Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, June 26, 2013

#E2 - Pemilihan Pakej dan Persediaan Diri

Assalamualaikum.


Sebelum ibu bercerita lanjut tentang perjalanan umrah ibu, ibu nak kongsikan sedikit maklumat pakej umrah yang dipilih oleh maktok. Syarikat dan pakej mana, ibu serahkan pada maktok untuk tentukan. Maktok dah banyak pengalaman sebab dah banyak kali ke sana dengan pelbagai agensi.

Cuma ibu pesan pada maktok, cari pakej cuti sekolah, sebab students ibu pun sedang elok habis semester serentak dengan cuti sekolah. Lagipun, adik ibu yang kerja cikgu tu pun senang nak cuti. Dan pengurusan anak-anak ibu pun senang. Time cuti banyak 'bibik' kat kampung boleh tengok-tengokkan depa hehehehe.




Maklumat pakej yang ibu pilih adalah seperti berikut :

Agensi :
Al Mujahid Travel & Tours Sdn. Bhd. (base di Ipoh, Perak)

CEO / Pemilik :
Hajah Sahida Said 
(selalu keluar radio IKIM untuk promo kelas langsir dan telekung).

Tempoh :
23Mei2013 - 4Jun2013 (terawal beberapa hari dari musim cuti sekolah)

Kursus :
Disediakan sebelum bertolak

Kekuatan Jemaah :
31 orang (6 family dan 1 mutawwif)

Umrah dengan group:
2 kali (bantuan mutawwif)
Kalau berpengalaman, boleh buat sendiri. Team ibu dapat 6 kali.

Harga pakej :
RM6500 
(kalau ada bawa ramai geng, pandai-pandai la nego dengan CEO hahahaha)

Flight bertolak :
Emirates (KLIA - Dubai - Jeddah)

Flight balik :
Emirates (Madinah - Dubai - KLIA)

Ziarah Mekah :
Jabal Tsur, Jabal Rahmah, melalui kawasan Arafah dan Mina, Masjid Ja'ranah, Masjid Hudaibiyah, Ladang Unta.

Ziarah Madinah :
Ladang Kurma, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud.

Pakej Hotel :
4 orang /sebilik (keluarga)
Mekah (+-200m) : Hotel Al User (bersebelahan Hotel Saraya)
Madinah (+-100m) : Hotel Al-Mukhtara International.


  Landing di Jeddah. Dalam ihram ni...


Hotel yang ibu tinggal di Mekah bukanlah hotel yang mewah. Kalau nak yang cantik dan indah, anda boleh pilih agensi yang menginap di Hotel Safwa, depan MasjidilHaram. Ibu ni jenis tak kisah. Asal ada tempat lelap mata, mandi dan salin pakai, ok la tu! 

Lagipun, boleh kira berapa jam saja duduk di bilik, memang 90% masa kita akan dihabiskan di masjid (atau shopping mall hahahaha).

Al-Mujahid adalah syarikat baru, namum ada beberapa hal yang ibu suka walaupun syarikat masih belum terkenal 'lagi' seperti Andalusia @ Tiram Travel dan lain-lainnya. Syarikat baru tapi CEO-nya berpengalaman membawa group umrah sebelum ini.

Nak bincang hal-hal berbangkit sebelum bertolak pun senang, sebab CEO-nya aktif di FB. Ada hal, terus private message dia! Kumpulan yang kecil (30++ orang) dan kebanyakkannya adalah ahli keluarga. Keluarga CEO saja dah 6 orang. Team ibu saja dah 8 orang. Keluarga yang lain dalam 3-4 orang dan seorang ustaz yang dipilih oleh CEO sebagai mutawwif.

Bila group kecik, pergerakkan senang. Mutawwif disediakan untuk memberi tunjuk ajar pada yang baru pertama kali mengerjakan umrah. Pada orang yang dah berpengalaman, boleh buat sendiri (kalau nak ikut mutawwif pun boleh). Team ibu memang buat sendiri, sebab maktok dan adik ibu dah pernah buat umrah sebelum ni.

Pada ibu, syarikat yang dipilih bukanlah semata-mata penentu mudah dan selesanya perjalanan dan segala kerja umrah kita. Walaupun kita memilih pakej yang paling terbaik, termahal dan dari syarikat yang paling terkenal, segala susah senang mengerjakan ibadah di sana adalah ketentuan Allah.

Sebelum ke sana, persediaan diri adalah paling penting. Bukan material semata-mata, tapi persediaan dalaman, jiwa dan kerohanian. Banyakkanlah solat sunat taubat, solat hajat, tahajjud, berpuasa sunat dan bersedekah. Banyakkan bersolawat dan berdoa kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan segala-galanya.

Persediaan fizikal pun penting! Kalau nak buat umrah yang tak mengelat, pi la berjogging sebulan sebelum mengerjakan umrah. Kekuatan kaki sangat penting. Pada ibu, tawaf tak dak sebarang masalah, tapi bila sampai part saei, pergghhh..... Hari pertama selesai umrah, memang betis akan rasa kejang dan tapak kaki akan sakit yang sangat!

Ada cara saei yang mengelat hehehehe Bukan mengelat tak buat! Nanti tak lengkap pulak umrah. Maksud ibu, tak berjalan guna kaki, tapi sewa macam motor ala-skuter (berenjin). Pusing minyak saja, jalaannnnn....Sewa 50 riyal kot! Disediakan kat area saei bahagian atas.

Selain itu, belajarlah bersyukur dan jaga mulut. Kalau rasa diri tu kuat 'mengomel' macam ibu ni (hahahahaha), belajar-belajarlah bertahan diri. Kat sana, apa saja yang disebut, memang magic. Bagaikan doa, sebut saja terus jadi!

Nanti ibu ceritakan kisah 'tak tahu jaga mulut' yang terjadi di depan mata!

2 comments:

mala said...

Andalusia sekarang transit di Muscat, Oman. Masa kami nak pergi dulu penuh orang Msia aport :-)

Zakiyah Zainon said...

oOoo...ye ke akak. Masa kat sana hari tu, grup andalusia memang ramaiiii sangat. Rasa macam kat malaysia saja, time solat, banyak orang kita kat sana hehehe

Related Posts with Thumbnails