Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, August 7, 2013

#E7 - Aktiviti di Mekah S2

Assalamualaikum.


Sebelum ke Mekah, ibu ada berniat nak cuba puasa di sana. Kena pulak masa tu adalah musim panas, ibu lagi nak cuba sebab nak rasa macamana tahap hausnya. Alhamdulillah, ibu dapat berpuasa pada hari Isnin bersamaan 17 Rejab!


Mungkin kerana hajat dihati iu nak merasa cubaan berpuasa di musim panas, maka Allah baig suasana yang betul-betul panas. Siang harinya, sangat membahang. Walaupun panas, ibadah umrah tetap di jalankan. Lepas tawaf tak minum ayaq....aduusssss! Nampak tong ayaq zam-zam ais tu macam nak pi peluk!

Malamnya berbuka di Masjidilharam. Ibu bawak bekal buah pear, makan semasa berbuka. Lepas Isyak, baru balik bilik dan makan nasi. Cuaca pada malam tu bertukar. Dari siangnya yang panas terik hingga bahang panas menusuk hidung, namun malamnya sangat sejuk dan selesa. Mungkin Allah bagi hadiah pada ibu lepas berjaya harungi cuaca panas di siang harinya. Mungkin....itu rasa ibu!

Kenangan di Jabal Tsur

Banyak nasihat yang ibu dapat, cuba untuk khatam quran di sana. Pada akal ibu, sempatkan nak khatam quran dalam masa 12 hari saja?

Ibu mula membaca quran pada hari ke 2. Selepas solat Subuh, ibu mula membaca. Lenguh bersila, ibu bersimpuh. Lenguh bersimpuh, ibu cari tiang bersandar dan melunjur. Bosan bersandar cari kerusi duduk di depan mengadap baitullah.


Terperangkap di Hijr Ismail (atas)


Sungguh asyik rupanya membaca quran di sana. Ada satu pagi, ibu berjaya menghabiskan 2 juzuk al quran. Langsung tak rasa penat dan kering tekak. Habis semuka, angkat muka pandang Kaabah. Sambung balik membaca. Habis semuka lagi, pandang semula Kaabah. Nikmat yang tak mampu diucap.

Kalau dah mai rasa malas, ibu tidur saja. hehehehehe

Sepanjang ibu di sana, dapat ibu perhatikan Al Quran memang menjadi bacaan utama masyarakat Mekah. Berselisih dengan pemuda-pemuda Mekah, Al Quran pasti ada bersama mereka. Staf hotel ibu menginap pun sentiasa membaca al-quran di lobi. Tasbih tak lepas di tangan. Hebatkan!

Apapun, bak kata mutawif yang mengetuai ziarah ibu di sana, di Mekah lahir semulia-mulia, hamba Allah iaitu Nabi Muhammad SAW, dan di Mekah juga ada manusia yang jahat,  Abu Jahal. Faham maknanya?

Selain itu, tawaf sunat pun boleh dibuat. Kalau nampak dataran Kaabah lengang, cepat-cepat la turun. Selalu ibu akan tawaf bila sampai saja ke masjid. Kebiasaannya, kalau masuk masjid kita buat sunat tahiyatulmasjid, tapi di Masjidilharam, masuk terus tawaf sunat.




Lepas solat pun boleh nak tawaf sunat. Tapi kalau time lepas subuh, maghrib dan isyak, memang penuh dan sesak. Semua nak cari teduh kan! hehehehe 

Selalunya 30 minit sebelum masuk waktu solat, kawasan Hijr Ismail akan dikosongkan. Kalau ada lagi jemaah wanita yang masih tawaf, polis akan 'halau' jemaah wanita untuk masuk ke kawasan solat nisa'. Time ni jeles bebenau dengan orang lelaki sebab depa boleh solat dekat sekali dengan baitullah!

Kalau nak shopping, untuk buah-buah kering macam kurma, aprikot, kismis dana seangkatan tu elok beli di Madinah. Lebih banyak pilihan dan segar. Kat Mekah pun ada, tapi limited sangat. Jubah di Mekah pun tak kurang cantik. Kat Madinah pun banyak pilihan. Tapi kalau nak jubah bermanik labuci, elok beli di Mekah, di bawah Hotel Safwa. Banyak kedai kat dalam tu.  

