Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, January 31, 2013

Pesanan untuk orang muda (termasuk ibu la) ^_^

Assalamualaikum.

Pertama kali, terima kasih kepada Anon 1:55 PM yang berkongsi sebuah riwayat yang menarik. Mengikut pendapat ibu yang penuh kejahilan ini, hadis ini bagus untuk mengingatkan "kita" dalam urusan berdakwah supaya melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya.




"Kita" yang bermakna orang-orang muda yang cetek faham agamanya. Entah kenapa ibu terpanggil untuk terasa jelita muda lagi, maka ibu perlu terus mencari ilmu agar ibu tidak tergolong dalam golongan yang telah nabi katakan dulu. In shaa Allah....

Jom semua orang muda, kita lengkapkan diri kita dengan ilmu supaya kita tidak menjadi perosak agama, cakap tak serupa bikin. Kalau cakap bab agama atau ibadah, memang bergegar segala dinding, kerusi dan meja. Tapi bila bab penghayatan dan amalan, hehehehe tepuk dada tanya iman yang ada ^_^.

Terima kasih anon 1:55PM kerana mengingatkan!

Pada Anon 6:03PM, janganlah kita bersalah sangka dengan perkongsian insan yang hebat seperti Anon 1:55PM. Sekurang-kurangnya, ibu dan pembaca blog ibu juga mendapat  ilmu dan peringatan dari perkongsian beliau.

Terima kasih pada Anon 6:03PM yang menjadikan blog ibu yang tak seberapa adanya ini sebagai bahan bacaan anda. Ibu berharap, segala perkongsian ibu ni diterima dengan positif.

Bak kata seorang kawan ibu yang menulis status yang menarik di FB-nya:

Status Luna, di capture oleh Joe dan diguna oleh gua :P






Jom, kita menjadi seorang yang positif dan berbaik sangka. Melihat sesuatu dengan pandangan yang baik-baik saja walaupun kita boleh mengjangkakan sesuatu itu lebih menonjolkan perkara yang negatif.

Sama-samalah kita berbaik sangka ke arah kehidupan yang lebih baik, sempurna dan bahagia.

Sekian, dari seorang hamba Allah yang serba hina.

Wednesday, January 30, 2013

Cara menolong orang yang zalim.

Assalamualaikum.

Ibu hanya nak berkongsi sebuah cerita.

Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasullullah bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi".

Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasullullah, aku akan menolong orang yang dizalimi, namum bagaimana aku boleh menolong orang yang berbuat zalim?".

Baginda menjawab, "Menghindarkan dan melarangnya daripada kezaliman. Itu bentuk pertolongan baginya".

(Riwayat Ahmad)







Tuesday, January 29, 2013

Bila terkenang kisah lama

Assalamualaikum.

Ibu ni berjiwa lama. Kalau radio ibu layan sinar fm. Sebab lagu-lagu yang evergreen jugak yang masuk dengan jiwa. Nak kata 'karat' sangat pun tak, kasar sangat pun tak jugak. Sedap-sedap dengan telinga adanya.

Ntah apa kena, dalam dok layan Abby Fana ni, boleh pulak ibu terkenang zaman-zaman sekolah dulu. Teringat la kisah zaman remaja ibu yang penuh dengan suka duka, tangis dan ketawa. Zaman duduk asrama yang selalu kena denda! Zaman sekolah yang muka tak lawa (sampai la pun) hehehehe

Masa remaja, ibu bukanlah pelajar 'hot' kat sekolah. Tingkatan 1-3, ibu aliran agama. Naik form 4, ibu masuk aliran sains. Nak kata bijak sangat pun tak, tak pandai sangat pun tak jugak. Sedang-sedang la kan. Muka pun tak lawa. Pakai baju pun lusuh, tudung pun senget hahaha. Yang pasti, ibu adalah student yang suka lena dalam kelas! ^_^

Adat remaja, pasti ada orang yang kita suka, tak terkecuali ibu. Masa umur baru-baru nak naik tu, ada la sorang budak lelaki yang ibu suka usha. Budak ni bolehlah dikategorikan antara budak-budak nakal kat sekolah.

Bila ibu mula suka tengok dia, ibu pun tak ingat dah. Dia pernah duduk asrama, tapi tak lama. Masa sekolah dulu, setiap geng ibu ada jejaka idaman masing-masing. Kawan-kawan ibu yang cun dan lawa, ada sampai bercouple dengan pilihan mereka. 

