Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, March 4, 2013

#Saudagar mafla

Assalamualaikum.


Pertengahan Februari lalu, ada berita mengenai pencerobohan tentera di raja Kesultanan Sulu di Lahad Datu. Dari pembacaan ibu, bermacam-macam versi yang timbul. Katanya, mereka menuntut Sabah adalah tanah milik Kesultanan Sulu. 

Ada kisah yang mengatakan bahawa penduduk di kampung yang terlibat adalah saudara mara mereka, berbesan dan bermenantu sesama sendiri. Bila lagi hot, masuk pulak kisah politik, bab tuntut bayaran tanah, bab pemberian ic kepada pendatang dan bla..bla..bla.. 


Masuk bab tu, malaslah ibu nak komen panjang. Kalau anda nak tau, cari sendiri maklumat dan baca! Baca! Baca! Kemudian buat penilaian dan perbandingan sendiri. 

Bagi ibu, kalaulah betul bermulanya isu berdarah ini (hingga mengorbankan nyawa) adalah  kerana hal peribadi, memang depa ni tahap..tahap..ntah! tahap apa ibu tak tau nak labelkan! 

Moga Allah berilah balasan yang setimpal pada mereka. Sedih bila ibu kenangkan pahlawan  negara yang terkorban mempertahankan negara. Lagi sedih bila mengenangkan keluarga dan anak-anak yang masih kecil dan tidak berdosa, kehilangan orang tersayang hanya kerana kesilapan masa silam orang-orang yang terdahulu untuk kekal berkuasa!

Takziah dan alfatihah buat pahlawan negara! Moga syurgalah tempat kalian, inshaa Allah! Sama-samalah kita doakan kesejahteraan negara kita yang tercinta ini!


Ok, ini kisah lain.

Rentetan ceramah Palestin yang dibuat dikolej (baca di sini), ibu kini dah macam saudagar mafla adanya. Dah lama ibu mencari mafla corak serban pak arab ni. Serban abah, adik dan abang ibu banyak la. Takkan ibu nak lilit serban kot hahahaha.

Tak tau nak beli tang mana. Ibu pernah email dan sms bertanyakan hal mafla atau tshirt, tapi tiada respon. Kecewa sangat tau!

Lepas berkenalan dengan penceramah En Azan, ibu dah dapat 'lobang' untuk dapatkan benda yang ibu idam-idamkan selama ini. Sebelum berjumpa penceramah lagi, ibu dah siap-siap pesan, simpankan satu untuk ibu! 

Mujur, masa penceramah sampai, memang ibu yang sambut dia sebab ibu lah person in charge. Maka dapatlah kat ibu dulu! hehehehehe




Masa tu, En. Azan bawa 6 helai saja. Katanya, dia ambik stok banyak, tapi malam sebelum program kat kolej ibu, dia ada ceramah di sebuah masjid. Keretanya diserbu orang yang berminat dengan mafla tersebut. Tinggallah 6 sahaja yang di bawa esoknya kepada ibu.

Ramai kawan-kawan ibu yang nak mafla ni. Ibu faham macamana rasanya untuk memiliki sesuatu yang diidam-idamkan, tapi kita tak tau nak cari kat mana. 

Rakan-rakan seopis dan anak-anak  murid pun ada yang nak. Ada student yang pesan bukan untuk diri sendiri, tapi mak ayah yang bersemangat membeli, siap pesan untuk suadara mara lain lagi.

Sebagai sumbangan ibu kepada Palestin dan memenuhi hasrat kawan-kawan ibu, makan ibu korbankan tenaga ibu dengan melantik sendiri diri ibu sebagai saudagar mafla (suka buat gila kuasa kan?) - menguruskan pembelian untuk kawan-kawan yang berminat. 

Tiada sebarang untung yang diambil, hanyalah menjadi orang tengah mengumpul order serta mengedarkannya kelak. 




Harga RM25/sehelai, maka RM25 jugaklah yang ibu berikan pada En Azan. Sehingga kini, sudah 20 helai terjual. Ada lagi 20 helai tempahan yang diterima. Ibu kini menunggu maklum balas dari En Azan untuk stok yang seterusnya. Dah yang bank-in duit pun beserta kos pos sekali. Harap dapat bersabar ya kawan-kawan!

Pesanan ibu, janganlah kita mengharapkan pemberian yang percuma sahaja. Apalah sangat RM25 untuk sehelai mafla yang duitnya akan disumbangkan untuk saudara kita di sana. Pasti tak luak  pun gaji yang berpuluh ribu itu hanya dengan RM25 yang dibelanjakan. Pasti Allah akan menggandakannya kelak atau membalasnya dengan nikmat lain yang tak terjangka!

Bila ibu memakai mafla ini, bukanlah untuk nampak 'hebat' apatah lagi berlagak 'riak' kerana memilikinya. Bagi ibu, bila memandang mafla ini, ibu akan sentiasa mengingati umat islam di sana yang terus berjuang dan sanggup mati demi menjaga qiblat pertama kita iaitu Masjidil Aqsa. Sedangkan ibu juga islam, tapi apa yang ibu buat untuk menjaga kesucian agama ini?

Setakat ini, hanya doalah yang ibu kirimkan buat mereka. Disamping sumbangan derma yang tidak seberapa, termasuklah melalui jualan mafla ini. Mungkin suatu hari, di saat hati ibu sudah kuat dan nekad, ibu mungkin akan ke sana untuk merasai denyut nafas dan derita mereka!

Mungkin! Inshaa Allah....

No comments:

Related Posts with Thumbnails