Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, July 23, 2013

#E5 - Kisah Umrah yang Pertama

Assalamualaikum.

Ibu tiba di Mekah pada hari Khamis 23 Mei 2013. Dan selepas selesai solat Zohor di bilik, ibu sekeluarga pun bergerak ke MasjidilHaram untuk menunaikan umrah yang pertama. Tak sabar nak tunaikan umrah dan paling berdebar nak tengok kaabah!

Sepanjang di Mekah, kalau masuk MasjidilHaram, ibu sekeluarga menggunakan pintu 5. Masuk saja pintu, akan ada polis yang memeriksa beg kita. Polis lelaki rasanya tak check pun, tapi kalau polis perempuan (yer kot polis ke guard?), habis beg kita dia selongkar. Yang paling dia tak bagi bawak masuk adalah kamera. Kalau handphone yang ada kamera takdak masalah. Depa pun guna handphone canggih. 

Ibu bawak camera, tapi susun kat bawah sekali. Atas kamera ibu letak vaseline dan buku serta beberapa pek biskut dan kasang-kadang buah! Terlindung la sikit camera ibu tu. Tapi ada sekali tu, ibu kena halau sebab dia selongkar sampai ke bawah dan jumpa camera. 

"Harammm...harammm", sambil dia tunjuk camera. Lepas dia bagi balik dia tunjuk suruh ibu balik. Choiii!

Tapi kan, pintu MasjidilHaram tu kan banyak hahahaha..dia halau pintu ni, banyak lagi pintu lain yang ada. Polis/guard yang halau ibu tu jaga pintu 5 (naik ke atas). Ibu keluar, pastu pergi pintu sebelah (pintu 5 jugak) yang turun ke bawah. Lepas saja hahahaha...

Pertama kali masuk ke MasjidilHaram, tak dak masalah. Bila dah masuk, mata terus tercari-cari objek hitam yang sekian lama ibu impikan nak tengok tu, tapi tak nampak. Uhukk! 

Terus terlintas kat hati - " Ya Allah, Kau tak izin aku tengok ka?". Takut sangat sebab ada cerita yang ibu dengar, katanya ada yang tak nampak Baitullah sampailah kena buat solat taubat berulang kali, baru dia nampak.

Alhamdulillah, hajat paling besar tercapai sudah!


Kalau tak nampak pun, ibu dah redha. Yerlah, mungkin solat taubat dan lain-lain persediaan yang ibu buat tak sana tak cukup. Mungkin Allah nak ibu ulang lagi. Lepas parking kasut, ibu minum dulu air zam-zam yang bersusun kat tepi rak kasut. 

Lepas segelas, minum segelas lagi. Ya Allahhh...memang rasa air zam-zam di Mekah lain dengan air zam-zam yang diminum di Malaysia. Kalau tak percaya, cubalah! Kalau biasa, ibu nak habiskan segelas air zam-zam agak mengambil masa sebab rasa payaunya, tapi di sana ibu minum terus menerus.

Lagi satu, memang disunatkan semasa minum air zam-zam - minumlah seolah-olah kita kehausan yang sangat. Tenguklah dengan penuh nafsu. Dan kalau minum air zam-zam, seeloknya kita berdiri mengadap kiblat serta membaca doa. Mohon pada Allah, berikan kesembuhan segala penyakit, mohon keafiatan dan jauhkan dari disambar api neraka.

Sambung balik.
Lepas minum, jalan ke depan dan tarik nafas. Mata tercari-cari lagi. Mana ni..mana ni?

Rupanya, kalau masuk pintu 5, Kaabah sedikit terlindung dan ke kanan. Kalau pandang terus dari pintu memang tak akan nampak. Kena turun tangga, jalan lagi ke depan, pandang sebelah kanan, tersergamlah objek hitam yang ibu solat ke arahnya selama ini.

