Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, September 20, 2013

#E8 - Cabaran ke Madinah

Assalamualaikum.

Lama sungguh ibu tidak menulis di sini. Memang sakit "M" yang singgah sungguh sukar dikikis. Bala apakah yang sedang menimpa diri ibu yang hina ini. Susah sekali rasanya untuk ibu kembali kepada yang asal (bukan rajin sangat tapi kurang sikit sakit "M" tu) hehehehe

Catatan umrah ibu pun masih terbengkalai. Sedangkan musim haji telah bermula. Alhamdulillah, pakcik ibu mendapat jemputan haji tahun ini. Setelah berkali-kali menangguh kerana bermacam alasan, akhirnya pakcik dibukakan hati untuk menyahut seruan Allah.

Ibu sambung kembali kisah ibu di Mekah. Mungkin anda boring, tapi tak pa. As what i mentioned ealier, catatan ini sebagai tulisan kenangan buat diri ibu. Kalau dapat membantu orang lain, ibu sangat gembira. InsyaAllah.

Sebenarnya, hari ni pakcik ibu akan bertolak ke Mekah dari Madinah. Bersempena dengan itu, ibu rajinkan diri menyambung kisah perjalanan ibu yang seterusnya. Perjalanan kali ini penuh dengan cabaran yang menguji kesabaran kita (sudah semestinya!)


Pakcik ibu (muda setahun dari ibu) sebelum bertolak. 
Gambar kecik, bukti dia masuk Raudhah, hantar kat WA family.



Rombongan ibu tiba di Mekah pada hari Khamis. 8 hari kemudian, pada hari Khamis juga kami berangkat meninggalkan Mekah menuju ke Madinah. Hanya Allah saja yang tahu sebak rasa nak tinggalkan tanah haram. Semasa tawaf wida', sayu sungguh rasa hati. Saat melangkah keluar meninggalkan MasjidilHaram, berkali-kali ibu menoleh memandang dan melambai-lambai pada Kaabah!

Sayu sekali hati ini. Moga Allah memberikan visa-Nya yang maha agung buat diri ibu lagi!

Balik ke hotel, kami bersiap-siap dan menunggu bas di lobi hotel. Jemaah yang bakal menggantikan kami telah lama tiba. Penuh di lobi hotel yang sekangkang kera tu. Mereka dari Madinah bersama berkotak-kotak hasil borongan di sana menambahkan sesak ruang yang sudah sedia sempit.

Lebih kurang pukul 3.30 petang, bas yang akan membawa rombongan ibu ke Madinah sampai. Maka jemaah lelaki yang ada gigihlah memunggah beg-beg ahli rombongan ke dalam perut bas. Yang pompuan ni, bawa la setakat yang mampu hehehehe...

Naik saja bas, adik perempuan ibu terus mengomel " Tu dia aiihhh...lagu hindustan!". Sambil dia tergelak kecil. Ibu pun tak sedap hati, macamana driver bas di Mekah ni tak sensetif. Orang dalam ibadah, boleh pulak dia pasang lagu-lagu sebegitu. Tapi driver bas tu bukan orang Arab pun, muka ala-ala india.

Cabaran ke bumi Madinah bermula bila driver bas mula buat perangai!

Alkisah, masa rombongan ibu bertolak ke Madinah, waktu Asar masih belum masuk. Dipertengahan perjalanan, CEO Hajah Sahida maklumkan pada mutawif untuk bagitau driver agar berhenti di mana-mana hentian untuk solat Asar. Tapi driver ni punya pen'tipu' bagitau yang sepanjang perjalanan ni tak dak surau atau masjid. Katanya lagi 3 jam perjalanan,  baru ada!

Sangat pen'tipu' kan!? Kalau lagi 3 jam dah masuk Maghrib. Yang lagi tambah geram, driver tu kata, jama' semua sekali waktu tu!!!! 

CEO Hajah Sahida dah mula 'angin' sebab bukan baru sekali dia ke Mekah dan Madinah. Dalam tempoh 3 tahun, sudah berbelas kali dia ke sana. Senang pulak driver tu nak 'chong'. Mutawif kami , Ustaz Syed berbalas cakap arab dengan driver tu. Driver tu dok tipu apa pun ibu tak tau tapi memang ibu nampak dia memang mengelak untuk singgah. 

Ada sekali tu, dia buat mengugut dan konon-konon marah "Kalau nak solat, saya hentikan bas kat sini". Sambil dia seolah-olah nak berhenti kat tepi lebuhraya ditengah-tengah gurun tu. Padahal, sebelum-sebelum tu, memang ada bersepah hentian yang ada surau atau masjid!

