Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 6, 2013

#Wishlist - Awning Klasik

Assalamualaikum.

Sekian lama ibu menyimpan impian ibu ni, nak buat awning kayu yang nampak klasik. Tengok orang lain buat, berkenan sangat. Bila tanya harga berapa, gulp! Telan ayaq liur sajalah bila dengar harga yang diberikan. Terpaksalah tengok saja rumah orang punya. Orang tak mampu, dok diam sudah! hahahaha

Lorong kat kediaman ibu adalah lorong yang mempunyai paling banyak rumah. Ibu dok tengok, tiap-tiap bulan, mesti makin bertambah bilangan orang yang buat awning cantik. Mula ada yang buat kayu semua, lepas tu ada yang buat guna simen bercampur kayu. Yang tu murah sikit tapi harganya masih cecah kesemua jari kat tangan. Ada yang kena angkat jari kaki sama, baru cukup harga dia. 

Mampu?! Memang awai-awai ibu cakap tak mampu. Bukan tak dak simpanan, tapi eloklah ibu simpan untuk perkara yang lebih penting lagikan!?

Masa balik Kedah raya haji tahun lepas, ibu singgah kat rumah abang di Bandar Baru Kulim. Ibu terpandang rumah jiran abang ibu yang buat awning kayu klasik yang ibu idam-idamkan. Saja ibu tanya abang, berapa ribu harga awning kayu yang jiran sebelah dia tu buat? 

Sekali abang kata, tu bukan kayu. Dia buat dengan besi saja!

Apaa!!? Bukan kayu? Tapi serius, kalau tengok memang nampak sebiji macam kayu. Ibu mula merencana sendiri, kalau besi mungkin lebih murah sikit. Kalau awning biasa yang orang buat dalam 3-4k, kalau yang macam ibu nak ni mungkin up sikit la sebab ibu nak buat desgin bumbung A berserta deko-deko yang ibu minat.

Ibu masih bertahan lagi. Masih berkira-kira nak buat. Rasanya, macam tak berapa penting sangat awning tu. Tapi bila tengok anak-anak asyik kena kurung main dalam rumah bila kat luar panas, ibu pun kesian jugak. 

Time hujan pun sama, tempias habis basah baju kat bawah anjung yang sikit tu. Anak-anak pun tak dapat keluar rumah bila hujan. Kalau ada awning, at least dapat la depa main kat depan tu kan?

Sabar chekiyah...sabar.

Satu hari, ibu join kawan-kawan makan kat satu tempat baru (ibu yang baru pi padahal tempat tu dah lama pun). Waahhhh...bentuk bumbung kedai makan tu sama macam yang ibu idamkan. Tengok workman ship dia pun, nampak kemas dan ok!



Ibu memang jenis muka tak berapa nak malu kan! hahahaha Masa nak bayar duit makan, ibu tanya makcik kedai tu, sapa kontraktor yang buat bumbung gerai dia tu? Makcik tu pun bagitau la bla..bla..bla. Siap puji yang dia memang puas hati dengan hasil kerja kontraktor tu. Makcik tu mintak nombor hp ibu dan janji akan pass pada tukang buat tu nanti.

Tak lama lepas tu, tukang bumbung tu call ibu. Namanya Cikgu Syed. Dia cikgu welding kat ILP Pasir Gudang dan memang ada bisnes welding sendiri pun. Lepas atur janji temu, dia pun  mai rumah ukur segala bagai. Ibu pun cerita la bumbung impian yang ibu nak tu. Dia kata boleh buat. Waaahhhhh..sukanya!

Esoknya dia bagi quotation. Gulp!! Telan ayaq liur lagi! hahahahahaha

Bersabar ibu tunggu sampai masuk tahun baru hehehehe sebab nak tunggu dividen ASB. Lepas dah update buku akuan,  dan buat kira-kira sendiri, ibu pun ok lah, proceed buat saja.

Tanya ayah, dia semua ok saja. Belasah!

2 minggu lepas CNY baru roof installation dimulakan. Berdebau hati nak tunggu siap. Lagi berdebau sebab nak hulur duit riban-riban kat orang. uwarrrghhh...tabahlah duhai hati!

Mula pasang tu, frust jugak hati ibu sebab ukuran rangka awning tak sama dengan porch sedia ada. Lari adalah dalam setengah kaki kot. CIkgu Syed ukur ikut lebar bukaan rumah ibu. Rupanya porch yang pemaju buat tu tak center. 

