Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, July 12, 2013

#E3 - Dari Jeddah ke Mekah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari ke3 kita berpuasa. Sesungguhnya, tak terungkap rasa syukur yang ingin ibu panjatkan pada Allah Taala kerana masih memberikan ibu peluang untuk merasai Ramadhan kali ini. Wishlist ibu yang seterusnya akan cuba ibu penuhi sepanjang Ramadhan ini, insyaAllah!

Now, ibu dah sambung catatan pengembaraan umrah ibu yang lalu.

Alhamdulillah, rombongan kami selamat tiba di King Abdul Aziz Airport Jeddah moreless jam 850 pagi. Rasanya, flight dari Dubai tu  memang penuh dengan jemaah umrah dari Malaysia, mungkin hampir 400 orang kot (ikut kiraan kasar). Beratur nak turun, tunggu bas untuk ke terminal segala bagai, mau jugak pukul 930 baru masuk dalam terminal.

Dah sampai terminal, pakat kena beratur pulak nak cop passport kan. Selain tu, jemaah kena isi entry form jugak. Rasanya, tu prosuder biasa kalau nak masuk mana-mana negara kan. Mujur, entry form kami diisi oleh mutawif, Ustaz Syed.

Beratur nak cop passport pun makan masa jugak. Ibu dah biasa dengar cerita orang yang pernah ke sana tentang perangai orang arab ni. Depa memang suka hati nak buat lambat-lambat, buat kerja macam sambil lewa. Dia tak kisah orang ramai ka, orang letih menunggu ka, line panjang berjela ka, dia buat cara dia. Slow and steady saja. 

Memandangkan kisah-kisah ini pernah ibu dengar, maka ibu buat-buat gembira menunggu dan beratur. Mulut dan hati sentiasa dipenuhi dengan zikir. Punya la nak jaga hati dan mulut, tak mau cakap yang pelik-pelik. Dalam ihram katanya kan. Sabar untuk apa saja yang datang!

Penat, memang sangat penat! Dengan tidur yang tak lena dan selesa (orang lain kot, ibu ok saja), dahaga, badan melekit, berpeluh ketiak bagai. Mana nak jaga pantang larang ihram lagi...sabarr..sabar....

Ibu ada tanya maktok "Mak, mana yang kata terminal masa musim haji?".
Maktok kata " yang ni laaa....kalau musim haji ni, penuh! Jenuh nak beratuq tunggu!".

Ok, dapat jugak ibu merasa terminal yang digunakan waktu haji  untuk tampung jemaah yang melimpah ruah. Terminalnya tak la besaq sangat pun! Memang masak la kalau musim haji nak tunggu turn kan!

Masa line up ni, akan ada bangla-bangla yang jual simkad. Boleh beli kalau nak, tapi agak mahal. 50 riyal. Kalau tak sabar sangat beli la. Ibu beli kat Mekah saja, 30 riyal saja!

Selesai cop passport, sesi kumpul beg pun bermula. Sesama jemaah, kalau ada jumpa beg ahli group kita, tolong-tolong lah kumpulkan sama. Jangan dok pulun himpun beg adik-beradik kita saja. Bukan apa, kalau kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita, InsyaAllah. 

Lagi satu, kalau nak senang kenal beg kita, bubuh la apa-apa tanda. Suka hati la nak balut ke, atau macam group ibu, maktok sediakan riben hijau kuning (team Kedah la katakan). So, dari kejauhan lagi, dah nampak dan boleh kenai beg ahli kumpulan kita.

Ada juga bangla-bangla yang siap sedia nak tolong tolak beg dan angkat barang-barang kita. Tapi kalau boleh buat sendiri, buat la. Sebab depa ni akan minta bayaran nanti. Baru sampai kan, barang tak banyak mana pun. Cepat-cepatla pi ambik troli sebelum depa kalut nak tolak troli kita! Seriuss...

Masa tengah kumpul beg tu, Ustaz Syed ada pesan : "Sat lagi, kalau ada arab yang minta passport, bagi saja tau. Tak pa, nanti saya uruskan".

Elok tolak saja troli keluar dari Arrival Hall, dah ada arab yang beruniform minta passport. Jangan terkejut atau naik angin, sebab cara depa memang kasaq. Sapa yang lemah lembut gemalai tu, jangan kecik hati naa...hehehehe

"Passport!Passport". Muka memang bengis. Hat hensem teruih nampak tak elok! Hahaahaha

Tertanya-tanya jugak depa buat apa dengan passport tu. Ibu nampak depa bawak pi passport yang dikumpul ke satu kaunter, pastu tuang atas kaunter. Pastu nampak depa sembang-sembang. Tak tau la kot-kot apa orang yang rajin dok semak senarai apa-apa bagi 'tele' dengan passport ka.

Adik ibu kata, Arab ni kaya. Nak bagi anak-anak depa ada kerja dan gaji macam tu la. Sampai tak dak kerja nak buat. Kerja kumpul passport. Takkan nak bagi gaji buta kan, boleh la dikira kerja jugak tu. Dan kata adik ibu lagi, depa tu masih muda belia. Dalam 18 tahun saja umurnya (ikut pengamatan adik ibu yang 6 tahun bergelumang dengan orang Arab).

Sampai naik bas, passport tak dapat balik ke tangan. Yakin saja passport tu selamat dengan janji mutawwif yang dia akan uruskan nanti.


Ahli keluarga ibu berjalan nak naik bas.

