Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, August 14, 2013

#Recap : Main masak-masak Ramadhan 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sebulan Ramadhan 2013 yang lepas, ibu berjaya mengawal diri dari membeli juadah di Pasar Ramadhan (PARAM). Ibu gigih memasak sendiri juadah berbuka walaupun ianya sangat simpleeee sekali! 

Tak kisah la kan, janji masak sendiri! hehehehe

Eh..ada sekali beli kat PARAM tapi lastday. Tu pun bukan ibu yang beli. Ayah yang pi beli. Kira masih bertahan jugak la tak jejak PARAM kan? (^_^)

Alasan tak nak masak sebab malam tu sebab malam lepas berbuka dah nak masuk Singapore. Esoknya ibu dah mula cuti raya. Dapur dah siap cuci, maka aktiviti memasak pun perlu diberhentikan seketika. Boleh la kann...

Semangat masak juadah untuk berbuka berkobar-kobar sebab ibu dah ada geng berbuka bersama iaitu kakak. 

Ayah??? Bukan dia tak puasa, tapi ayah kerja dan berbuka di opisnya sokmo. Tak sampai 3 kali kami berbuka bersama uhukkk! Mujur dapat bini hati kental.....

Hari first puasa, ibu cuti. Tanya kakak nak berbuka apa? Dia request bubur kacang 'dereyan'. Sebagai sokongan kakak berpuasa, ibu pun tunaikan permintaan kakak. Pi KipMart cari durian, boleh tak dak! Yang sebelum puasa, penuh bersusun-susun, hari ni boleh sebiji pun tak nampak.


'Melilau' jugak la ke sana sini demi durian. Akhirnya, jumpa juga sebua gerai di Masai yang masih menjual durian walaupun bilangan durian tu sikitttt sangat! Angkut 3 biji, buh dalam bubur sikit saja. Lebihnya belasah makan masa sahur Ramadhan ke berapa ntah! hehehehehe

Cabai tumis tu memang kegemaran ibu. Masa kecik-kecik dulu, maktok pasti akan sediakan cabai tumis untuk naikkan selera makan terutamanya masa sahur. Ada cabai tumis dengan nasi goreng..pergghhhh!!! Terangkat!



Everyday, ibu akan tanya kakak nak berbuka apa. Saja follow selera dia kan. Ibu buat macam tu since last year lagi as a part of my roll to encourage her untuk terus berpuasa. Alhamdulillah, kakak enjoy dan bersemangat setiap hari! 

Kalau nak senang dia bangun sahur pun sama. Tanya dia nak makan apa! Kalau kena menu yang dia request sebelum tidur, cepat saja dia bangun. Kalau menu ala-ala....perang jugak la dengan ibu! Selalunya, kami bersahur dengan apa yang ibu masak semasa berbuka ;)

Ibu noticed yang kakak sangat suka makan makanan yang berkuah especially sup. Memang dia hirup habis. Kembar pun sama. Sampai tahap menghirup kuah dipinggan! Seronok tengok anak-anak makan sampai macam tu sekali. Tu yang ibu lagi bersemangat nak memasak tu :P

Ibu jarang masak nasi berlauk. Ibu rasa 'renyah' dan remeh nak sediakan banyak menu. Sebab tu ibu prefer masak menu yang se'mata' saja macam bihun sup, mee siam, kutiew tomyam, spegetti etc.

Sekali saja ibu masak nasi berlauk masa birthday twin. Ibu beli siakap, buat stim. Sayur bayam as requested by kakak dan sambal kicap untuk ibu cicah dengan ikan stim. Tapi twin pun sama naik cicah cili kicap ibu huhuhuhu





Ada sekali tu, tetiba rasa nak makan nasi tomato! Google resepi sebab tak berapa nak ingat bahannya. Balik, teruih menumis nasi, siang ayam, potong timun dan nanas buaut acar, goreng ayam then masak merah. Fuuhhhh....dan jugak berbuka dengan nasi tomato hasil silatan ibu di dapur!

Setiap hari bekerja, ibu akan masak. Kalau weekend pulak, ibu gantung kuali! Hahahahaha..orang lain terbalik kot. Weekend la hebat memasak, iya dak?

Sebabnya, setiap hujung minggu, ibu akan balik ke Singapura. So, makanan berbuka ibu tertakluk pada tekak nenek nak makan apa. Ibu ikut saja. Kalau nenek suruh masak apa yang dia nak makan,  ibu masak. Menantu mithali la katakan....hehehehe




Kalau nak beli kat PARAM, bukan semua sedap. Bersih belum tau lagi macamana kan? Baik masak sendiri. Tak sedap pun, kita tak sakit hati! Sendiri masak, sendiri telan :P. Air tangan kita buat keluarga kan dapat mengeratkan kasih sayang..




Hujung-hujung Ramadhan, ibu ada buat kenduri sikit. Sedekahkan roti john pada kawan-kawan buat berbuka. Tokey roti john yang merangkap suami opismate ibu buat roti john special untuk ibu buat berbuka. Alhamdulillah! Tapi  malamnya, sebelum balik Singapore, kami singgah Tecso beli barang dan pekena KFC pulak! Bukan ibu, kakak yang nak!

Ada 2 kali ibu berbuka dengan KFC. Sekali lagi sebab ibu migrain. Offer kakak berbuka KFC, laju saja 'nak' nya! Balik opis terus singgah KFC, beli drive-tru......kalau offer hari-hari pun depa nak menu ni! Lingkup ibu!

Sekian sahaja menu berbuka yang berjaya ibu buat sepanjang Ramadhan ni. Now tengah puasa ganti pulak. 12 hari (awal dan hujung bercuti) maaaa....Lepas ni ibu buat entry menu berbuka puasa ganti pulak! 

Jom, pakat ganti puasa awal-awal! Nak ubah, tak mau ganti puasa last minutes lagi, insyaAllah. 

Sapa yang tak perlu ganti-ganti, boleh la puasa 6 kan ;). Sama-samalah kita menambahkan amal dan berubah ke arah yang lebih baik, insyaAllah!

No comments:

Related Posts with Thumbnails