Yang tak cantik macam ibu ni, syok sendiri sajalah, mencari persamaan masing-masing dalam diam. Macam ibu, dia main sukan sama dengan ibu, bola tampar. Posisi pun sama, setter! 

Semua pemain volleyball ni,tapi bercampur-campur. Masa ni kami tingkatan 4 kot.

Adoii...sebenarnya, sambil ibu taip entry ni, ibu dok gelak sendiri:P hahahahaha. Ok, ibu teruskan.

Ibu tau, dia tau yang ibu sukakan dia. Dia tau ibu selalu tengok dia. Dia tau, ibu ambik tahu hal dia. Tapi, saja dia buat tak layan. Ya lah kan, awek muka tak cun. Sapa nak kan? Masa tingkatan 3, siap bagi pensil ukir nama dia untuk exam PMR. Bukan ibu yang bagi sendiri, tapi melalui ustazah yang mengajar kelas ibu dan kelas dia. Ustazah pun melayan perangai anak-anak buahnya yang baru nak kenal dunia hehehehe

Naik tingkatan 4, ibu sekelas dengan sorang pompuan yang digosipkan dengan dia. Awek  ni putih lagi cun. Kelas ibu tingkat 3, kelas dia di bawah kelas ibu. Tiap-tiap pagi sebelum masuk kelas, ibu akan jengukkan kepala ke bawah cari dia. Nampak jam pun dah tau tu dia. Hahahaha Ya Allah, teruknyaaaa!

Naik tingkatan 5, dia makin nakal.  Ke sekolah dengan motor. Tiap-tiap pagi ibu akan tunggu dia dan geng-gengnya lalu. Awek yang digosipkan dengan dia ni duduk kat depan ibu. Selalu, time rehat dia akan lepak kat kelas ibu, duduk kat tempat ibu sambil bersembang dengan awek ni. Mungkin dia nak bagi ibu jeles kot. Tapi sayang, ibu tak dak pun perasaan tu. Ibu cuma suka saja tengok dia, suka! Bukan cinta.

Geng kelas masa tingkatan 5.
Macam-macamlah kisah ibu dengan dia. Ada senior yang tolong ambikkan gambar dia untuk ibu. Bila dia dapat tau, dia mintak balik. Ibu pun bagi, tapi ada banyak lagi copy hahahaha. Lepas tu bila masuk universiti, dia ke Shah Alam. Ibu kat Sintok saja, uni kampung halaman.

Ada sekali tu, kami berjumpa kat sebuah kedai makan ditemani kawan baik ibu. Confront konon! Hahahahaha Dia cakap, dia tak suka ibu minat dia. Ibu kata tu hak ibu nak suka dia, ibu bukan nak bercinta dengan dia. Saja suka. Buat semangat bagi rajin ke sekolah! Sampai berhempas-hempas botol minuman kat atas meja. Last kami berpisah macam tu saja. Ibu cakap sori dan selamat maju jaya.

Kawan baik ibu tau kisah ni. Sebab kami bersama dari tingkatan 1 hingga ke universiti. Masa confront kat kedai makan ni pun dia ada sekali. Masa jumpa dok, rasa macam nak luruh jantung. Yerlah, nak berdepan dengan orang yang kita suka. Dan ibu selalu sedarkan diri ibu yang tak punya rupa. Memang inferior sangat kalau sembang bab rupa dan harta, sampai kini pun!

Saja ibu google nama dia. Jumpa! Ibu masih boleh ingat no ic dia. Masih ingat nombor plat motor dia masa sekolah dulu. Psiko sangat kan!? Sampai macam tu sekali minat kat orang? Hehehehe

Alhamdulillah, dia dah ada kerja yang stabil. Isteri cantik, putih berseri. Anak dah 2 dan badan dah berisi. Muka tetap crook macam dulu. Mesti mak dia seronok sebab dulu mak dia sikit risau bila dia ponteng kelas melepak dengan kawan-kawan. 

Kenangan lama ni memang maniskan bila di kenang? Nak gelak saja bila diingat.

Monday, January 28, 2013

Sesungguhnya, aku rindukan mereka - Rasulullah


Pada suatu hari, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?".

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."

Sollu 'alan nabi..

Sunday, January 27, 2013

Listen - budaya sejak zaman berzaman pun!

Assalamualaikum.