Tu diaaaa...itulah Kaabah yang aku nak sangat tengok selama ini. Nah..dah ada depan mata!

Mulut kelu memang tak terkata dan tak tau nak kata apa. Yang hanya mampu disebut "AllahuAkhbar...AllahuAkhbar". Air mata tok sah cakap la. Pandang buku doa pun dah tak nampak apa yang ada di dalamnya. Kabur dengan genangan air mata. 

Sampai dah tenang perasaan tersedu sedan tu, baru boleh baca doa dengan tenang. Fuhhh..susah nak cakap rasa yang ibu rasa tu..susah! 

Ibu pun tak tau, kenapa kita perlu menangis, tapi entahlah airmata tu akan turun sendiri. 'Rasa' yang sukar digambarkan tu akan datang sendiri. Gembira, terharu, bersyukur, sedih, rasa bertuah....semua ada!

Dan orang takkan pandang pelik pun kalau kita menangis sebab sekeliling kita pun sama. Semua mengalirkan airmata. Kalau tengok betul-betul, ada jemaah yang menangis macam meratap-ratap sambil tadah tangan baca doa. Kira jemaah Malaysia ni masih ada sopan dan susila, menangis pun dalam keadaan sopan dan ayu saja (^_^)

Turun tangga, jalan ke arah kanan. Kalau ikut pintu 5 dah hampir dengan tempat mula nak niat tawaf. Atau lebih mudahnya Pintu 5 mengadap Rukun Yamani. Jalan depan sikit dan jumpa penjuru HajarulAswad, yang jadi tempat untuk mula niat. Satu lagi indicator, tengok lampu hijau kat bahagian atas sebelah dinding kanan masjid.

Mula tawaf, ibu berenam perempuan jalan sama-sama. Adik ibu yang lelaki dengan sepupu ibu, depa geng dua. Tapi last-last, ibu dengan adik perempuan ibu yang selesai bersama. Dah habis tawaf baru jumpa dengan mak dan makteh. Makndak dan maknjang tak tau pi tang mana, tapi kata Makteh nampak depa berdua. Ok la tu....

Sepanjang tawaf, kita  boleh berdoa dengan bacaan yang ada di dalam buku tu mengikut pusingan. Tapi kalau rasa payah, bacalah doa apa yang kita nak pohon dari Allah tu. Pohonlah seberapa banyak yang kita mampu, kita dah berada di tempat yang mustajab untuk berdoa!

Tawaf tak  lama. Dalam 20 minit selesai tawaf umrah dan tawaf pertama ibu. Kami solat sunat di belakang Makam Ibrahim. Sujud tengah panas lit-lit pun tak rasa sangat. Lantai marmar pun suam-suam saja walaupun masa tu baru lepas Zohor. Masih boleh bertahan kalau dibandingkan dengan cuaca yang membahang tu.


Usai solat, di hadapan Makam Ibrahim

Selesai solat sunat, pusing belakang dah menghala jalan untuk ke arah tempat Saei. Jalan ikut mini terowong, sampailah ke kawasan saei. Kata Maktok, inilah tempat Saei bahagian bawah tapi masa tu masih ditutup untuk pembinaan. Cuma jadi ruangan keluar masuk dan diletakkan airzam-zam. 

Jangan lupa minum. Jumpa saja tong air zam-zam, mesti minum tau! hehehehe

Maka berpusing pulak cari tangga nak naik tempat Saie tingkat 2. Hari pertamalah katakan, ala-ala buat sesi lawatan tapak dulu la. Maktok pun confuse sebab banyak yang dah berubah dan disekat-sekat kerana pembinaan.


Makteh, ibu dan maktok

Rupanya kena naik escalator, keluar dulu dari bangunan. Kena melintas dataran tepi, lepas tu masuk balik pintu (ibu tak ingat pintu berapa tapi belas-belas kot) di tempat Saei yang betul-betul dihadapan bukit Safa.

