Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, November 4, 2013

#Hijrah

Assalamualaikum.

Makin bersawang blog kesayangan hamba ini. Banyak benda yang berlaku. Banyak yang hendak dicatatkan buat kenangan sementara ingatan masih kental, tapi kemalasan yang melanda menghalang. 

Sejak akhir-akhir ini, penyakit malas dan tak produktif sungguh menjadi-jadi! 

Klimaks yang tetap dan tak turun-turun lagi, barangkali...(*_*)

Hari ini hari terakhir dalam tahun 1434H. Esok akan bermula tahun baru. Alhamdulillah, beberapa keinginan yang terdetik di hati kecil ini telah berjaya ditunaikan sepanjang tahun ini dengan izin Allah Taala.

Banyak lagi keinginan yang ada. Manusia namanya. Mana pernah puas dengan apa yang dimiliki. Ingin itu dan ini. Nak lagi, dan lagi, dan lagi. InsyaAllah, keinginan yang ibu mahukan bukan lah yang mengada-ngada. Cukup buat kepuasan diri sendiri dan keluarga saja.

Hampir 2 tahun kehidupan kerjaya ibu dibelenggu dengan kisah hitam. Bermula kisah 'hantu raya' yang di sensasikan, hinggalah membawa kepada keadaan  ibu yang kini - kerja goyang kaki. 

Pada mula kisah 'perit' itu melanda, ibu agak gusar dengan kehidupan kerja yang cukup banyak masa 'senggang'. Hingga ibu berfikir akan status imbuhan yang saban bulan ibu terima.

Alhamdulillah, ibu berjaya positifkan diri. Apa yang berlaku bukan pilihan ibu. Banyak hikmah bila di'sejuk beku'. Pada saat ibu beranak kembar yang masih bayi, itu adalah pemberian/pilihan yang Allah beri pada ibu. 

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya!

Saat orang lain pening memikirkan urusan anak yang masih bayi jika perlu ke sana sini, ibu tak perlu runsing kerana ibu di'diam'kan dari sehari ke sehari. Mungkin dari segi penonjolan diri dan nama ibu dalam kerjaya agak keterbelakang, tapi ibu yakin Allah sedang menyusun perjalanan hidup ibu yang terbaik.

Dengan kedatangan 1435H ini, kehidupan ibu sekeluarga terus dirahmati Allah. Moga ibu sentiasa dilimpahi hidayah Allah untuk menjadi manusia yang lebih baik untuk kehidupan di dunia dan di akhirat sana.

Andai ada yang terguris rasa, ampun dan maaf dipinta. 

Salam Maal Hijrah buat semua!

No comments:

Related Posts with Thumbnails