Januari 2013, perkataan LISTEN telah menjadi perkataan yang paling famous. Pasti, semua dah maklum akan insiden yang berlaku tu. Ibu tidaklah bermaksud hendak mempertahankan mana-mana pihak. Kalau ibu hujahkan pandangan ibu kat sini pun, ianya takkan merubah apa-apa. Takut nanti disalah tafsir pulak oleh puak yang memang menunggu mencari salah ;-)

Sejak ibu kecil lagi, budaya ini telah ibu lalui tanpa disedari. Budaya LISTEN ni dah lama wujud pun, dah sebati! Buktinya sejak dulu, apa saja yang diperkatakan oleh orang yang lebih dewasa tidak boleh dipertikaikan. Jika tak, pihak yang lebih muda itu akan dilabel sebagai 'kurang ajar' atau 'melawan' biarpun hanya kerana untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut.

Ibu membesar dalam keluarga yang begitu. Anak muda tidak boleh mempersoalkan arahan orang dewasa, walaupun arahan itu kadang-kadang tidak munasabah. Yang kena, ibu akur walaupun dijiwa ada unsur memberontak tak nak. Dek kerana sifat ingin tahu yang meluap-luap, ibu kerap mempersoalkan sesetengah arahan yang tak logik di akal ibu. Dan hanya kerana itu, ibu dikatakan kuat melawan.

Banyak kalau nak dikongsikan, ada sikit ni sebagai selingan.

Situasi 1:

Masa ibu baru melahirkan kakak, ramai saudara mara datang menziarah di hospital. Orang baru melahirkan memang lah penat, ibu hanya terbaring di katil. Sambil bersembang-sembang, ibu meletakkan lengan di atas dahi. Tok segera menegur perbuatan itu. Katanya tak elok berbaring sambil lengan di dahi.

"Pasai apa tak boleh tok?". Sambil ibu menurunkan tangan mengikut arahan, mulut pun ringan bertanya mohon penjelasan tok disaksikan sanak saudara yang lain.

"Dengaq sajalah, orang tua-tua kata tak elok, ikut saja."
Jawapan yang diterima mendukacitakan. Mak tam yang ada masa tu ketawa tengok gelagat ibu dan tok. Katanya, tu la kita. Pantang sangat sampai tak 'tahwan' punca. Tak tau sebab apa, tapi tak boleh!

Situasi 2 :

Berkongsi pengalaman seorang kawan semasa di universiti dulu. Masa lepak-lepak, kawan ibu ada menceritakan pengalaman beliau dengan ayahnya satu masa dulu.

Ibu dah tak ingat bagaimana ianya bermula, tapi akhirnya, beliau dimarahi ayahnya. Biasakan kalau ibubapa marahkan anak-anak, pasti macam-macam bebelan dan persoalan yang akan keluar dari mulut. Samalah macam ayah kawan ibu ni. Samalah macam ibu pun!

"Kau ni besar nanti nak jadi apa ha???", marah ayah kawan ibu bersama luahan-luahan lain yang telah dilontarkan sebelum ini. Rasanya, ayat macam ni biasa diluahkan bila kita menyesali sikap seseorang, apatah lagi anak kan.

"Nak jadi doktor". Jawapan yang kawan ibu berikan seikhlas hati atas pertanyaan yang ayahnya luahkan. Rasanya masa tu kawan ibu masih di sekolah rendah.

Pangggg! Sebiji penampar menyinggah di muka. Terbahak-bahak ibu mengingati ceritanya. Hinggakan, saat ibu menaip ini pun ibu masih ketawa mengingati pengalaman kawan ibu tu

Menjawab! Patutnya diam dan dengar saja walaupun bertubi-tubi soalan ditanya, kan?

.........................

Itu cebisan kisah.

Ibu menggunakan kuasa veto ini bila berhadapan dengan orang yang buat-buat tak faham arahan walau dah berkali-kali diterangkan. Contoh mudah, bila students mempertikaikan etika berpakaian. Kenapa mereka tak boleh pakai begitu dan begini (melanggar etika berpakaian) sedangkan pensyarah boleh walaupun ada etika yang ditetapkan. Denggg!!! Jawab kau! Berpeluh jugak nak menerang sambil tu nak juga cover kawan-kawan.

Kalau berbual dengan kakak, kadang-kadang ibu mati kutu mencari penjelasan pada setiap persoalannya. Mengapa ibu? Kenapa ibu? Ingin saja ibu sanggah dia untuk diam dan jangan persoalkan apatah lagi kalau ia melibatkan hukum-hakam, tapi budak kecik mana nak faham.

