Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, October 9, 2013

#Adik yang banyak idea

Assalamualaikum.

Adik sangat petah. Kemajuan bercakapnya sama seperti kakak dulu, fasih dan tiada pelat. Berbeza sedikit dengan abang yang sangat pelat namun petahnya sama naik. Nangesss ibu nak faham apa abang cakap. Adakalanya, kakak akan jadi penterjemah ayat abang untuk ibu lebih faham.

Rumah mama (pengasuh) ada sebuah akuarium. Dalamnya ada ikan haruan dan ikan puyu yang 'tembun-tembun' (montel dan besar). Maklumla, ikan liar yang dibela dalam akuarium, memang makan cukup!

Geram saja ibu bila tengok ikan puyu yang saiz hampir sebesar tapak tangan. Kalau dibuat kari pekat bersama ubi keledek, makan dengan nasi panas dan kicap..perrgghhhh! 

Setiap pagi turun saja dari kereta ibu, akuarium itu akan menjadi tempat singgah adik. Dia akan berdiri lama di depan kotak kaca itu merenung ikan yang ada kalanya diam di dasar dan ada masanya berenang-renang ke sana sini.

Adik memang seorang pemerhati. Dia akan diam lama, memerhati sesuatu itu dengan teliti. Kalau main kereta, dia lebih menghargai pusingan tayar dari rupa kereta itu sendiri.

Masa melambai ibu selepas meninggalkan mereka di rumah mama, adik bukan pandang muka ibu. Walaupun tangannya melambai dan mulutnya mengucapkan 'babai", tapi matanya akan tertumpu pada tayar kereta ibu yang sedang berpusing.

Ligat otak adik dengan akal yang macam-macam sama seperti ligatnya pusingan tayar kereta ibu barangkali. Dan yang ibu pasti adik adalah seorang pemerhati yang baik.


Ada satu pagi, ikan di dalam akuarium mama diam di dasar air yang keruh. Hampir semua tidak bergerak dan kaku seperti sedang tidur di dalam air yang berkeladak dengan warna hijau lumut.


Adik : Ibu, fish tengah buat apa tu? Napa dia tak gerak?.

Ibu : OooOoooo...fish tidur tu. Dia penat.

Adik : OooooooOooo...adik tahu.

Adik terus tegak di depan cermin akuarium memerhati. Selepas bersalam dan bercium, ibu pun bergerak.

Ibu :ok..ibu pergi keja dulu. Jangan noti tau duduk dengan mama!

Abang dan adik : Ok...


Tiba-tiba,

Adik : Ibu...ibu....fish tu tidur dalam air la ibu! Hebat laaa.....


Ibu : errrrkkkk!!

Teruslah adik mencari ilmu!


Adik yang 'utti' (kata abang) tapi baik hati dan sensitif macam ibu!

1 comment:

Qider said...

Salam tuan rumah,

Haha..comel..anak2 saya pun pemerhati jugak, agaknya kalau boleh bercakap, mesti lagilah jenuh nak menjawab.

Related Posts with Thumbnails