Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, July 19, 2013

#Selamat Ulang Tahun

Anak-anak kembar ibu sayang,
Ibu akui ibu seorang yang garang,
Suara ibu memang macam halilintar,
Kalau ibu pekik sambil pegang rotan,
semua akan lari sambil tutup telinga.

Anak-anak kembar ibu sayang,
Ibu akui ibu selalu abaikan kalian,
Ibu selalu leka dengan keasyikan gadjet dan game di telefon pintar ibu.
Kalau ibu letih, ibu paksa kalian tido.
Ibu tutup lampu dan tv 
tanpa ingin tahu kalian mengantuk atau tak!

Anak-anak kembar ibu sayang,
Ibu selalu hadiahkan rotan dipeha kalian yang montel,
Ibu akan cubit perut kalau buat perangai di depan orang,
Kadang-kadang kalau ibu dah tak tahan dengan perangai masing-masing,
Ibu akan kurung dalam toilet yang gelap,
Maka meraunglah masing-masing minta dilepaskan.
Bila ibu fikir balik, kejamnya ibu ni kan!?

Anak-anak kembar ibu sayang,
Walaupun ibu garang dan kadang-kadang mengabaikan kalian,
Walaupun ibu suka rotan dan agak berlaku kejam,
apa yang ibu buat tu demi kasih sayang ibu pada kalian.

Walaupun kalian masih anak kecil,
Tapi ibu tahu anak-anak ibu adalah anak-anak yang bijak.
Kalau tak, masakan adik boleh mengikut segala leteran ibu dengan mudah.
Adik boleh mengajuk kembali nasihat ibu pada abang, kakak dan ayah!

Abang pun tak kurang bijaknya,
Abang dah tahu bersolat sendiri walaupun lintang pukang,
Abang ada keinginan nak baca quran.
Abang sering berdoa walaupun ibu tak tau apa yang abang minta.
Abang tahu mengalunkan zikir dan tasbih saat mendodoikan patung mainan.

Itu bukti kebijaksanaan yang kalian ada!




Walau segarang mana pun ibu,
saban malam kamu berdua pasti berebut nak tidur berbantalkan lengan ibu.
Kamu berdua akan saling mengucap sayang ibu.
"Abang sayang ibu" , kata abang.
"Adik pun sayang ibu', kata adik yang jugak tak  mau kalah!

Anak-anak ibu,
Garang dan kejam  ibu kerana sayang,
Maafkan ibu jika kalian merasa sering terabai.
Ibu juga manusia biasa yang selalu terleka dan lupa,
bahawa ibu adalah seorang ibu yang sudah beranak tiga.

Walau senakal mana pun kalian,
Ibu tetap sayang anda!
Selamat Ulang Tahun Sayang
Membesarlah kalian sebagai seorang yang 'Hamba'!

Sekian, dari seorang ibu yang sering leka namun terus berusaha!
Doakan kami ya...!

3 comments:

Rizziela said...

happy birthday

azieazah said...

Sedihnya baca part kena kurung dalam bilik air tu.. huhuhu

Selamat Ulangtahun Kelahiran to kembar. Semoga terus menjadi anak yang cemerlang.

Admin said...

Rizziela : tq ;)



Kak AA : kurung acah-acah saja. Tak sampai seminit pun heheheh ibu berdiri depan pintu pegang tombol :P

Related Posts with Thumbnails