Lepas dapat nasihat dari pekerja-pekerja cikgu serta nasihat Fuad, jiran sebelah rumah, pemasangan diteruskan dalam keadaan rangka awning dan porch yang tak selari. Tawakal sajalah tengok hasilnya nanti.



Alhamdulillah, bila dah siap pasang, tak nampak la ke-tidakselari-an bumbung baru dan porch sedia ada tu. 2 hari jugak la ambik masa untuk pasang semua tu. Bila petang sampai rumah lepas balik kerja, waaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh...kembang jantung ibu melihat hasilnya. Tercapai sudah wishlist ibu yang satu ni!



Awning dah lawa, lepas ni kumpul duit buat kemasan lantai dan tembok pulak! 


Malamnya, ibu sembang dengan kakak. Ibu tanya kakak, cantik tak bumbung baru yang ibu buat tu?

Kakak cakap, cantik. Kakak suka la ibu. Nanti lepas ni ibu buat la gate yang terbuka sendiri tu!

Hahahaha. Pandai kakak ekkk! Ibu cakap, ibu tak habis duit dah. Ibu kena simpan duit untuk kakak dengan twin sekolah pulak!

Kakak dengan selamber kata , "Tak pa ibu, kakak bagi duit kakak kat ibu!". Terus dia bangun ambik purse princess dia dan keluarkan duit langsung  dihulur pada ibu!




Kah..kah..kah...ok kakak.

TQ. Ibu sayangggggggg kakak!

17 comments:

Anonymous said...

sis.... i minat la awning ni.... brp kos nih... bagi cntact no org tu boleh tak sis.....

Anonymous said...

assalam.cantik awning ye.bole bgtau no ctc x n brape kos nye...

cikfifi said...

Berkenan lak.berapa kos yer?

Anonymous said...

saya mnyedia kan tempahan awning,signboard grill dan renovation uma dan kedai...berminat sila kol saya 012-4451480 area johor..

lylaidris said...

Assalam.. sis bole email to lylaidris@gmail.com bape all cost in terms.. tq

yus said...

Nice...teringin nak buat..berapa kos anggarannye...

timah puyie said...

AssalAmmualaikumm... Bole mintak no. Contact x.. Cantik sgt awning ni...

timah puyie said...

AssalAmmualaikumm... Bole mintak no. Contact x.. Cantik sgt awning ni...

timah puyie said...

AssalAmmualaikumm... Bole mintak no. Contact x.. Cantik sgt awning ni...

timah puyie said...

AssalAmmualaikumm... Bole mintak no. Contact x.. Cantik sgt awning ni...

Anonymous said...

Salam..rmh sis kat bukit dahlia ye..brape ye kos utk awning ni..sy pun tgh survey2 ni..

fakrul azizi said...

Brapa kos awning ni ye, bleh bg phone nama .tq

hAn!sMdN0r said...

Assalam sis. Sy minat sgt mcm awning sis ni tp x tau harga. Harap bole share harganya utk buat bajet. Ni no whatsapp saya. 0139360603.tq sis. Harap sgt sis balas

Zakiyah Zainon said...

sori semua yg tanya info pasal awning ni.... dah 2 bln x jenguk blog sendiri. saya dah create entry pasal info awning ni...check kat sini k..

http://chekiyah.blogspot.com/2013/06/info-awning-klasik.html

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

SIYOBUDIONO (BUDI) said...

Salam dan tumpang promot
Salam & tumpang promot,

Saya contractor berpengalaman 15 tahun, banyak projek yang sudah kita siapkan seperti bina rumah, rumah tambahan, dapur & Porch, rumah tepi, kolam hiasan, pergola, pertukangan kayu, landscape dll
Kita membuat harga dengan detail beserta 3d image yang mudah di fahami,
available area puchong dll
Untuk maklumat lanjut sila lawati blog
www.mytukang.com
Atau Call/WhatsApp di talian +60126794771 BUDI

SIYOBUDIONO (BUDI) said...

Salam dan tumpang promot
Salam & tumpang promot,

Saya contractor berpengalaman 15 tahun, banyak projek yang sudah kita siapkan seperti bina rumah, rumah tambahan, dapur & Porch, rumah tepi, kolam hiasan, pergola, pertukangan kayu, landscape dll
Kita membuat harga dengan detail beserta 3d image yang mudah di fahami,
available area puchong dll
Untuk maklumat lanjut sila lawati blog
www.mytukang.com
Atau Call/WhatsApp di talian +60126794771 BUDI

Related Posts with Thumbnails