu ibu ceritakan. Sayu hati kerana ada yang menghargai.

Hari ini, ibu mengakui bahawa apa yang Maslow teorikan selama ini adalah benar. Penghargaan seperti pujian adalah peringkat tertinggi yang melengkapkan kesempurnaan sebuah kehidupan. Walaupun ianya agak lewat di ucapkan.....

Terima kasih!

No comments:

Related Posts with Thumbnails