Niat Saie, dan kami pun teruslah mengatur langkah. Allahuakhbar! Nak complete 7 kali antara Safa dan Marwah tu, dah bermacam fesyen jalan adanya. Sat senget kot sana, sat senget kot sini. Tapak kaki yang paling tak tahan.

Saei sebenarnya sangat santai. Sambil jalan, kalau haus boleh berhenti minum dulu. Kalau penat, boleh duduk dulu. Ruangan pun sejuk beraircond. Tapi, disebabkan nak kejar waktu Asar (nak jemaah), itu yang masing-masing macam Charlie Chaplin dah rasanya hehehehe..

Asar waktu tu dalam pukul 3.30 petang dan ibu manage untuk habiskan Saei sebelum masuk waktu Asar. Siap bertahallul, kami berkumpul di tiang depan pintu 15 (pintu ditutup). Ada 2 tiang besar yang pisahkan kawasan menghala ke Safa dan Marwah. Kat situ la jadi tempat kami melepak dan tunggu ahli keluarga yang habis lewat.

Walaupun masa tawaf dan saei kami berlapan terpisah, akhirnya semua berkumpul di tiang yang sama. Tinggal sepupu ibu sorang saja tak kunjung tiba. Tunggu agak lama la. Hari pertamakan, masing-masing tak dak ilham lagi nak janji-janji jumpa kat mana. Ibu pun tak ambik nombor handphone dia. Akhirnya, kami tunggu sajalah dan berdoa.

Maktok yang paling risau sebab dia tu dah macam ketua kontigen ibu. Maktam dah amanahkan sepupu ibu tu mai bersama dia, jadi maktok rasa bersalah sangat-sangat dan teramat risau akan sepupu ibu tu walaupun dia lelaki. 

Tak habis-habis Maktok dok sebut "isshh...kesian kat Arif. Macamana la tawaf dia tadi tu. Sah ka dak tu. Buat sorang-sorang dia".

Tapi makteh dok positifkan maktok - "InsyaAllah, dia pun belajar.  Mama dengan papa dia pun dah pernah pi haji, mesti dah bagi kursus dah tu".

Akhirnya, bertemu jugak sepupu ibu tu. Katanya, dia tunggu di tiang besar depan Safa sebab mama dah pesan, kalau terpisah tunggu kat situ. Ada kisah sebenarnya. 2 kali umrah, sepupu ibu sering terpisah dengan kami. Yang lain, boleh jumpa berkumpul, tapi tidak untuk adik Ariff. Nanti ibu kongsikan (^_^).

Selesai umrah yang pertama. Perasaan gemuruh, gementar dan takut pada awal tadi dah hilang. Sebenarnya, tak susah mana pun! Masa tawaf saja yang perlu sedikit berasak-asak terumatanya bila sampai di kawasan HajarulAswad. Terpaksa bersesak dengan orang-orang yang nak memulakan niat terutamanya yang tawaf dalam group yang besar. Siap buat pagaq bagai jaga jemaah depa. Habis jem! Tapi sabar je laaah.....

Selesai solat Asar, kami beramai-ramai balik ke hotel. Sampai hotel, dia punya garu kepala hahahahahhaha......nikmat tak terkira! 

Buat umrah pada ibu mudah, tapi nak jaga diri semasa di dalam ihram tu yang sengsara. Asal niat saja, kepala terus gatal. Memang tau!

Apapun, alhamdulillah. Akhirnya, ibu berjaya menunaikan umrah yang pertama. Esoknya, kami tak buat umrah sebab kalut cari money changer nak tukar duit. Macamana nak bayar tambang. Masing-masing tak tukar. Di Alor Setar dan KLIA, riyal habis!


1 comment:

azieazah said...

Tahniah... syukur diberi peluang dan kesempatan tiba di bumi Mekah.

Pengalaman paling mahal dalam hidup, kan?

Related Posts with Thumbnails