Mencari ilham jawapan untuk difahami oleh budak yang belum mumaiyiz memang mencabar kesabaran. Mau saja ibu nak cakap - dengar saja cakap ibu. Tapi ibu masih bertahan kerana mahu berikan jawapan yang benar dan logik di akal, bukan jawapan yang mematikan mindanya untuk bersoal jawab. Ibu tak nak dia rasai jiwa yang ibu alami dulu. Kalau ibu dah penat dan hilang idea, ibu akan katakan "nantilah kakak, bagi ibu fikir dulu jawapan"! hahahaha

Walaupun isu LISTEN ni sudah menjadi bahan politik, tapi perjuangan membebaskan minda ni perlu dan sepatutnya bermula di rumah lagi. Bebaskan fikiran anak-anak mempersoalkan setiap arahan dan larangan. Penjelasan yang munasabah akan membuatkan mereka mengerti akan setiap arahan yang kita utarakan.

Tapi, memang akan sampai satu tahap arahan diam dan dengar ini boleh digunakan. Bukan sewenang-wenangnya. Mesti melalui semua penjelasan, apatah lagi kalau ianya melibatkan hukum Allah kan. Kalau banyak soal jugak, cakap je - ni hukum Allah, dengar dan patuh perintah!

Pada ibu, tak pelik kot kalau kita persoalkan arahan manusia untuk mendapatkan penjelasan yang mendalam. Memang sepatutnya pun kita kena faham, bukan menurut tak 'tahwan kepala ekoq'. Manusia saja pun, bukan Tuhan. Allah pun bagi penjelasan pada setiap larangan.

Kalau arahan manusia ni, yang baik, kita ikut selagi tak langgar hukum Tuhan. Takkan yang buruk pun nak telan. Sia-sia Allah bagi akalkan?

Wallahu 'alam.

Saturday, January 26, 2013

Anda tanya, ini jawabnya...


Assalamualaikum.

Ibu dah makin tua matang. Kalau ikut tahun, 2013 ni ibu dah 34 tahun. Alhamdulillah dengan segala nikmat Allah.

Pada yang bertanya, maafkanlah diriku ini, jika ibu membiarkan anda dalam gundah-gulana (barangkali) dengan persoalan yang tidak dilayan dengan sepatutnya. Bukan tak sudi jauh sekali membenci. Soal perhubungan adalah soal hidup dan mati.

Soalanmu, anon yang dihormati :


Jawapanku :

Ibu dan anda manusia biasa. Ada sisi yang baik, sisi yang buruk apatah lagi. Ibu dah biasa dituduh itu dan ini. Ibu tak buat apa-apa lagi,  sudah ada yang menghakimi ibu akan berbuat begitu dan begini. Itu semua lumrah sebab ibu pun selalu melulu menghakimi.

Kita buat silap, belajar dari kesilapan dan ingatkan orang lain supaya tidak berbuat silap seperti yang pernah kita lakukan. Itu baru sahabat. Kalau kita biarkan sahabat kita terus dalam keadaan yang salah, itu bermakna kita bersubahat ;-)

Kalau ya anda berasa ada berbuat salah pada ibu (mengata, mengutuk, mengeji atau apa saja yang buruk), ibu dah maafkan segalanya. Sama juga dengan ibu, andai kata ada bicaraku yang menjentik rasamu, maafkanlah ibu.

Sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah!

Sekian.

Friday, January 25, 2013

Manusia akhir zaman

Assalamualaikum.

Allah Maha adil. Allah tahu apa yang sepatutnya kita miliki, kita rasai . Apa yang Allah beri pada kita, adalah seadil-adilnya. Walaupun ada makhluk Allah yang merasakan hebat bila berjaya menggunakan kuasa manusianya menganiaya orang, Allah juga lah yang mengizinkan hal itu berlaku.

Kenapa? Mengapa? Apakah kesannya kelak? Allah saja yang maha tahu. 

Dan disaat kita merasai nikmat dan hikmat disebalik sebuah angkara manusia (walaupun 20 tahun kemudian), kita akan berkata - inilah bahagia yang Allah janjikan disebalik semua kesusahan dan kepedihan yang kita lalui dulu.

Makhluk yang riak dan bongkak menganiaya, berasa hebat menggunakan kedudukan di dunia, mungkin sedang bergembira dan bangga dengan kekuasaannya. 

