Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, July 15, 2013

#Resepi Keluarga

Assalamualaikum.

Hari ini masuk hari ke 6 kita berpuasa. Mesti semua masih bersemangatkan untuk memasak juadah berbuka buat keluarga tersayang.

So far, ibu masih tak jejak lagi di PARAM. Masih bertahan masak menu-menu mudah untuk keluarga. Cukup la kan makan apa yang ada. Kena ingat juga saudara seislam kita yang sedang menderita ditempat lain, sedangkan kita makan tak beringat-ingat. Penuh atas meja.

Sehingga hari ini, ibu masih belum sempat berbuka dengan ayah (Eh, ke sekali je! Lupa). Setiap hari ibu berbuka dengan anak-anak saja. Ayah kerja shift petang, maka dia berbuka di opis. Sahur pun baru 2 kali dapat makan sama-sama. Ayah overtime sampai pukul 5. Dia sampai rumah dah jam 630 pagi. Nasib badan...

Sejak mula puasa, ibu masak mengikut kehendak hati kakak sebagai menghargai kakak yang dah mula berpuasa penuh. Dari tahun lepas dia dah puasa, tapi weekend selalu dia ponteng. Namun tidak tahun ini, dia masih bertahan! Alhamdulillah...

Hari ini ibu nak share resepi kegemaran ibu time bulan puasa. Sebenarnya, kalau  tak bulan puasa pun ibu memang suka. Tapi di sebabkan nak jaga badan (hahahahha), ibu mengelak untuk masak resepi ini. Takuttt.....hehehehe

So, bila mai  bulan puasa, boleh la ibu masak resepi ini buat pembuka selera masa bersahur (katanya). Tapi time berbuka pun ibu belasah jugak! Tu yang ibu tak nak masak resepi ni di bulan-bulan lain. Takut tak tahan godaan (^_^)




Nama menu ini adalah 'cabai tumih'. Bahannya adalah cili padi a.k.a cabai melaka (panggilan orang Kedah), bawang merah (yang kecik tu), belacan, garam gula dan asam keping. Mudah kan? Tapi rasanyaaaa....meletzzzzzz!!

Dulu, maktok yang suka masak resepi ni buat pembuka selera masa ibu dan adik-adik masa remaja dulu. Masa belajar di universiti pun, maktok siap buat stok bekalkan di hostel. Bila masak ni, hilang jugak rasa rindu nak makan masakan mak. Uhukkkk!

Cara nak masaknya mudah saja.

Bawang merah ditumbuk ( jangan terlalu hancur, kasik pecah-pecah saja)

Cili padi di blend dengan belacan.

Tumis bawang dalam kuali. Agak bawnag layu, masukkan cili padi yang siap diblend.

Masukkan air dan asam keping (ibu suka masam)

Masukkan gula dan garam.

Kacau dengan api sederhana sampai kering macam   bawah ni.


.




.




.



.



.



.



.



.


taraaaaaa....



Kalau ada ikan goreng saja pun dah cukup. Makan dengan nasi panas, goi dengan cabai tumih ni! 

Confirm! Mesti akan makan bertambah!

Rasa macam nak buat juai laaa...ada yang nak order ka!?

Buat tampung nak beli ayam untuk rendang raya. Maklumla, nak makan jugak ayam walaupun harga melambung mahai! 

(^_^)

5 comments:

Irfa said...

lebih kurang sama dgn sy punya
cuma tambah ikan bilis je ;)
enak dimakan dgn nasi panas,sahur itu pun dah cukup bagi saya

Softtouch [Hanim] said...

Salam cik kiyah...berjumpe lagi kita..igt ke lagi?hehee

perghhhh sedapnya....tp nape merah ye?ke cik kiyah gunacili padi yg merah?sbb cili padi biasanya hijau kan?

Cik Olive said...

wahlah..........tringat zaman kt uni dulu dok cilok sambai mak hang buat nie....meleleh ayaq lioq

azieazah said...

Kak Azie tahu sangat sambai tumih lagu nih. Maklum kami orang belah utara jugak. Tu kalu ada ikan masin ka... ulam kaa.. nasik hangat hangat...

Perhhh bertambah nasik!

Zakiyah Zainon said...

irfa : kat johor pun ada yang masak campur ikan bilis, pastu cicah dengan ubi kayu rebuss! meletopppp jugak tu. Cuma, kalau tak salah saya, sambal tumis sytle johor tak banyak bawang..





hanim : awat tak ingatnya..kan kita dah add kat FB hehehe saya guna cili padi hijau. rasnaya dia jadi gelap macam tu sebab masak lama kot, lagi pun banyak bawang dan mungkin sebab kuali saya gelap sama hehehehehe..


laily: ada sikit2, pastu makn ramai-ramai..memang berebut la kan..


Kak AA : adoi kak....sedapnya kan! Suami saya pun dah tanya nama apa masakan ni hehehehehe...

Related Posts with Thumbnails