Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, August 15, 2013

#Kisah Raya 2013

Assalamualaikum.

Lokasi beraya puasa tahun ni sama macam tahun lepas. Kebiasaannya, ibu sekeluarga akan balik ke Melaka. Maktok dan adik beradik ibu ada jugak bertanyakan hal ibu beraya di mana tahun ni. 

Sejak balik umrah hari tu lagi paklong a.k.a abang ibu dok tanya "Adik raya mana tahun ni?". Dengan penuh sopan dan malu-malu, ibu menjawab " I ni kan menantu mithali, raya kat Melaka la. Kesian mak mentua i yang anak tinggal sorang (ayah). Kalau adik raya Kedah, sunyi la dia".


Gambar family Aidilfitri 2013


Untuk yang tak tahu, nenek (ibu mertuaku) hanya ada 2 orang anak iaitu ayah (suami ibu) dan Allahyarham Akmal, adik ipar ibu yang meninggal dunia pada 08.08.2009 (2 minggu sebelum Ramadhan).

Sejak berkahwin, ada beberapa kali ibu menyambut Aidilfitri di Kedah. Tahun pertama, masa kelahiran kakak. Ibu lahirkan kakak lagi 5 hari nak puasa. So raya tahun tu memang kat Kedah tanpa ayah yang kena kerja di hari raya.

Tahun 2008 dan 2009 ibu beraya di Melaka. Tahun 2010, ibu sambut Aidilfirti di Kedah sebab lahirkan kembar, 2 minggu sebelum Ramadhan. Nampak tak? Kalau nak raya kat Kedah, ibu kena beranak lagi laaaa....:P

2 hari sebelum raya, ibu balik ke Melaka bersama nenek dari Singapura. Ayah ajak lalu Second Link. Lengang dan sunyi, tak banyak kereta pun! Masa tu Singapore tak cuti lagi kan. First time ibu ikut Second Link, terkejut ibu tol dia mahal! Patutla orang jarang lalu. Tapi kalau Causeway sesak, terpaksa guna jugak la....

Sebelum balik Melaka, ibu dapat call dari WanTeh (adik nenek) memaklumkan yang isteri anak buah depa meninggal dunia sebab kanser. Nenek ada sound ajak ke Kuala Lumpur untuk ziarah. Tapi ibu pejam celik-pejam celik dok hitung masa dan tenaga. Akhirnya, nenek putuskan untuk ke KL pada hari raya saja!

Pagi raya, lepas makan-makan dan sesi mintak ampun, kami ke kubur dulu. Raya tahun ni 08.08.2013, genap 4 tahun adir ipar ibu meninggal dunia. Kebetulan pulaa...



Selesai tahlil, kami ke Paya Luboh beraya di rumah keluarga biras ibu. Jamah apa yang ada, pukul 1++ kami bertolak ke Kuala Lumpur. Sebelum bertolak tu, WanTeh call bagitau yang anak buah depa dah balik Teluk Intan, rumah mak mentuanya. Namun perjalanan tetap diteruskan menghala ke rumah WanTeh di Putrajaya!

Nenek dah plan, maka payah nak cancel. Lagipun nenek dah berhajat na bawakkan rendang itik yang dia tempah buat adiknya. Pertama kali, ibu berjalan raya sampai ke Putrajaya sana (^_^)

Melepak di Putrajaya sampai malam. Pukul 10++baru bergerak balik ke Melaka. Bergelimpangan dalam kereta depa lena. Ibu dok jadi co-pilot layankan biras ibu bawak kereta. Pukul 12 kot, selamatlah kami sampai ke Pengkalan Balak balik.




Raya ke2, biras ibu ada ajak ikut dia beraya di Payah Luboh lagi. Tapi ibu tak ikut. Kirim kakak saja ke sana. Mujur ibu tak ikut, pukul 12 malam baru depa balik. Mengkalau dak, mau letih ibu melayan budak kembar yang melasak sakan tu. Lasak kat rumah sendiri tak pa, ibu boleh bersilat suka hati ibu. Kalau kat rumah orang tu ada kena control sikit seni silat ibu tu hehehehehe

Raya ke3, kami bertolak ke Port Dickson menyertai rombongan pengantin. Anak WanTeh bertemu jodoh dengan orang sana. Lepas akad nikah di Masjid Bagan Pinang, kami ke rumah pengantin di Taman PD Utama.

Esoknya, Ahad kenduri pulak. Maka malam tu kami bermustatinlah di Port Dickson. Mujur ibu dapat cari homestay untuk kami sekeluarga. Tak dan nak beraktiviti pantai pun. Memang betui-betui makan kenduri!

Sekian, kisah raya ibu yang ala-ala saja....

2 comments:

Rizziela said...

jauhnya perjalanan raya..tp syok kan

Nurul said...

ala2 tapi penuh seharian...eheh

Related Posts with Thumbnails