Ya! Itu juga adil yang Allah berikan kepadanya. Allah tahu kenapa hal itu diizinkan berlaku. Dan apa juga yang berlaku dikemudiaannya, Allah juga yang mengaturkannya.

 

Usah kita berasa pelik, mengapa orang yang tidak amanah diberi kuasa.
Usah kita berasa aneh, mengapa orang yang jahil dipilih menjadi pemimpin dunia.
Usah kita berasa gundah, mengapa yang berkata benar dituduh sebagai penjahat.
Usah kita berasa hairan, mengapa orang yang jahat dipandang mulia berdarjat.


Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. 

Apabila kamu mengIKUTI mereka, maka mereka akan memPERDAYA kamu. 
Akan tetapi, apabila kamu mengHINDARI mereka, maka mereka akan menCELA kamu. 
Apabila berBICARA dengan mereka, mereka akan memBOHONGI kamu. 
Dan apabila kamu memberinya KEPERCAYAAN, mereka akan mengKHIANATInya.
 
Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.
 
Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbauatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. 

Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.” 

(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)


Alim ulama dah lama berkata. Apa nak pelik dengan manusia akhir zaman kan?

Audit diri, golongan manakah kita? Tepuk dada, tanya iman, itupun jika masih ada.

Wallahu'alam.

Wednesday, January 23, 2013

Betapa aku tidak mengenalimu..

Sejak sebulan yang lalu, setiap hari pasti ibu dan anak-anak akan mendengar cd Kumpulan Rabbani. Album tu ada selawat, berzanji, marhaban dan sudah pastilah nasyid. Suara lunak allahyarham Ustaz Asri memang menjadi kegemaran ibu sejak beliau di dalam kumpulan Al-Arqam lagi. Masa tu, Munif Hijjaz pun satu kumpulan dengan Ustaz Asri.

Dalam album ni, ada lagu kisah nabi yang ibu suka nyanyi masa kecik-kecik dulu. Junjungan Mulia - rasanya kumpulan Al-Mizan kot yang asalnya nyanyikan nasyid ni.

Mulanya, ibu yang dok ulang. Dah lama kelamaan, kakak dan kembar pun dah jatuh cinta gamaknya. Kalau habis saja lagu tu, dok suruh ulang lagi, dan lagi..dan lagi. Akhirnya, ibu dah setkan ' repeat' pada player. Dengar la sampai muntah hehehhehe

Tercipta satu lembaran sejarah
ditanah suci kota Mekah
hari yang mulia penuh sa'adah
bermulalah sebuah kisah.

(nyanyi la sendiri..rasanya lagu ni femes kan?)

Sengaja atau kebetulan barangkali, esok adalah hari kelahiran nabi. Menghayati lirik nasyid yang se'simple' ini pun membuatkan ibu sayu sendiri.  Mungkin usia yang semakin kertu, perasaan ala-ala nak menopause tu dah mula menjelma :P

Tapi sungguh. Rasa sayu tu tak boleh nak digambarkan. Hinggakan saat ibu menceritakan kisah lagu ni pada kakak pun, empangan airmata ibu berderai dengan sendirinya. Harapnya, ini lah rasa kasih dan cinta ibu pada junjungan mulia ini yang sedang mekar.

Semalam, seorang sahabat sekolah rendah ibu (yang kini seorang ustazah) ada post sesuatu di FB-nya berkenaan dengan Rasullullah. Terkedu ibu membacanya. Ibu pasti, ramai jugak yang tidak tahu hal ini, sama seperti ibu. Kalau yang dah lama tahu tu, alhamdulillah.

Dan ibu ingin berkongsi tentang hal itu di sini.



Kalau pasal artis atau pemimpin yang kita minati (atau benci), berjenuh kita google cari informasi. Semua kita nak ambik tau. Tapi kalau pasal Nabi Muhammad SAW, berapa banyak yang berusaha nak tau pasal bagindakan? 

Ibu tak kata orang lain. Ibu bercakap atas pengalaman ibu sendiri. Astagfirullah halazim...

Betapa aku leka berbuat perkara lagha....

#insaf!

Friday, January 18, 2013

#Peringatan buat diri

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat. Masa terus berjalan, hari bertukar, minggu akan berganti. Bulan dan tahun akan bertukar lagi.

Ya Allah, syukur atas segala nikmat yang Kau berikan padaku hingga ke hari ini, hamba-Mu yang penuh hina ini. Yang selalu lalai dan alpa dengan dunia. 