Akhirnya, setelah berkali-kali di tekan, dia pun berhentikan bas di sebuah hentian. Ada sebuah surau (sebenarnya masjid), stesen minyak dan kedai  makan serta kedai runcit. Yang boleh solat, semua masuk surau. Yang tak boleh, duduk dalam bas saja.


Ini masjid yang kami sangkakan surau.


Habis semua naik bas, kami pun bersedia nak teruskan perjalanan. Dugaan kedua pula datang. Bas yang tadi tak dak apa-apa masalah, tetiba tak boleh hidup. Aircond jalan, bas tak hidup! Pintu bas dok buat cuk-cak. sat terbuka, satgi tertutup balik. Jangan satgi kami terkurung dalam bas, sudah! 

Semua mula istigfar dan berdoa. Cubaan apa pula yang Allah hadirkan kali ini. Mungkin ada salah silap yang tak disedari, masing-masing mula bermuhasabahkan diri. Rasanya, semua dah berjaga-jaga dalam ibadah umrah hinggakan dam dibuat untuk menghilangkan rasa was-was jika ada terlanggar pantang larang di dalam ihram.

Driver tadi dengan kawannya dok bincang itu ini. Buat itu ini tapi masih sama. Driver tu bagitau, nanti akan ada bas ganti datang ambil kami. Tapi dok berlagak lagi! Katanya, bas Dallah ni banyak. Tak payah risau! 

Punya la lama nak tunggu, last-last semua jemaah terpaksa masuk semula ke dalam surau tadi sampailah masuk waktu Maghrib, bas ganti  masih belum tiba. Siap kami semua solat jama' Maghrib-Isyak. Tak lama lepas tu, sampailah bas ganti yang nak bawa rombongan ibu ke Madinah.

Ibu dan keluarga suka duduk dibahagian hadapan bas sebab nak tengok pemandangan dengan jelas. Bila semua dah sedia di dalam bas, naiklah drivernya. Muka macam india jugak tapi lebih kepada Bangladesh kot. Elok saja dia duduk, terdengar sebutan "Bismillahirahmanirrahhimm". 

Subhanallah....sejuk hati! Terus terasa yakin dan selemat dengan perjalanan bersama driver yang ingatkan Allah berbanding driver yang mula-mula tadi. Alhamdulillah, Allah turunkan musibah untuk gantikan yang lebih baik kan?

Lebih kurang jam 8 malam baru kami bergerak menuju ke Madinah. Jarak Mekah dan Madinah lebih kurang 500km++, lebih kurang 4-5 jam perjalanan jika tiada masalah. Tadi, kami baru 1 jam perjalanan. Lebih kurang kiranya macam kira dari 1 balik laaaa....

Perjalanan malam tak nampak apa. Lebuhraya padang pasir apa yang ada. Kalau siang, boleh jugak tengok bukit dan gunung di sana yang berbeza dengan Malaysia. Ibu memang lena saja bila dalam keadaan gelap gulita! hehehehehe


Bukit bukau dalam perjalanan ke Madinah sebelum tragedi.


Hampir jam 12 malam kami mula masuk ke kawasan Madinah. CEO Hajah Sahida ceritakan serba sedikit sejarah dan kisah Madinah. Katanya, Madinah sedikit berbeza dengan Mekah. Pentadbir Madinah tidak membenarkan sebarang binaan bangunan yang melebihi ketinggian menara Masjid Nabawi. Kelihatanbumi Madinah lebih rata, berbanding tanah Mekah yang berbukit-bukit. Hotel di sekitar Madinah tidak setinggi hotel di sekitar Mekah. Semua nampak setara saja. 

Untuk masuk ke kawasan hotel, bas kami akan melintasi celah-celah bangunan hotel yang melindungi Masjid Nabawi. Pertama kali ibu nampak payung yang sinomim dengan masjid nabi itu, ibu seronok sekali. Tak terucap rasanya. Terasa dengup jantung laju sangat. Sungguh tak percaya, ibu semakin hampir dengan Rasulullah!

Kami memunggah barang dan tambahan air zam-zam. Kunci diedarkan. CEO Hajah Sahida membawa ahli rombongan wanita yang uzur untuk ke masjid nabi bagi menziarahi dan memberi salam kepada baginda dari luar, memandangkan malam-malam macam ni orang tak ramai.

Kami yang tak uzur ni, pakat naik ke bilik. Nak pulun tidur sebab esok pagi nak bangun solat Subuh berjemaah di masjid. Rugila kan, mai jauh-jauh, tambang mahai-mahai pastu nak solat kat bilik! :P

Esok pagi nak solat subuh bersujud sejadah di bumi Madinah dengan disaksikan oleh Rasulullah!

Allahuakbarrr! Rindunyaaaa......

No comments:

Related Posts with Thumbnails