Jeddah sama seperti bandar-bandar lain di Arab Saudi. Kering dikeliling padang pasir dan bukit-bukit batu. Pokok-pokok yang ada pun nampak keras dan kering. Kena pula bulan Mei adalah musim panas di sana. 

Perjalanan dari Airport Jeddah ke Mekah lebih sejam. Jarak dalam 100km kot. Hiway di Arab memang antara yang baik. Luas dan pastinya tiada tol. Sekitar Jeddah masih dalam pembangunan. Jalanrayanya pun masih banyak dalam pembinaan. Sama seperti di Malaysia kot, tak pernah-pernah habis buat jalan kan!

Di dalam bas, CEO-Ustazah Sahida memberikan sedikit taklimat dan tazkirah. Beberapa nasihat juga disampaikan. Antara pesanan yang masih ibu ingat, adalah bab bershopping! Jangan shopping sakan!

Bila mula Ustaz Syed bertalbiyah, dada terus terasa sebak. Memang airmata tak boleh ditahan-tahan. Ibu cuba untuk tidak menitiskan airmata. Berlagak sibuk melihat suasana luar, ambik gambar, rakam video sambil bertalbiyah, konon nak buat-buat biasa.

Namun syahdunya alunan talbiyah yang diselaangi solawat itu memang tak boleh dilawan. Dengan sendirinya, airmata ibu berjurai-jurai menitis. Selain lantunan talbiyah di dalam bas, esak dan tangis memang jelas kedengaran! Maka, usahlah ditahan tangisan anda. Menangislah, kerana semua orang merasai rasa yang sama!

Bas kami singgah di sebuah kedai untuk membeli minuman. Memang terasa haus yang amat. Tapi mulut tahan saja tak nak bersungut apa-apa. Sabar! Di depan kedai-kedai tu, ada arab yang jual buah. Dari dalam bas ibu nampak buah anggur diaa.....mak aiiiiiii!!! Sabarrrrrr....

Akhirnya, rombongan kami sampai di bumi Mekah. Ustaz Syed bacakan doa memasuki Mekah dan kami beramai-ramai aminkan. Bila ustaz bagi tau, baik bukit ni akan nampak masjidil haram, turun nanti sebelah kanan adalah masjidilharam, maka semua pakat terjenguk-jenguk mencari-cari. 

Dari jauh ibu nampak menara jam. Ya Allah, aku makin hampir. Makin berdebar, mata kembali bergenang, hati kembali berombak, bergelora berdebar-debar!

Nyuuuuuttt.....ada satu tusukan yang singgah di hati! Rasa yang sukar untuk digambarkan. Sampai di sana, kalian rasailah sendiri.




Ibu tiba di Mekah, seusai azan Zohor. Zohor kat sana awal, pukul 1215 (kalau tak salah). Kalau dulu, ibu hanya dengar cerita dan membaca saja tentang suasana masyarakat mekah. Kini di depan mata ibu nampak.

Bila saja hampir masuk waktu solat, kedai-kedai akan ditutup. Dan jika telah masuk waktu, dimana sahaja mereka akan solat. Mengadap sajalah ke arah masjidilharam dari arah mana pun, kibat sudah di depan mata. Nah.... ibu dah nampak apa yang dicerita sebelumnya! 

Mudah dan indahnya Islam. Bandingkan dengan masyarakat kita, asal nak solat mesti nak surau yang selesa, telekung yang bersih, siap bersejadah. Pilih tempat yang beraircond, kalau kipas mesti nak dok depan muka atau atas kepala. Ibu tak kata orang, itulah diri ibu sendiri!

Allah mudahkan urusan kami. Biasanya, check in di Mekah adalah selepas Asar. Dalam bas pun, CEO ada bagitau yang mungkin kami terpaksa berhimpit dulu di dalam beberapa bilik sebelum dapat bilik yang betul. Namun, bila tiba di hotel, bilik kami sudah tersedia. Mungkin jemaah yang sebelumnya check in awal. Alhamdulillah..

Disebabkan sudah masuk waktu Zohor, maka kami semua makan dulu. Solat di dalam bilik dan kemudian baru selesaikan umrah masing-masing. Ustaz Syed bagi greenlite untuk group ibu buat umrah sendiri sebab adik dan maktok dah berpengalaman. 

Kami pun apa lagi, kalut makan dan solat terus bersiap nak ke masjidilharam. Nak cepat-cepat tengok baitulallah yang selama ini ibu sujud ke arahnya. Nak tengok depan mata. Nak cepat-cepat selesaikan umrah dan nak bebas dari pantang larang ihram jugak!

Kepala sudah gatai....mau garu kuat-kuat takut rambut gugur! Sabarrr.......

6 comments:

rashidah said...

terlalu rindu la ckiah.... bile bace... membuak2 perasaan ini....

edaleeja said...

subhanallah...bestnya..meleleh2 ayaq mata kakja duk baca CK..

rasa nak ke sana semakin kuat...

CS said...

Assalam...
Pengalaman indah wpun disulami keletihan, kesukaran dsb. namun jika diberi peluang kesana lagi, sudah tentu takkan dilepaskan, insyaallah.

Sangat enjoy baca pemgalaman awak.

CS said...
This comment has been removed by the author.
azieazah said...

Tak terkata. Semua perasaan begitu jelas dalam entri ini. Tahniah.

Syukurrr... doakan kami juga mampu ke sana suatu waktu nanti...

Irfa said...

betul tu,kelam kabut sikit kat airport tu.sbb tu sy mmbayangkan mcm mana la jemaah yg dah uzur tu mghadapi situasi mcm tu

Related Posts with Thumbnails