Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, November 28, 2013

#E9 - Madinah yang dirindui

Assalamualaikum.


AllahuAkhbar! 

Saat mula mengetik papan kekunci, menaik tajuk entry saja, hati ibu sudah mula bergetar. Jantung terasa berdebar-debar. Mata mula terasa panas...

Apakah ini nikmat kerinduan yang kau berikan pada hambaMu yang hina ini? 

Ada seorang sahabat ibu pernah bercerita kepada ibu. Ada saudara terdekatnya yang setiap tahun mengerjakan umrah. Katanya, kadang-kadang dia nampak seperti menunjuk-nunjuk. 

Setiap tahun nak ke sana! Ada duit saja nak ke sana! Tak habis-habis bercerita tentang Mekah dan Madinah!

Saat sahabat ibu bercerita, ibu hanya tersenyum. Ketika itu, ibu pun masih belum mendapat undangan Allah Taala. Masih belum merasai perasaan mereka yang telah sampai di sana. Sekadar mendengar pengalaman orang lain sahaja.

Kini, ibu sudah mengerti rasa yang ibu hanya dengar ceritanya dulu. 

Mungkin ada pembaca blog ibu juga berfikiran seperti sahabat ibu tadi. Mungkin! Maaf, pada yang tiada berperasaan begitu ;)

Bila ibu asyik-asyik bercerita tentang Mekah dan Madinah. Padahal peristiwa umrah ibu sudah hampir 6 bulan berlalu. Ibu masih galak bercerita tentang seronoknya suasana mengerjakan umrah. Tentang rindu untuk ke sana. 

Iya! Mungkin bila benda diulang cerita, ianya akan nampak seperti menunjuk-nunjuk (jika disalahh ertikan). 

Tapi, itulah salah satu cara untuk melepaskan kerinduan yang terpendam selain berulang-ulang melihat koleksi gambar yang ada.

Sama seperti saat bercinta. Asyik nak cerita kisah pasangan kita saja. Dia yang terbaik. Dia yang memahami. Dia yang romantik. Dia itu dan ini....

Macam dia sorang yang ada hahahaha...

Samalah seperti rasa cinta dan rindu pada Mekah dan Madinah. Bercerita seolah-olah baru semalam kita ke sana. Buat itu dan ini. Berulang kali nak ke sana lagi.

Kenapa?

Kerana cinta dan rindu! Sungguh ibu rindukan hiruk pikuk sibuk di tanah haramain, Mekah dan Madinah!

Dan sungguh, ibu tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.



Suasana depan pintu masuk ruang solat wanita. 


Ok, sambungan kisah ibu di sana.

Rombongan ibu tiba di Madinah takala malam sudah menginjak ke pagi. Hampir pukul 1, baru kami semua selesai masuk bilik dan mengangkut barang-barang. 


Tips: Jangan lupa ambik gambar hotel sebagai langkah beringat. 
Berguna jika sesat!


Adalah nikmat yang tak terungkap bila dapat berbaring di atas tilam empuk setelah menempuh perjalanan hampir 12 jam. Apalagi diuji sedikit oleh Allah di pertengahan jalan tadi.

Lebih kurang 3 jam berehat dan lelapkan mata, maktok mengejutkan ibu untuk solat subuh. Alhamdulillah, hari pertama tiba di bumi Madinah adalah hari Jumaat. Ibu berpeluang bersujud sejadah di sini. 



Bilik ibu - berkongsi 4 orang! Yang selerak tu, katil ibu la ;)


Pengalaman hidup di asrama banyak membantu. Ibu telah biasa dengan sujud sejadah sewaktu solat subuh di pagi Jumaat. Ramai juga jemaah yang tersilap saat melakukan sujud sejadah kerana mereka rukuk sedangkan sepatutnya terus sujud. 

Pada yang tidak biasa, belajar-belajarlah sedikit tentang sujud sejadah. Semasa di MasjidilHaram, tiada sujud sejadah dilakukan walaupun ibu berpeluang solat subuh di pagi Jumaat juga. Mungkin, bukan rezek ibu, atau mungkin sujud sejadah tidak dijadikan amalam di sana, wallahualam!

Usai solat subuh, maktok ada menegur seorang jemaah di sebelahnya yang juga tersilap semasa sujud sejadah tadi. Dia rukuk terlebih dahulu dan kemudian sujud semasa sujud sejadah.  Akhirnya kelihatan dia meneruskan solat subuhnya mengikut imam seperti biasa. 

Maktok menasihatkannya untuk solat subuh semula, dikhuatiri tidak sah dan dia mengikutinya. Katanya, dia tak pernah solat subuh yang ada sujud sejadah. Ini pengalaman pertamanya. 

Kalau di MasjidilHaram, kita boleh solat sunat pada bila-bila sahaja. Tiada waktu yang diharamkan seperti selepas Subuh dan Asar. Tapi bila tiba di Madinah, ianya kembali kepada asal. Solat sunat selepas Subuh dan Asar tidak boleh di buat lagi. Hanya yang ada adalah solat jenazah sahaja.

Masih ibu ingat pagi itu, seusai solat jenazah, ibu yang masih dalam keadaan 'laloq' menggagahkan diri membaca Al-Quran di ruangan solat nisa' yang berkarpet di bahagian dalam. Baru separuh muka, ibu dihalau polis wanita arab yang berpurdah.



Maktok (sipi-sipi nampak), makndak dan maknjang. 
Yang berkain kuning di leher rasanya jemaah Indonesia


Bangun, dan ubah tempat lain yang agak jauh, tapi masih di dalam ruangan yang sama. Kena halau lagi! Lahaiii....apa kena polis ni! Dah la ibu tak faham apa dia cakapkan, last-last maktok ajak balik selepas 3 kali ubah tempat.

Rupanya, ruangan itu adalah tempat yang digunakan untuk menyusun jemaah wanita mengikut negara yang hendak masuk menziarahi makan Rasullullah! Esoknya baru ibu tahu bila nak masuk ke raudah.

Di hadapan pagar Masjid Nabawi (laluan perempuan) sudah bersedia para peniaga dengan jualan mereka. Terpandang buah epal yang merah menyala. Ibu beli 2 kilo epal, sekilo delima, sekilo anggur dan sekotak buah aprikot. Terus teringat pada anak-anak ibu yang sangat gemarkan buah! 

Kalaulah mereka ada sekali......



Pintu masuk ruangan solat nisa' (wanita)


Hari pertama di Madinah diisi dengan mengamati suasana dan persekitaran. Sambil berjalan balik ke hotel, kedai-kedai di kiri dan kanan dijengah terutamanya kedai yang menjual kurma dan buah-buah kering selain kedai jubah! (^_^).

Balik ke hotel, sambung tidur sekejap. Maktok sibuk merancang dan mengingati masa-masa yang dibenarkan untuk jemaah wanita masuk ziarah ke Makan Rasullullah SAW. 

Berdebar ibu nak tunggu saat itu!

1 comment:

Maz said...

Salam ibu..seronok baca kisah ibu tentang mekah & madinah..membuatkn sy rindu akan bumi haramain itu..

Related Posts with Thumbnails