Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, November 12, 2013

#Serangan kelkatu

8 Muharram 1435H

Assalamualaikum wbt.

Dah lama ibu tak memasak. Rasanya 2-3 minggu sebelum raya haji, mood memasak ibu memang hancur. Semuanya pasal saluran sinki ibu kembali tersumbat. Dok bertangguh-tangguh nak buat maintainace (garam dan air panas), akhirnya tersumbat balik saluran bawah tanah tu.

Mujur kali ni tak teruk sangat. Tapi proses nak hilangkan keladak tu ambik masa jugak la. Keras jugak rasanya sampaikan ibu terpaksa guna asid. Curah asid, biar sehari semalam, esoknya curah air panas, masuk garam. Setel!

Lari tajuk dah ni!

Maka kisah malas masak ni berlarurtanlah sehingga kini. Selalu beli atau makan di kedai sajor. Kalau masak pun takat nasi goreng, bihun goreng atau bubur nasi. Malas nak kecah-kecah sangat dapur tu sebab takut saluran sinki tu sakit balik.

Minggu lepas, ibu masih meneruskan sifat malas yang sama. Tapau dan  makan di rumah. Siap bagi anak-anak makan, ibu bawak la pinggan mangkuk ke sinki untuk dicuci.

Ibu spot something yang pelik. Frame grill tingkat dapur ibu sebelah bawah tu macam ada sesuatu. Nampak macam tanah merah yang berjuntai-juntai. Sepanjang frame tu, penuh dengan juntaian tanah-tanah yang nampak sipi-sipi saja.

Arrrghhh... ini memang anai-anai la ni. Sebelum ni dah serang rumah ibu masa sibuk dengan pilihanraya dan umrah hari tu (Bulan Mei - Jun). Dah panggil Pest Control pun, masih sama jugak.

Ibu terus capai DIY ubat anai-anai yang ibu beli dah lama, tapi simpan sebab panggil syarikat pest control tu mai rumah. Nampaknya terpaksalah ibu guna dulukan. Tampal 3 kotak.

Siap basuh pinggan, mood rajin tetiba mai la pulak. Rasa macam nak sapu sampah, nak mop lantai sebab tapak kaki dah tak lalu nak pijak. Bergetah sangat rasanya. Mata pun dah sakit tengok debu dan rambut berselerak.

Ok, lepas solat la buat! Padam lampu dapur, ambik wudhuk dan solat. Keluar bilik, ambik penyapu dan ibu pun keluarkan arahan.

"Ibu nak sapu sampah, nak mop lantai. Cepat kemas mainan dan botol susu. Nanti ibu sapu semua!". Arahan seorang ibu yang sedikit kejam bunyinya.

Maka bertebaranlah anak-anak ibu mengutip mainan. Ibu halau depa duduk atas tangga supaya senang kerja ibu nak menyapu. Sambil buat kerja, sambil mulut potpet-potpet kat anak-anak. Pesan jangan dok buat sepah lagi. Sapa yang suka sepah-sepahkan rumah ni, tak sayang ibu belaka.

Siap sapu, ibu pun mop lantai sekali. Tak sampai 30 minit pun, dah selesai sebenarnya menyapu dan mop satu hall tu. Dah boleh hampar tikar dan toto kembali!

Tetiba, lampu hall ada kelkatu! Aduuhhhh....ni mesti dia dah keluar dari celah frame grill tingkap dapur tadi tu...

Check kat sinki. Dari dalam gelap, boleh nampak banyaaakkkkkkkkkk kelkatu sudah memenuhi sinki ibu. Ada yang baru keluar dari celah frame tu sedang kibarkan sayap dia. Dengai anai-anai yang tergolek jatuh ke lantai, mungkin di tolak kelkatu yang nak meloloskan diri.




Kecewa sangat hati tau! Terus panggil anak-anak tengok. Ibu pun buat la cerita.

"Ini la anai-anai. Tengok, dia dah jadi kelkatu. Dia dah serang rumah kita sebab rumah kita tak bersih, banyak sampah. Sapa yang suka buat sampah?".

Tercengang budak bertiga tu. Muka kakak dah cuak. Ibu buka paip dan percikkan air bagi sayap dia basah dan tak dapat terbang. Bergelimpangan depa dalam sinki.

"Nanti, kelkatu ni penuh dalam rumah kita. Kalau rumah kita tak kemas, nanti lagi banyak dia datang".

"Ibu..ibu...adik buang sampah dalam plastik!". Adik memang cepat respons selamatkan diri. 

"Kakak nak tolong ibu kemas rumah la. Kakak tak nak sepah-sepah lagi".

"Ibu..ibu, abang tak buat sepah. Adik yang buat sepah". 

Hahahahha..masing-masing dah takut. Ibu tutup semua lampu dan padamkan tv sekali. Ibu cuma nyalakan lampu tandas bawah saja. Maka berkumpullah kelkatu di situ. Penuh dalam tandas.

Baju yang dibasuh paginya pun belum bersidai. Maka, ibu pun ambik la kesempatan yang ada untuk sidai baju di depan. Tutup pintu dan biarkan kelkatu tu buat hal dia sendiri.

Habis sidai baju, ibu bawa anak-anak melawat tandas. Memang penuh kelkatu sedang bermain dengan cahaya lampu. Terfikir, berapa besar koloni anai-anai kat bawah rumah ibu ni, kalau macam ni punya banyak kelkatu dewasa yang dah keluar ni.

Ibu ambik spray Fumakilla dan sembur dalam tandas. Lepas tu tutup pintu. Biar dalam 15 minit, ibu terjah kembali. Hahahahahah..habis bergelimpangan mati kena gas beracun!


Sebelum tidur, terpaksalah ibu bersihkan semua kelkatu tu. Kalau biarkan, lepas ni semut pulak akan serang mengangkut sayap dan badan kelkatu yang bersepah-sepah tu. Mujur malam tu ibu dah siap-siap cuci pinggan. Selalu, esok pagi baru cuci.

Naik geli seram sejuk jugak bila dah kumpulkan kelkatu yang terkorban tu. Sekali dengan sayap dan badannya yang lembik-lembik tu, eerrrkkk.... ibu pejam mata saja time 'jemput' semua tu dan masukkan dalam plastik sampah!




Masa kecik-kecik, mak kata kalau banyak kelkatu masuk rumah tandanya hari nak hujan. Memang sekarang ni musim hujan saja. Tanah lembab kot, tu yang dia lari keluar tu.

Sepanjang malam, ibu google pasal kelkatu. Bertambahlah info ibu pasal kelkatu ni. Ibu memang tau yang kelkatu ni berasal dari anai-anai. Tapi ibu tak tau, bahawa kelkatu yang bertebangan itu, bila bertemu jantan dan betina, mereka akan membina koloni anai-anai yang baru!

Bayangkan kalau ribuan yang terbang malam tu, bertemu jodoh jantan dan betinanya. Tak payah banyak la, 10 pasang saja dah cukup untuk depa porak-perandakan harta benda manusia!

Maklumat lanjut, boleh baca di sini.




Rupanya, malam tu korang cuba buat pesta seks ya! Mujur ibu dah awal-awal gagalkan pesta korang!


No comments:

Related Posts with Thumbnails