Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, October 2, 2013

#Nampak macam tak, tapi ....

Assalamualaikum.

Semalam kami sekeluarga solat bersama (ibu dan anak-anak saja, ayah kerja). Ibu, kakak dan abang sebaris kerana ruang di dalam bilik bawah yang sempit.

Selepas rakaat pertama, adik nak mencelah masuk saf di antara ibu dan kakak yang masih ada ruang. Kakak dengan sengaja merapatkan badannya pada ibu untuk menghalang adik berdiri di sebelah ibu.

Akhirnya, adik meraung sekuat hati, kecewa sebab tidak dapat solat di tepi ibu. Usai memberi salam, ibu bersuara.

Ibu : Kakak, kenapa kakak tak bagi adik solat tepi ibu tadi?

Kakak : Adik tu yang lambat. Kakak yang solat tepi ibu dulu.

Ibu : Kakak, apa yang kakak buat tadi tu tak baik. Itu 'dengki' namanya. Kakak tau tak dengki tu macamana? Dengki tu yang macam kakak buat tadi tu la. Dalam hati kakak tu kakak tak bagi kan adik masuk tepi ibu kan? Lepas tu kakak sengajakan rapatkan badan kakak kat ibu. Sebab apa kakak buat macam tu. Tu sebab 'dengki'. Kakak tak kesian kat adik ke? Kakak dapat solat, adik tak dapat. Kakak dapat pahala, adik tak dapat. Nanti kakak masuk syurga, adik tak solat, adik kena masuk neraka. Kakak nak?

Kakak : uhuuukkk..uhhukkk (mula 'sebek' dan mengalirkan air mata).

Ibu : Kakak kan anak ibu yang baik, anak ibu yang solehah. Kakak mesti sayang semua orang. Sayang abang dan adik. Kalau abang atau adik nak, kakak bagi la. Macam tadi, kalau kakak bagi adik solat, malaikat akan tambah banyak lagi pahala kat bahu kanan kakak tu. Makin berat, cepat la masuk syurga. Tapi sebab kakak tak bagi, adik tak dapat pahala. Pahala kakak pun dapat sikit saja. Pahala ibu pun silap-silap kurang sebab ibu tak solat betul-betul dok dengar adik menangis. Nanti ibu pun masuk neraka.

Kakak : Kakak mintak ampun (sambil laju airmata jatuh ke pipi). Kakak tak buat lagi. Kakak nak kita semua masuk syurga.

Dalam menegur anak, aku juga mengingatkan diri aku untuk tidak 'dengki' dan 'busuk hati' pada orang lain kerana rupa aku yang jelas seperti 'pedengki'.





Dengki dan busuk hati yang paling busuk bila ianya dilindungi sebalik alim rupa, manis dan lemah lembut kata serta perbuatan dan ayat 'profesional'.

Yeaaahhh!! <<< keseronokkan paling nyata seorang 'pedengki' tegar!

2 comments:

Rizziela said...

Bagusnya cara didik anak.. sy selalunya tinggi suara ajer..anak sulong pun selau mcm t..

Insyallah..lepas ni cuba nak berlembut plak dgn anak2

Zakiyah Zainon said...

saya pun kadang-kadang tertinggi suara, terpukul dan macam2 ter yang tak sepatutnya dibuat, saya buat.

Kita pun manusia biasa kan, mesti banyak yang tak betulnya.

Cara lembut sebenarnya lebih menjadi, tapi perlu ada penegasan dan pengulangan. Selalu bisikkan dan berbual sebelum tidur dengan kata-kata nasihat..

Related Posts with Thumbnails