Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, February 22, 2013

#Palestin - terima kasih pada yang peduli.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, sebahagian yang ibu hajatkan selama ini telah berjaya ibu tunaikan. Banyak lagi sebenarnya perancangan yang ada di dalam minda ibu. Walaupun banyak halangan kuasa manusia yang sengaja didatangkan kepada ibu, siapa kita untuk menidakkan kehendak Allah Taala. Jika niat yang baik, dilakukan dengan cara yang baik pasti Allah akan memudahkan segala yang sengaja disukarkan itu.

Sudah lama ibu berbincang dengan rakan ibu yang sama-sama menjadi AJK Biro Kerohanian kelab kebajikan di opis ibu untuk menganjurkan ceramah berkenaan Palestin di sini. Ibu memulakan langkah menghubungi Aqsa Syarif. Lepas email sana- sini, call orang itu orang ini seorang sukarelawan dari Pasir Gudang yang telah pergi ke Gaza mengikuti misi bantuan di sana telah bersetuju untuk berkongsi pengalamannya di sana di dalam majlis ini.

Niat asal, ibu hanya ingin majlis yang sederhana menggunakan harta kerajaan yang sedia ada tanpa perlu menghabiskan duit kerajaan untuk sewa khemah dan segala bagai. Namun, 2 hari sebelum program rakan ibu memaklumkan EO mencadangkan agar majlis di buat di bawah khemah kerana bimbang dewan tak muat. Ibu iyakan saja kalau ada yang sudi berlebih, tapi kalau tak disediakan semua itu pun, tak menjadi masalah langsung pun.

Program yang asalnya kecik telah menjadi besar bila disekalikan dengan Sambutan Maulidurrasul walaupun sekarang sudah masuk Jamadilakhir. Itu bukan perkara pelik, memang sepatunya pun sepanjang masa kita perlu mengingati baginda.

Persediaan majlis bermula. Terima kasih buat anak-anak murid JPP yang bertungkus-lumus menyusun atur pentas, segala meja hadiah dan susun atur kerusi meja. Urusan makan, hadiah dan segalanya diuruskan dengan baik dan lancar oleh kawan-kawan ibu walaupun semuanya diputuskan disaat-saat akhir.

Jam 9 pagi, pelajar berarak menuju ke khemah yang disediakan. Selesai berarak dan selawat, majlis diteruskan dengan ucapan pendek dan bacaan yasin. Berdebar jugak ibu tunggu tetamu ibu ni tak sampai-sampai lagi. Orang dah mula tanya mana penceramahnya? hehehe

Alhamdulillah, sedang elok selesai bacaan yasin, tetamu ibu pun sampai. Bertemu jua dengan En Md Nor Azan (sukarelawan Aqsa Syarif) yang sebelum ini ibu hubungi melalui telefon sahaja. Siapkan laptop dan projector, penceramah pun mengambil tempat dan memulakan bicara.

Sesi di khemah sebelum ibu 'gila kuasa'.


Tak sampai 5 minit ceramah, ibu dah tak senang duduk. Slaid yang dipancarkan tak nampak bila suasana cerah.  Terus dengan ala 'gila kuasa' (lantak la!), ibu bagitau kawan ibu untuk ubah majlis ke dalam dewan seperti perancangan asal. Ibu masuk dewan, buka aircon dan lampu. 

Ibu mohon maaf dan maklumkan pada penceramah untuk berpindah. Beliau tak kisah. Anak-anak murid semua bersorak gembira sebab depa sebenarnya dah kepanasan dan langsung tak nampak apa yang di tayang! Mujur aksi 'gila kuasa' ibu bertempat hehehehe


Pelajar dan staf di dalam dewan. Gelap sebab tutup lampu untuk tayangan video.

Sesi perkongsian di dalam dewan berjalan dengan lancar. Pada ibu, nak pi sendiri, tak taulah bila. Tak tau la ibu cukup kuat atau tak. Mampu wang, inshaa Allah ada. Tapi mampu untuk meninggalkan anak-anak dan keluarga yang ibu tak cukup lagi. Takut rasanya, kalau pergi ke sana terus tak kembali lagi.  Atau mungkin ibu takut mati sebenarnya. Yang pasti ibu kagum dengan kekuatan semangat yang dimiliki oleh para sukarelawan yang ke sana.


Mujur ada mock check lama. Recycle saja. TQ pada yang tukang tampal!


Di akhir majlis, EO menjadi wakil menyerahkan wang kutipan tabung Gaza yang telah dilancarkan di peringkat kolej. Alhamdulillah, walaupun tak seberapa dapatlah RM700 dan ada lagi tambahan  di saat-saat akhir sebelum sampul wang sebenar diserahkan kepada En. Azan. 

Terima kasih ibu ucapkan kepada semua yang bekerja dan yang hadir memeriahkan suasana. Program ini asalnya ibu rancang se'simple' mungkin telah bertukar kepada majlis yang lebih indah dan meriah dengan kerjasama banyak pihak. Ada majlis penyampaian hadiah pada kumpulan terbaik perarakan dan dimeriahkan lagi dengan hadiah kelab kebajikan kepada staf yang baru berkahwin dan mendapat anak.

Meriah sebab ramai anak murid tolong bersorak dan tepuk tangan! hehehehe

Bersama rakan se'ajk' ibu, Hairul dan En Azan usai ceramah.

Walau dalam apa keadaan sekali pun, dengan kekuatan dan sokongan yang ada, ibu akan terus melakukan sesuatu untuk kebaikan semua, inshaa Allah. Ibu tak kaya untuk jihad harta, moga jihad ibu dengan tenaga dan idea ini mendapat keredhaan Allah sebagai bekalan ibu di sana.

Doakan moga ibu terus kuat semangat ya! 

Misi memboikot McD masih berjalan dan berjaya setakat ini. Anda macamana?

No comments:

Related Posts with Thumbnails