Astagfirullah hal azim!

Tidak ada banyak perkara yang ingin ibu luahkan hari ini. Ibu masih sibuk menelaah segala tutorial yang ibu jumpa untuk meningkatkan ilmu dalam diri. Semuanya kerana menjalankan amanah yang diberikan pada semester ini. 

In shaa Allah, ibu pasti boleh! Cabaran mesti disahut, walaupun kita tak tahu pada tugas-tugas baru yang diberikan. Jangan kata tidak sebelum mencuba, kerana orang yang takut mencuba dan tidak mahu menghadapi kesukaran, selamanya tidak akan maju dan berjaya!

Sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini, ibu hanya ingin berkongsi sesuatu dan mengajak semua pembaca blog ibu yang ibu kasihi untuk berfikir dan merenung....



Astagfirullah hal azim!

Ya Allah, kuatkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, permudahkanlah perjalanan hidup kami, kau panjangkan lah umur kami dalam kebajikan. 

Andai telah tiba saat kematian kami, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah, dan jangan kau akhiri hidup kami dengan suu-ul khatimah.

Allahu akbar!

Wednesday, January 16, 2013

Tak ramai manusia yang macam ni!


Assalamualaikum.

4 hari tiada entry. Ibu sedikit busy dengan kelas dan subjek baru yang memang agak asing buat ibu. Semester ini, ibu diberikan tugas mengajar programming Java dan Netbeans. Never say no kan! Belum cuba belum tahu!

Zaman ibu graduate, Java masih terlalu baru! Mujur sedikit pengalaman dengan Visual Basic masih berguna walaupun tidak sepenuhnya. Solution yang ada, ibu perlu belajar sendiri, mencari tutorial dan berguru dengan pakcik Google! Doakan ibu berjaya! 

Ok, seperti biasa! Set induksi langsung tak kena dengan tajuk entry.

Kisah ni dah lama. Ibu selalu singgah ke sebuah blog seorang wartawan surat khabar. Tulisan yang bersahaja membuatkan ibu suka mengikuti tulisannya tentang kisah peribadi selain pengalamannya sepanjang menjadi wartawan.

Satu hari, beliau ada menceritakan tentang seorang sahabatnya yang yang dulu ala-ala rockers tapi kini telah berhijrah. Katanya, sahabatnya tu ada cara tersendiri berdakwah. Sahabatnya yang dikenali sebagai Ayie menghasilkan album sendiri dan memberikannya secara percuma kepada siapa saja yang nak!

Tak ke gila tu! Kalau orang lain, sibuk simpan duit nak beli itu ini, nak jalan sana sini. Tapi si Ayie ni pulak, habiskan simpanan untuk rakam album dan bagi percuma, siap sampul dan kos pos pun ditanggung! Ada jugak kan manusia yang macam ni. Bukan sekali, dah 2 album dia buat macam gini!

Disebabkan blogger ni mention Ayie akan bagi free saja albumnya, ibu pun menjejak Ayie di FBnya. Benda free kan? Ketaq-ketaq kepala (kata orang Kedah) ibu add Ayie di FB. Mulanya, ibu masej Ayie bertanyakan albumnya yang disebut-sebut oleh rakannya di blog. Sedih, sebab tiada jawapan. Errrm... mungkin dah habis kot!

Tak lama lepas itu, Ayie update statusnya di FB, minta sesiapa yang mahukan albumnya untuk memberikan alamat surat menyurat terkini untuk di poskan albumnya. Tak lama kemudian, sampailah sampul yang ditunggu-tunggu.


Dapat je sampul tu, terus ibu pasang cd di pc opis (ibu gunakan alamat pejabat). Seorang kawan ibu membelek-belek cover cd dan membaca lirik yang tercatat di dalamnya sambil bertanyakan tentang lagu yang sedang di dengarnya.

"Akak! Tak nak la saya dengar...sedih saya!". Kata kawan ibu sambil mencampakkan cd cover di atas kerusi.

"Awat?". Ibu kehairanan.

"Sedih saya baca lirik dia. Dah la saya ada ayah saja..cerita pasal bila ayah takdak pula". Jelas kawan ibu yang terus mengelap airmatanya yang keluar.

Tergelak besar ibu dan kawan-kawan yang lain. Adusss...betapa lirik yang ditulis mampu membuatkan kawan ibu tu menangis, mungkin sebab bawaan anak yang dikandungnya jugak! 

