Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, April 5, 2013

#Di-angkat saat cuba di'tenggelam'kan!

Assalamualaikum.

2 minggu tak update blog! Adakah yang rindu akan daku ? (^_^)

Ibu berkursus di A Farmosa Resort dari 31 Mac - 3 Apr (Ahad - Rabu) yang lalu. Sudah sekian lama ibu relax di opis dengan penuh selasa, gabra juga bila sekali sekala keluar berkursus. Kena pulak kursus yang ibu attend ni, High Impact Presentation.

Nama dah ada 'presentation', dah terbayang dalam kepala ibu kena buat presentation! Belasahhhh....

Kami yang berjaya harungi 'derita' dengan jayanya bersama En. Bujang Hussin
Barisan pengarah dan pegawai kanan, kecuali ibu saja orang picisan.


Kursus yang sangat-sangat pack. Malam pertama (baru saja sampai), terus mula course. Ianya diuruskan oleh sebuah consultant yang telah dipilih oleh KPT iaitu Dale Carnegie Training. Dengan nama concultant dan hebat bunyinya kan? 

Rupanya , inilah consultant yang selalu handle kursus untuk syarikat-syarikat yang besar macam Petronas. Bangga la sat dapat merasa kursus orang-orang hebat dan dari consultant yang juga hebat! 

Trainer yang mengendalikan course ni pun ex-Petronas, En. Bujang Hussin dan En. ZulFaqar, ibu tak pasti dia kerja kat mana tapi beliau adalah seorang akuantan. Dibantu oleh seorang cameraman yang hebat, En. Mohamad.

Maka tawakal lah ibu dengan kursus tu. Awal-awal lagi sudah diberitahu bahawa kami perlu membuat 6 presentation di hadapan, sorang-sorang disaksikan peserta lain dan semuanya akan direkodkan. 

Muahahahahaha...ibu dah  mula senak!

Bertahanlah ibu dan rakan-rakan yang lain dengan kursus ini. Harungilah segalanya walaupun penat gelakkan diri sendiri, dan gelakkan orang lain jugak hahahaha.

Banyak teknik komunikasi, penyampaian, cara menangani suasana yang tegang serta teknik 'cuhsion' untuk menenangkan keadaan.

Satu demi satu ujian dilalui dengan tabah. Redah dan buat saja. Ikut segala coaching yang diberikan. Rasa macam ahli politik sampaikan manifesto pun ada. Siap dengan gaya tangan! 

Semuanya direkod dan sesi komen diadakan. Setiap kekurangan yang dikesan perlu dibaiki atau dielakkan dari berulang dalam next presentation. Huh!

Bagai tak percaya, di akhir sesi ibu telah terpilih sebagai peserta terbaik. Ibu dipilih secara undi oleh para peserta. Terasa bangga sat dengan diri sendiri hehehehe




Hadiah hanya sebatang pen, tapi nilai perhargaan tu yang tak mampu diungkapkan. Apatah lagi setelah sekian lama diri kerdil ibu ini cuba di'tenggelam'kan namun ibu di'angkat' pula di luar sana (^_^). TQ pada yang menghargai bakat ter'rendam' ibu ni.

Jangan marah naaaa....

No comments:

Related Posts with Thumbnails