Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, December 4, 2013

#Cinta Seumur Hidup

Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi sebuah kisah yang ibu baca di FB.

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga. Beliau meminta seorang peserta datang ke hadapan.

Penceramah : Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.

Lalu lelaki itu pun menulis 10 nama yang dekat dengan dirinya. Ada nama jiran, orang tuanya, teman sekerja, sahabat, anak-anak dan juga isterinya.

Penceramah : Sekarang silakan pilih 7 di antara mereka yang sekiranya anda ingin terus hidup bersamanya.

Lalu, lelaki itu pun menghapuskan 3 nama yang ditulisnya tadi.

Penceramah : Hapuskan 2 nama lagi sehingga tinggal 5 sahaja.

Lelaki itu menuruti arahan penceramah itu tadi.

Penceramah : Hapuskan 2 nama lagi.

Lelaki itu memadam. Dan hanya tinggal 3 nama iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tiada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba penceramah berkata, "Sila padam 1 nama lagi". 

Lelaki itu mula kelihatan sulit membuat pilihan namun akhirnya perlahan-lahan dia memilih menghapuskan nama orang tuanya.

Penceramah : Silakan pilih 1 nama lagi!

Lelaki itu menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat menghapuskan nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu.

Penceramah : Kenapa kamu tidak memilih orang tua yang melahirkan dan membesarkan kamu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.

Semua orang di dalam dewan terpaku menunggun jawapan dari lelaki itu. Lalu, lelaki itu pun memberikan jawapan.

Lelaki : Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya. Sedangkan anak, jika sudah dewasa akan berkahwin. Setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup adalah isteri saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan isteri, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.




Sekian....

No comments:

Related Posts with Thumbnails