Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, July 18, 2013

#Demi Dia - Mee Siam!

Assalamualaikum.

Sejak puasa ni, ibu tak berapa nak fokus sangat pada slot Akasia. Tengok-tengok gitu saja la buat peneman masa berbuka. Jeling sekali sekala sambil layan anak-anak yang dok buat kelaku time makan. Sat depa berebut, sat adik ambik makanan abang, satgi abang pula kkacau pinggan adik, nak air la, nak tambah la, tumpah la  dan macam-macam lagi kelaku depa yang kena diberi perhatian.

Dah lama ibu tak jenguk-jenguk dashboard blogger ni. Kalau nak buat entry baru, terus je klis NewPost. Terus karang, masuk gambar, complete-kan post settings then publish

Comments pun dah lama ibu tak semak. Setakat semak dengat entry-entry yang baru saja. last ibu semak entry masa lepas balik umrah dulu tu heheheheh

Sejak 2-3 menjak ni, ibu perasan dekat gadjet  Live Traffic Feed yang ibu pasang tu, banyak visitor yang singgah ke entry Resepi Mee Siam Version Che Kiyah


Arrived from Google and viewed "story of us : Resepi Mee Siam version Che Kiyah.



Sebahagian bukti yang ibu kumpul!


Tertanya-tanya jugak ibu, awat yang ramai sangat suka makan mee siam ni? Bulan puasa ni, ramai pulak yang mengidam nak berbuka menu yang sama ekkkk?

Tapi seronok la jugak, sebab blog ibu mungkin boleh membantu mereka-mereka yang tercari-cari cara menyediakan mee siam atau resepi-resepi yang lain hehehehehe

Pelik ibu berterusan. Sampai la ibu singgah ke tonton dan tengok cerita terkini yang ada di-tv. Klik kat kat slot Akasia yang ibu dok tengok-tengok gitu saja tu masa berbuka.

Hahahahahaha....

Oh rupanya, si suami Elfira tu suka makan mee siam! (^_^) No wonder la ramai yang tercari-cari akan resepinya disebabkan watak di suaminya yang suka sangat makan mee siam. Dah tu, dia dok tercari-cari mee siam yang sedap sebab mee siam yang dihidangkan padanya tak sedap dan tak sama dengan yang dia pernah makan dulu.

O0000oooohhhHhhhhh.....!

So, pada anda semua yang melayari blog ibu demi resepi mee siam, ibu harap resepi yang ibu tulis tu dapat membantu anda. Moga masakan yang dimasak oleh tangan anda untuk suami, anak-anak, keluarga atau orang lain dapat menambahkan nilai kasih sayang, kemesraan dan keharmonian antara kalian.

Untuk memudahkan kalian, ibu letakkan resepinya di sini sekali lagi (^_^). Entry yang hari tu tu, ibu tulis dah lama dah. Tahun 2011 dulu!


======================================================

Resepi Kuah:

Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering @ 4 sudu besar cili boh - nak pedas, tambah lagi
Segenggam udang kering - rendam (lagi banyak lagi sedap)
8 sudu besar taucu - basuh sebab terlalu masin dan picit kasi hancur sikit
Segenggam Kacang tanah
(lebih pun ok..kuah lebih sedap tapi jangan over banyak dah kang jadi kuah kacang pulak)
Air asam
Gula dan garam jika perlu sebab taucu dah masin ok!



Cara-caranya:

Bawang besar, bawang putih, cili di blender.
Kemudian tumis hingga naik minyak yakni cili masak.
Tapi ibu blend bawang dan cili serentak dengan kacang tanah.
Pastu tumis sekali dalam minyak yang agak-agakla dengan bahan - 6 sudu besar ok kot.
Kalau yang blend kacang asing tu, lepas bahan tumis naik minyak, masukkan kacang tanah yang di blend.
Lepas tu masukkan air asam, taucu dan gula. Tambah air jika terlalu pekat.
Rasa dulu ok baru tambah garam sebab taucu adalah tersangat masin.
Sila basuh taucu untuk elakkan masin yang berlebihan.
Rasa kuah perlu masam dan manis.
Adjust le air asam tu ekk
Untuk dapatkan masam yang ibu suka, ibu tambah
pati ais limau nipis yang dah siap dalam botol tu disamping air asam jawa juga.
Masak kasik mendidih, rasa kena dengan selera, siap la kuahnya!

Resepi mee;
Sebungkus bihun di rendam. (3-4 orang makan)

Bahan menumis bihun;

Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
segenggam udang kering
cili kering @ cili boh (ikut tahap ketahan pedas masing-masing)
10 ekor udang saiz besar di kopek kulit
Taugeh dan kucai (jika suka)

Cara-cara;
Blender bawang besar, bawang putih, cili dan udang kering kemudian tumiskan.
Bila cili dah masak, masukkan udang diikuti dengan bihun.
Kacau bagi sebati kemudian masukkan taugeh dan kucai.
Masak hingga bihun masak.

Cara makan:
Masukkan bihun yang siap digoreng dalam pinggan.
Masukkan kuah.

Aksesori tambahan:
telur rebus, limau kasturi, tauhu goreng dipotong halus, kucai.


======================================================

Pada entry lama ibu tu, ibu tak letak gambar. So kat sini, ibu nak tampal la koleksi gambar mee siam yang ibu dah masak dan sempat ibu snap! Nak jugak tayang kan?! hahahahaha






Wait! Ada jugak yang panggil mee siam ni mee Singapura! 

Ibu pun mula kenal makanan ni lepas bersuamikan orang sana. Nenek yang suka makan. Mula tengok macam tak selera. Nenek offer rasa pun buat nak tak dak saja. Bila dah makan, sodap rupanya! Sebab nak puas makan, tu yang siap belajar masak tu!

Ok puan-puan! Selamat mencuba ;)

2 comments:

Rizziela said...

mee siam memang pakai bihun ker

Zakiyah Zainon said...

Rizziela : Setakat yang saya tau memang pakai bihun. Tapi camna ekk boleh jadi namanya MEE! hehehehehe

Related Posts with Thumbnails