Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, February 7, 2013

Membeli belah untuk anak-anak

Assalamualaikum.

Sejak sekian lama, ibu memang mengamalkan beli baju yang murah-murah saja untuk anak-anak. Kedekut? Mungkin ya. Terpulang kalau ada yang nak kata ibu berkira. 

Memang ibu agak berkira bab-bab membeli pakaian anak-anak. Sebab depa ni cepat membesar, beli mahai-mahai takkan nak buat baju basahan, mesti simpan nak buat jalan. Nak berjalan bukan hari-hari jalan. Simpan punya simpan, bila nak pakai dah tak muat atau sendat. Rugi kan?

Pada ibu, biar beli yang murah, belasah pakai sampai lunyai. Kalau nak pi jalan, beli baju pada harga yang lebih kurang. Buat la baju jalan-jalan. Dah tu boleh terus pakai jadi baju basahan. 

Nak lekat kuah spegeti, minyak, coklat atau apa sekali pun, tak lara hati menengoknya. Sebab di beli dengan harga yang murah. Kalau baju mahal..huhuuhu....menangis ibu memandangnya.

Ibu selalu beli baju anak-anak kat Jusco saja. Brand JBaby untuk twin dan JKids untuk kakak. Pada ibu, material yang digunakan sangat ok dan harga pun berpatutan dengan kualiti. Design cartoon pun cantik-cantik dan cute. Ada putih dan juga pelbagai warna.

Dulu sepasang pyjamas tangan panjang, harganya dalam RM8.90. Sekarang dah naik sikit tapi masih ok pada ibu.  Ada yang RM9.90 dan ada yang RM11.90. Kalau pyjamas JKids dalam RM13.90, itu pun selepas harga dah naik.

Baju untuk twin, memang selama ni ibu beli JBaby saja. Sepasang (singlet dan seluar) baru RM9.90. Dulu kalau tak salah ibu dalam RM7.90 saja  kot. Dah beranak kembar ni, apa nak dibeli kena double, jadi sangat sesuai la dengan ibu untuk bershopping baju depa di Jusco saja hehehehe

Kebiasaannya setiap 2 bulan, ibu akan ke Jusco untuk beli baju baru buat anak-anak. Baru-baru ni ibu ke sana. Abang dan adik masing-masing mendapat 2 pasang baju siang dan sepasang pyjamas manakala untuk kakak ibu belikan 2 pasang pyjamas. Harga untuk total 8 pasang baju tu cuma RM95.20. Ibu ambik seluar panjang untuk abang dan adik, harga sehelai RM45. Total semua RM185.20. Bayangkan kalau ibu beli BabyKiko atau OshKosh..hahahaha


Duta kecik Jbaby dan JKids beraksi dengan hasil tangkapan ibu yang terbaru.

Ada jugak ibu survey kat kedai-kedai biasa dan harga sedikit murah berbanding di Jusco. Cuma ibu tak berkenan dengan kain yang digunakan, rasanya separa kapas kot.  Agak panas untuk kanak-kanak yang tengah melasak ni.

Walaupun baju yang ibu beli murah-murah, anak-anak ibu tetap ada baju yang mahal-mahal. Tapi bukan ibu lah yang membelinya hahahaha. Sapa lagi kalau bukan nenek depa. ALhamdulillah, mujur ibu dapat mak mertua yang tak kisah berabis untuk cucu-cucu dan anak menantunya. Kalau gaji ibu dah berlebih sampai tak tau nak buat apa, ok la. Sehelai baju dah S$25, uhukkk. Nangis ibu nak beli 2. Tu baru baju saja...

Pernah ibu cakap kat nenek, tak payah la beli yang mahal-mahal. Pakainya jarang sekali. Asyik simpan dalam almari. Stok baju yang nenek beli tahun lepas pun ada lagi yang tak habis ibu pakaikan untuk kembar. Takkan baju 20 dollar nak buat baju harian! 

Nenek kata, tak pa la. Sekali sekala nenek belikan untuk cucu. Nak nampak cantik dan hensem punya pasal. Nenek suruh ibu pakaikan saja buat baju harian. Errkkk...tak tergamak. Ibu simpan, kalau ke depan dapat baby boy, boleh la pakaikan. Kalau tak, ibu sedekahkan la pada bakal anak-anak buah nanti hehehehe

6 comments:

Munnafendy said...

satunya rugi pasai budak2 cpt besar kan. beli byk2 dh xsmpt pakai. tp simpannn je la utk bakal adik2 plak pakai nnti :p

azieazah said...

Kak Azie dulu beli baju anak kat pasar malam jer, sekali sekala time nak raya beli la kat Jusco jugak. Itu saja yang mampu.

Beratus ratus jenama tu memang langsung tak masuk senarai.
Mana yang tak muat, turun jer pada adiknya pula. Tshirt boleh jer bagi wpun adik pompuan.

Cik Olive said...

CK ~ aku lg kedekut kot balik beli kt Kedah.....hahahha...sebb kt sana murah dan cantik dan berkualiti. btol la nak beli mahai2 takat selai dua ble la nak penuhkan lemari tu tak termampu gak...

Zakiyah Zainon said...

Munnafendy ; tu la...sayang duit je nak beli yang mahai-mahai..ke memang i ni yang kedekut! hahahahaha

Zakiyah Zainon said...

Kak AA : saya kalau berpeluang ke pasar malam, memang saya akan beli kat sana. Tapi saya tak dak chance nak pi. Bukan eksyen tau, tak dak sapa nak uruskan anak kalau nak berjimba-jimba kat sana :-(

Zakiyah Zainon said...

Laily : hahahaha..betui wey! aku ingat lagi beli baju baby masa mengandung faaqihah, tak sampai sepuluh ringgit dapat set baju + seluar panjang + seluar pendek.Kain sangat kualiti. Awat la kat kedah saja boleh jual lagu tu noo....

Related Posts with Thumbnails