Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, February 18, 2013

#Petua - Untuk saluran jantung yang sihat.

Assalamualaikum.

Hari ini ibu nak sharing satu ramuan kesihatan yang mudah untuk disediakan. Mudah dan sedap. Tapi tidak la sesedap minum air coke atau milo ais. Sedap ala-ala ubat la kan.

Bahan-bahan untuk buat ramuan kesihatan ni mudah diperolehi. Harga pun tak mahal. Bahan mudah seperti bawang putih, halia, madu, lemon dan cuka epal. Simple kan!




Mai ibu kongsikan dulu kebaikan ramuan ini dulu dengan anda semua. Menurut email yang diforwadkan oleh Kak Da (kawan chat ibu), ianya adalah untuk membuka laluan vein jantung kita. Kalau senang bahasa kampung, membuka laluan salur darah ke jantung. Kalau ada saluran darah yang tersumbat dengan lemak dan kolestrol, itu yang boleh membuatkan kita mendapat serangan jantung (nauzubillah) atau sebagainya.

Menurut cerita di dalam email lagi, ramuan ini telah diamalkan oleh seorang pesakit jantung yang akan menjalani rawatan Angiography  atau Bypass setelah doktor mengesahkan 3 arteri beliau telah tersumbat.

Sebulan sebelum rawatan bypass dijalankan, beliau telah mengamalkan ramuan ini, yang diperolehi dari seorang doktor auyerveda. Sehari sebelum beliau menjalani pembedahan, doktor telah mengesahkan bahawa saluran arteri beliau telah kembali normal dan tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan lagi.

Sesungguhnya, Allah juga yang memberikan kesembuhan.

Cara-cara menyediakan ramuan ini mudah saja. Bab sukatan ibu tak pasti, sebab ibu jenis agak-agak saja sukatannya.

1. Halia - kikis kulit halia.  Halia ni pedas dan panas rasanya, jadi kalau pertama kali nak cuba, jangan terlalu banyak. Kalau size macam gambar kat atas pun dah ok. 

2. Bawang putih - Buangkan kulit dan bersihkan. Bawang putih banyak takpa, sebab sedap hehehe. Tapi jangan terlebih banyak pulak, kang mulut bau bawang putih hehehe.

3. Halia dan bawang putih dikisar untuk ambil jusnya. Ibu campur dua bahan ni dan blend sekali bersama 2 cawan air. Lepas tu, tapis guna kain untuk pastikan jusnya saja yang diperolehi.

4. Masukkan dalam periuk, tambah 1 cawan cuka epal.

5. Perah lemon sehingga dapat 1 cawan jus jugak. Campurkan sekali di dalam periuk bersama bahan-bahan tadi.

6. Reneh di atas api yang perlahan sehingga sukatan menjadi 3 cawan (agak-agak la). Ibu kacau lebih kurang setengah jam untuk elakkan ramuan mendidih.

7. Bila dah siap. Sejukkan dulu bahan-bahan tadi. 

8. Setelah sejuk, ibu masukkan dalam jag (senang untuk acara membotol nanti). Campur 3 cawan madu di dalam bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam botol kaca (ibu guna botol sos cili besaq).

Alhamdulillah, ibu dah buat dan dapat 2 botol setengah ramuan ni dan di simpan di dalam peti ais. Pagi-pagi, minum 2-3 sudu sebelum sarapan (perut kosong) setiap hari. Sudu yang digunakan mestilah sudu plastik / kaca atau kayu. Jangan sesekali guna sudu besi (mungkin kerana madu, dikhuatiri khasiat madu hilang bila bertindak balas dengan besi).

Ibu pun baru nak amalkan. Walaupun ibu tiada masalah jantung (alhamdulillah, setakat ini), ibu tergerak nak mengamalkannya demi masa depan. Baik mencegah awal sebelum apa-apakan. Takkan nak tunggu saluran darah betul-betul tersumbat, baru nak berubat. Bak kata orang putih, prevention is better than cure, ya dak?

Jadi, kepada anda yang sayangkan jantung anda, yuk sama-sama kita mencuba. Kalau ada saudara-mara kita yang mempunyai masalah jantung, cubalah diamalkan. Manalah tau, dengan izin Allah, mungkin ada kesembuhan. Kita berusahakan....

# Ibu tak pasti ramuan ini boleh diamalkan oleh ibu mengandung atau tak. Sila dapatkan nasihat doktor dulu ya!

Sekian, selamat mencuba!
 

3 comments:

Cik Olive said...

wahhh mcm bagus akan dicuba buat. tp kan...kena simpan dlm bekaankaca ja ek. tupperware ka x ble? dan masak dalam periuk kaca jugak ka....ka bule periuk cap buaya

Zakiyah Zainon said...

laily : terbaik simpan dalam balang kaca, aku syak sebab plastik ni ada chemical. so kalau simpan lama, mungkin chemical boleh meresap dlm remedy ni.

masa masak guna periuk biasa. masak tak pa, sebab tak dak madu lagi. bila nak campur madu masuukkan dalam bekas plastik then baru tuang madu. Bila dah campur madu, elak guna barangan besi lagi.

Insan biasa said...

Salam.

Kami dari Clear Herbs telah mengkomersilkan produk ini. Tidak perlu lagi bersusah payah. Agen diperlukan.

Kelebihan Pati HerbaMadu
✔DiKeluarkan di kilang GMP
✔kilang menjadi Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia
✔Produk Muslim Bumiputera
✔100% dari bahan asli dan tanpa pengawet
✔Satu botol sudah menampakkan kesan
✔Testimoni positif dari pengguna

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kandungan : 250ml
Harga : RM69 Smj, RM79 Sbh/Srw
Pos Percuma.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pm kami segera atau
Hubungi kami wsapp/sms/call
0192535796/0133627775/
0122272658
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lawati fb Clear Herbs
www.facebook.com/clearherbstrading

Related Posts with Thumbnails