Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, August 5, 2013

#E6 - Aktiviti Di Mekah

Assalamualaikum.

Sepanjang di Mekah, ibu hanya berjaya melakukan 7 kali umrah. Itu pun dah alhamdulillah. Tiap-tiap hari lebih kurang jam 7 pagi, group keluarga ibu akan berkumpul di bawah hotel dan naik van ke miqat Tanaaim untuk niat umrah.  La ni tambang dah 10 riyal. Dulu kata maktok, 5 riyal saja. Lepas ni tak tau la berapa pulak!


Teksi kat sana memang class. Camry jadi teksi bersepah-sepah! Kalau ramai macam group ibu ni boleh pilih teksi jenis MPV. Innova kat Mekah jadi teksi. Ada jugak van dan kereta buruk tahap prebet sapu . Merasa jugak kami naik van buruk tak boleh tutup pintu. Tuan dia saja yang tau cara nak tutupnya. Tambang tetap sama, 10 riyal jugak naaa...

Ibu ada jugak niat di tempat lain masa ziarah, antaranya di Jaaranah dan Masjid Hudaibiyah.


Masjid Siti Aisyah, Tanaaim

Buat umrah di musim panas memang sangat menguji. Walaupun Malaysia ada cuaca panas yang melampau, tapi tak la panas semelampau di Mekah. Sorry la, ibu guna perkataan melampau untuk membayangkan betapa hangatnya cuaca kat sana. 

Ya Allahh....mulut ni bertahan saja tak mau bersungut - panas, hangat, kering, lapaq ayaq! Cuma ibu kenangkan, itu baru panas dunia. Panas neraka??? Semua sungutan yang ada tu, telan masuk dalam perut saja!



Pukul 8 pagi!

Selain buat umrah, ada juga sesi ziarah. Hari ke 3 kot, kami dibawa ke Jabal Tsur, kemudian ke Jabal Rahmah, tengok kawasan padang Arafah yang luas, terus melawat masjid di Jaaranah untuk niat umrah. Sepanjang ke Jaaranah, dapatlah ibu lihat khemah-khemah wukuf  dan tempat melontar masa musim haji. Tak sabar nak tunggu saat nak jejak kaki ke situ.

Projek keretapi dari Mekah ke Mina (kalau tak salah ibu) dah siap dan katanya boleh digunakan pada musim haji ini. Tapi keretapi tu bukan untuk jemaah Malaysia dan tambangnya jugak agak mahal. Ibu lupa berapa. Kalau tak salah, cecah ratus jugak la!





Satu keinginan yang ibu simpan, jika ada rezeki dipanjangkan umur dan masih bertenaga, ibu ingin sekali mendaki Jabal Tsur dan naik ke gua Hira'. Saki baki semangat pendaki tegar masih ada dalam diri ibu hahahaha... 



Tapak kaki ibu ni dah lama teringin nak mendaki. Maklumla, sejak berumahtangga ni, minat ibu terpaksa diketepikan demi keluarga. Masa sampai di Jabal Rahmah, ibu tak tunggu orang lain dah. Mutawif bagi time 20 minit saja kot, teruih ibu panjat dulu. Elok ibu dah sampau puncak, baru nampak adik-adik dan sepupu ibu naik sama. Hilang jugak rindu mendaki walaupun Jabal Rahmah hanya beberapa ratus meter saja tingginya! 

Tapi, kalau ada yang nak panjat. hati-hati. Bukit kat sana berbatu dan berpasir. Licin sekali. Pulak tu padat dengan manusia yang berpusu-pusu nak naik ke sana. Makcik-makcik arab yang besaq-besaq jalan bertongkat pun naik tau! 

Bayangkan kalau depa jatuh atas kita, atau tertolak kita. Kena pandai cari jalan yang kurang orang guna, tapi biasanya sedikit curam dan berbahaya. Hati-hati la. Masa ibu dah turun, katanya ada yang cedera di atas sana. Terjatuh dan berdarah kepala.....



Tak sampai 10 minit, Jabal Rahmah berjaya ditawan!

Ibu merasakan selama 8 hari di Mekah adalah sesuatu yang sangat indah. Indah sekali bila hampir 90% ingatan kita hanya tertumpu untuk beribadah. Nak pejam mata untuk tidur, plan untuk umrah dan ibadah esok dah ada. Buka saja mata, terus 'celapak' ke toilet, bersihkan diri langsung bergegas ke masjid.

Ya Allahh.....sesungguhnya ibu sangat rindukan rasa itu. Saat bila minda hanya ingatkan ibadah. Hati nak ke masjid. Berlawan dengan maktok sapa yang akan khatam quran dulu. Tiap-tiap waktu akan tanya "mak baca tang mana dah?", sebab tak mau kalah! hehehehehe

Tipu kalau ibu kata langsung tak bershopping di sana. Namun, bab shopping tu hanya sambil-sambil saja. Balik masjid, singgah cuci mata kat kedai-kedai yang ada. Tengok-tengok mana yang berkenan. 

Panjang pulak ek....ok nanti ibu sambung lagi kisah Aktiviti Di Mekah ni!

No comments:

Related Posts with Thumbnails