Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, July 16, 2013

#E4 - Kisah sekitar Mekah.

Assalamualaikum.

Bersemangat ibu nak meneruskan perkongsian pengalaman umrah ibu di sini. Ibu gembira dan bersyukur bila ada pembaca yang membuak-buak rasa nak ke Mekah selepas baca catatan ibu ni. Ibu sangat mengharapkan agar perkongsian yang ibu tulis ni dapat membantu bakal tetamu Allah yang lain. 

Mungkin ada yang dapat dijadikan panduan. Harapnya macam tu laa...

Di Mekah, hotel yang ibu didiami diberi nama Al-User. Mulanya jenuh ibu dok mengeja nama hotel ni sebab semuanya ditulis dalam tulisan arab. Bila dah lama-lama, baru terperasan ada tulisan rumi di bawahnya.

Hotel yang ibu diami bukanlah hotel mewah seperti di Safwah (sekadar contoh). Kalau ikut standard di Malaysia, mungkin seperti standard hotel Pak Keong saja! Lobinya hanya dapat memuatkan kaunter, satu set sofa dan sebuah meja kerja. Tiada ruang cafeteria. Tak pa, janji ada tempat berteduh dan yang penting tak jauh nak ke masjid.

Jamuan makan dihotel hanya disusun di atas meja di koridor jalan (sebelah pintu bilik ibu) di tingkat1. Kebiasaannya, jamuan makan diuruskan oleh pihak ketiga, sama seperti kumpulan ibu ni. Caterer untuk group ibu ni rasanya orang melayu Pattani kot, sebab rasanya memang kena dengan tekak. Makan memang sedap sokmo, walaupun dihidang dengan sup daging campur kacang bendi. Pernah rasa?

Kalau tak salah ibu, hotel ini 8 tingkat kot! Sebilik boleh memuatkan 4 katil bujang yang disusun rapat ke dinding. Berbaki sedikit ruang di kawasan tengah yang menjadi ruangan kami makan dan bersembang-sembang.

Walaupun tak mewah, namun kemudahan asas ada dan lengkap. Bilik air ok! Ada aircond, tv dan peti ais. Almari cuma ada satu. Tapi tak guna pun, sebab lebih senang biarkan baju bersusun dalam beg. Iron memang tak dak. Lagipun, awal-aawal lagi ibu dah set untuk bawak baju/tudung  yang tak banyak songeh! 

Itu serba sedikit tentang penginapan. Berbalik kita kepada kisah pengalaman ibu.

Selesai makan tengahari, maka bergeraklah kumpulan ibu ke MasjidilHaram. Hati yang sangat berdebar-debar, dengan rasa yang tak tergambar. Langkah saja keluar dari pintu hotel, tersedak jugak nafas ibu dengan udara panas yang  yang membahang.

Mulut ibu memang tak henti-henti membaca doa untuk Allah mudahkan segala urusan. Terkumat-kamit sepanjang perjalanan. Maktok pun memang dah pesan - kalau nak bergerak ke mana-mana sekalipun banyakkan baca doa mudahkan urusan. Pasti Allah akan mudahkan kita.

Untuk ke MasjidilHaram dari hotel ibu menginap, ibu akan melalui depan Hotel Le Meridean (sebelah kiri), lintas jalan ke dataran burung merpati di hadapan pintu masuk imam-iman masjidilharam (sebelah kanan) dan juga kawasan van jenazah menurunkan mayat, di hadapan kawasan istana. Dari awal sampai ke sudah, ibu sekeluarga menggunakan pintu yang sama iaitu pintu 5. 




Sekitar Mekah memang sangat giat dengan pembangunan. Banyak bangunan lama yang sedang diruntuhkan kerana terlibat dengan pembesaran MasjidilHaram. Dalam kawasan masjid sendiri jugak sibuk. Kawasan Saei bahagian bawah jugak ditutup (ketika itu) untuk penambaikan. 

Sebelum ibu ke sana, banyak yang berceritakan tentang udara Mekah yang tidak sihat kerana berdebu disebabkan pembangunan yang sangat rancak. Dari pengamatan ibu, mereka yang ke sana jugak akan mengalami batuk-batuk, selsema dan demam kerana perubahan cuaca.

Alhamdulillah, ibu tidak mengalami semua itu. Takut jugak kalau-kalau terkena serangan batuk bila banyak yang bercerita suasana di sana yang berdebu teruk. Ibu tidak menggunakan face mask sebaliknya ibu pakai towel muka. 

Setiap kali keluar dari hotel, towel muka tu ibu akan selit di bawah telekung (kiri dan kanan muka) seperti purdah. Ada sekali tu, mamat arab sampai berpusing tengok ibu. Mungkin namak pelik kot! hahahahahah Selain digunakan untuk tutup mulut dan hidung, ianya juga boleh dijadikan sejadah semasa solat. Kalau nak lap lepas wudhuk pun senang. Tak la banyak gadjet nak di angkutkan.

Ibu ada membawa bekalan ubat-ubatan. Cuak jugak sebab maktok pernah cerita masa dia ke sana bawak tok ibu (mak kepada maktok). Sebelum ke sana, tok bawak macam-macam ubat, kot-kot sakit. Sekali, sampai sana memang sakit dan semua ubat-ubat tu habis digunakan. 

Masa ibu dok packing ubat-ubatan tu, memang ibu sebut dalam hati - Ya Allah, sihatkan lah aku sepanjang di sana. Aku bawa ubat ni bukan untuk aku sakit, kot-kotla kalau ada orang lain yang sakit, boleh aku bagi kat depa.

Mungkin sebab tu kot, ibu sihat. Dan memang bekalan ubat yang ibu bawak tu digunakan oleh mak-mak sedara ibu yang demam dan sakit urat. Dan memang depa tak bawak ubat! So, betulkan niat ok! Mintak yang baik-baik saja ekkk

Kelengkapan mandi seperti pencuci muka, shampoo dan sabun memang ibu tak bawa. Dari apa yang ibu tau, ingredients-nya adalah berlainan mengikut kesesuaian cuaca sesebuah negara. Yang ibu bawak hanya berus gigi dan ubat gigi saja. 

Lagipun 'renyah' la nak packing kan untuk penerbangan. Bahan cecair adalah bahan terkawal dalam penerbangan. Kalau bawa dalam hand luggage, maximum hanyalah 100ml sahaja. Adik ibu yang bawak lotion botol kecik 150 ml pun kena campak buang! Kalau masuk kargo, rasanya boleh kot!

Ada farmasi kat sana. Boleh saja shopping. Tapi hati-hati sebab kat sana tak semua barang dipamerkan harga. Semasa ibu beli shampoo dan pencuci muka, ibu beli sekali sikat (tak bawak jugak). Ingatkan murah la sebab nampak biasa saja. 

Masa bayar, terkejut sebab kena 70++ riyal. Harga pencuci muka 15 riyal, shampoo rasanya 18 riyal. Bayar jugak la kan sebab dah malu alah. Bila tengok bil, sikat tu rupanya 40 riyal ++. Hambikkkk! Sikat MADE IN GERMAN katanya......


Oklah, kita stop dulu. Nanti ibu sambung lagi yaaa......harap ada info yang dapat membantu (^_^)

2 comments:

Nieda ramly said...

tu dia 40 riyal...kalau kat sini cari sikat 2 ringgit saja hihi..

Zakiyah Zainon said...

nieda ; mmg nak cari sikat gigi yang kaler oren tu, tapi tak jumpa. Ingatkan 4-5 hengget! hehehehehe

Related Posts with Thumbnails