Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, September 3, 2013

#Keluhan minyak naik

Assalamualaikum w.b.t

2 minggu tidak menulis di sini kerana malas yang sangat berjaya menguasai diri. Bukan hanya blog, malahan meja sendiri dah bersepah dan bersawang. Malas memang pada tahap 'cipan'!

Hari ni di FB ibu,  penuh dengan keluhan kawan-kawan pasal harga minyak yang naik. Alhamdulillah, Malaysia masih aman (^_^)! 

Syukurrrrrrr...

Ada rakan-rakan ibu yang tulis pada FB tak suka dengan sikap orang yang suka komen itu dan ini . Harga naik je, mula nak marah, komen sana sini. Katanya, sapa suruh malas dan tak mau berusaha tingkatkan ekonomi sendiri. Jangan harap gaji, buat side income. Usaha! Usaha! Usaha!

Oh! Sungguh bersemangat mereka itu. Ibu memang awal-awal lagi kalah. Memang ibu banyak alasan kalau nak buat bisnes lagak depa. Ibu ada anak kecik yang perlu diurus sendiri, tiada maid, jauh dari mak ayah yang nak tolong bantu. Ahhh..panjang benar alasan ibu kalau nak ditulis. Dasar malas kan, memang banyak saja alasan. hehehehehe

Ada satu tulisan di FB yang buat ibu tersentuh. Terasa sekali! Moga kita lebih peduli!

-------------------------------------------------------------------


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan

1 comment:

Rizziela said...

bukan sebab malas nak buat side income.. kadang2 kita ni mcm gak problem lain.

Tapi tulahl..selagi beralasan..selagi tu tak akan kemana kan?

Related Posts with Thumbnails