Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, March 5, 2013

#Anak-anak, harta dunia

Assalamualaikum.


Dah lama rasanya ibu tak update kisah anak-anak ibu kat sini. Banyak sangat kalau nak dicoretkan. Setiap perubahan tingkah laku mereka, semuanya yang menggembirakan hati ibu. Walaupun ada kenakalan yang melampau (tahap anak kecil) yang membuatkan termometer ibu mencanak naik , tapi bila dikenang kembali, tetaplah ibu ketawa sendiri!

Kakak kini sudah 6 tahun. Alhamdulillah dengan kesihatan dan perkembangan kakak. Bimbang ibu tetap ada terutamanya berkaitan pelajaran kakak. Harap kakak dapat serap apa yang teacher ajar di sekolah. Ibu sentiasa doakan.

Bimbang ibu bukan apa. Dari umur 4 tahun sekolah sampai dah umur 6 tahun ni, asal ibu tanya "kakak belajar apa tadi di sekolah?". Skema jawapan kakak lebih kurang sama " Kakak belajar ABC"  tak pun " Kakak belajar one, two, three".

Ibu tahu, banyak benda yang kakak dah belajar. Kakak akan pamerkan semua tu secara tak sengaja. Bila tengok tv atau tengah main dengan adik-adik, semua tu akan terkeluar dengan sendirinya. Tapi kalau ibu tanya, jawapan sudah pasti macam skema kat atas tadi. So, baik ibu diam dari bertanya yang akan membuatkan ibu bimbang sendiri.

Bab solat yang paling ibu gembira. 90% bacaan dan perbuatan di dalam solat telah dikuasai oleh kakak dengan baik sekali. Cuma bacaan tahiyat akhir saja yang masih bercelaru. Inshaa Allah, dengan latihan dan amalan yang berterusan, kakak pasti akan dapat mengatasi semua tu. Selalu ibu nak menitiskan airmata bila kakak berdoa usai solat, padahal doa untuk ibubapa saja pun, tapi bila dia baca sekali dengan makna, lain rasanya!

Itu kisah kakak. Ini kisah abang dan adik pulak.

Twin ibu ni memang lasak yang teramat sangatlah. Abang sedang mengeringkan parut di tepi mata, adik dah bertanda kat dahi. Baru anak jantan kan! 

Abang masih dengan sikap kuat mengusik-nya. Keturun sapa, ibu da tau! hahahaha. Ada saja akal dia nak usik adik dan kakak, ibu, nenek dan ayah pun dia usik jugak tau! 

Bab fizikal, abang nampak lagi besar dari adik, namun adik lebih hebat berlari, memanjat dan sepak bola, mungkin sebab badan adik lebih ringan kot. Abang sudah tegap berlari dari dulu yang tak sampai 3 langkah dah jatuh tergolek!




Adik, kalau main bola memang pandai sangat timing tang nak sepak bola tu. Bola tengah bergerak pun, dia dapat agak dan sepak dengan baik! Elokla dengan bola plastik yang ibu belikan tu. Kalau bola yang tebal dan berat, mau berderai hiasan ibu yang ada tak seberapa tu. Gamaknya, bakat sukan ibu turun kat adik kot.

Bab bercakap, bahasa abang agak kabur. Kadang-kadang, ibu perlu tekun mendengar untuk memahami butir bicara abang bercerita. Ayat bukan main berjela-jela sampai bersembur-sembur air liur bercerita, akhirnya terpaksalah ibu iyakan saja seolah-olah ibu faham segala-galanya. Kena cari clue, pastu baru ibu boleh ulas balik cakap abang tadi. Kalau betul, dia akan iyakan dan diam, kalau salah hahahahaha bersembur lagi air liur dia cerita dan marah!

Lain pulak dengan adik. Pertuturan adik lebih jelas dan vocab dia pun kadang-kadang buat ibu pelik dan tergelak. Tak padan dengan umur, dia punya ayat bukan main macam orang dewasa.

Ada sekali tu, ibu masak siakap stim. Berebut-rebut adik nak siakap yang dipanggilnya ikan jaws (asal ikan besaq semua dia sebut jaws). Ibu pun cubitkan lauk dan letakkan di pinggan adik. Dia pun terus suap bersama nasi. 

"Errrmm....sedapnya ibu masak!", siap dengan lentok kepala namun muka bersahaja. Bersembur ayah gelakkan ayat adik yang tiba-tiba memuji ibu bukan main!

Banyak lagi ayat-ayat adik yang ibu pun tak tau dari mana dia dapat. Ada sekali tu, ibu brek kereta agak mengejut. Adik yang duduk dibelakang dapat mengeraskan badan dan kaki menahan diri dari terdorong ke depan. Lepas tu dengar la dia bersuara di belakang ;

"Allahh..mujur adik tak jatuh!". Nenek gelak besaq bila ibu ulas balik apa yang adik cakapkan tadi sebab nenek tak dengar dengan clear, sibuk menahan diri dengan aksi brek mengejut ibu tu.




Melihat carta di atas, ibu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi buat ibu sekeluarga. Melihat kesihatan dan perkembangan mereka, ibu sangat gembira. Mereka membesar dengan normal dan baik. 

Moga ibu dan ayah terus sihat dan kuat untuk melayan karenah mereka yang akan berubah seiring dengan perkembangan usia di  zaman yang semakin mencabar!

Amin!

No comments:

Related Posts with Thumbnails