Harga boleh kurang dan banyak pilihan warna. Peniaga pun tak kalut sangat. Tapi biasa la depa, asal tanya harga, teruih depa tanya "Berapa helai?". Kena pandai tahan depa. Cepat saja depa nak bungkus padahal harga pun tak bagitau lagi berapa. hehehehehe





Di Mekah ibu banyak beli souvinier. Ibu beli perfume di dalam kedai bawah Safwa Hotel. FM ibu beli masa di Masjid Hudaibiyah. Kalau tasbih biji kayu koka tu memang merata-rata, kat mana-mana ada!

Ibu juga berpeluang ke ladang unta. Mulanya, dok imagine lagu mana rupa ladang unta? Rupanya, ladang-ladang tu bersepah di sepanjang padang pasir masa nak ke Masjid Hudaibiyah tu. Pilih saja nak singgah ladang yang mana?

Bau hamis unta memang sangat menyengat! Mula sampai di ladang, memang tak boleh nak nafas. Haaaarruummmmmm...sekali! Dah 3-4 minit, baru boleh imune dengan keharuman yang ada tu. Boleh la turun nak posing depan ladang. 




Kat situ, ada jual susu unta fresh. Perah, terus masuk botol. Sebotol 5 riyal kalau tak salah ibu. Ada yang beli terus minum dan sedap katanya, lemak bersari macam susu Dutch Lady. Tapi ibu tak minum. Bukan tak lalu, rasanya kalau susu tu dimasak dulu ibu yakin sikit nak telan.

Itu antara tempat-tempat yang sempat ibu ziarah. Banyak lagi sebenarnya bergantung pada travel agency yang kita pilih tu. Kalau google, banyak tempat yang boleh dilawati! Cuma masa saja tak mengizinkan. InsyaAllah, lain tahun kita pi lagi. Kalau melawat semua sekali harung, next time nak pi tang mana pulak, iya dak! hahaahahah

Pada sesiapa yang pertama kali nak pi umrah dan terbaca tulisan ibu ni, harap dapat membantu depa nampak suasana di sana. Pi sana, pulun buat ibadah banyak-banyak. Pulun la sedaya yang boleh. 

Bak kata maktok, kita ni orang susah (keluarga ibu la). Kalau dapat pi sana, pulun sungguh-sungguh. Dulu maktok dapat buat 13 kali umrah (tahun 2007). Kalau tak larat nak buat umrah, buatlah tawaf sunat sebanyak yang boleh. Tawaf hanya boleh dilakukan di Masjidilharam. Tak dak kat tempat lain. Jadi, masa ada kat sana, pulun betui-betui.




Batu tanda Tanah Haram. Niat umrah sebelum melepasi batu ini.



Buatlah solat sunat sebanyak yang boleh. Di Masjidilharam, tiada waktu yang haram solat. Kalau biasa, sebelum maghrib atau lepas asar dan subuh adalah waktu dilarang  solat sunat, tapi di Masjidilharam, boleh belaka. Buat la. Jangan lepaskan peluang! Tapi ingat, hanya di Masjidilharam tau, bila pi Madinah ianya kembali kepada biasa (bab solat sunat).

Jangan lepaskan peluang untuk solat jenazah. Sepanjang ibu kat sana, tiap-tiap lepas waktu solat akan ada jenazah yang disolatkan. Maka ambiklah kesempatan yang ada tu. 

Lagi satu bab bersedekah. Ringan-ringankanlah tangan hulurkan sedekah. Kat sapa nak bagi? Banyak pakcik-pakcik tukang sapu dan cleaner dalam masjidilharam tu. Hulur la walau seriyal dua (kalau ada banyak bagi banyak), insyaAllah Allah akan gandakan rezeki lain buat kita.






Kat sana, bab sabil ni memang banyak. Boleh kata setiap malam balik masjid lepas Isyak akan ada orang yang edarkan roti. Roti kosong saja pun. Yang ibu perasaan, orang yang edarkan tu berkerusi roda tapi ada pembantu yang akan angkat dia bawak turun kereta pajero dia, dan dia akan hulurkan roti dibantu beberapa pembantu yang lain.

Masa tawaf pun banyak yang buat kerja cari pahala. Selain sedekah kurma, ada yang dok pegang botol dan cawan hulur pada jemaah yang tengah tawaf. Ada yang dok hulur kotak tisu untuk jemaah lap peluh. Semua pakat berebut nak dapat pahala. Maka, kita pun bila pi sana, berebut lah buat sama setakat yang boleh.

No comments:

Related Posts with Thumbnails