Kini CD tersebut menjadi kegilaan anak-anak ibu, sampaikan ibu terpaksa bagi alasan lain untuk dengar radio atau tukar cd lain. Lagu lain depa tak suka, yang asyik di ulang-ulang track yang pertama saja. Kalau radio tu boleh bercakap, mau dia menjerit bagitau bosan.

Walaupun CDnya percuma, tapi album Ayie bukanlah album asal boleh saja. Audio rakamannya tetap taraf pro, dihasilkan di studio dengan pemuzik dan ada mastering. Tapi albumnya bukan pasal putus cinta! Lebih kepada kasih sayang, ketuhanan dan nasib Palestin juga!

Walaupun lagu-lagunya tidak diputarkan di station radia yang glemer, ada beberapa kali ibu dengar lagunya berkumandang di radio IKIM. Yerlah kan, dah lagu yang tak dak cintan cintun sawan tangis frust bercinta, mana dapat layanan yang sepatutnya. Radio IKIM sajalah yang selalu ada pun.

Doa ibu, moga Ayie berjaya dalam cara dakwahnya yang berbeza. Dan dalam albumnya, ada sebuah lagu di mana beliau berduet dengan Hazami! Sebab Hazami tu adik dia...hehehe

Sapa nak, add Ayie di FB Azhary Ayi...

Friday, January 11, 2013

Senduk bukan sebarang senduk

Assalamualaikum.


Sudah 11 hari di tahun baru. Pada yang ada azam, macamana? Dah implement atau masih teragak-agak nak memulakannya. Kalau benda yang positif, jangan tangguh-tangguh. Kita tak tahu sampai bila hayat kita ada.

Ok. Kat atas tadi bolehlah diterjemahkan sebagai set induksi walaupun tak matching dengan tajuk entry hahahaha. Kalau ROS (Rancangan Orientasi Sekolah), mesti supervisor komen set induksi tak membina dan merangsang minda :P

Hari ni ibu nak share kisah ibu tentang masak memasak. Sesungguhnya ibu bukanlah pandai sangat bab-bab memasak ni. Tapi kalau dah nama pompuan apatah lagi bila dah jadi ibu, hat tak pandai pun kenalah buat-buat pandai. Kalau idak, jenuh cari duit le asyik nak makan kat kedai :P

Masa remaja dulu, ibu memang agak malas ke dapur. Maklumla duduk asrama. Kalau balik rumah, cover tidur tu 2 hari 2 malam pun tak pernah rasa puas. Bangun pukui 10, makan, lepas tu lena. Bangun tengahari mandi, makan lepas tu tengok tv kemudian lena. Memang macam satu penyakit.

Tapi disebabkan maktok adalah tukang masak yang 'pro' dan ibu yang suka potpet kalau anak malas, maka selepas kena marah dan paksa, ibu kena jugak turun ke dapur. Menu orang kampung macam ibu ni simple. Kari, pajeri, goreng sayur, sup, goreng ikan. Takdak la menu yang pelik-pelik. tapi yang wajib ada sambal belacan dan ulam!

Berkat jerih perih maktok memaksa ibu, maka adalah sikit-sikit ilmu dan bakat maktok yang meresap ke dalam badan ibu ni. Bila dah nikah dan ada keluarga sendiri, barulah bakat yang maktok asah dulu tu berguna. Perrghhh..mujuq kena paksa kan! Tapi zaman sekarang ni, resepi di hujung jarikan! Rajin dengan tidak saja nak masak.

 kuah mee siam
Kari ikan kot
Pajeri terung
Kuah spagetti

Tomyam campoq
Kari ayam untuk cicah dengan roti jala

Itu antara contoh menu-menu simple yang ibu biasa masak untuk hidangan keluarga. Perasan tak entiti yang sama dalam setiap gambaq tu - senduk. Senduk ibu bukan sebarang senduk tau. Tak boleh dapat kat pasaran punya. Ala-ala senduk hikmat gitu.

Ibu pun tak perasan keistimewaan senduk ini sehinggalah ditegur oleh kawan ibu dengan nama senduk klasik. Memang klasik! Kat rumah ibu di kedah pun, rasanya masih ada senduk macam ni. Senduk buatan sendiri.

Kayu yang digunakan untuk buat senduk ini adalah dari batang pokok limuni. Ibu suka makan pucuknya. Kelat-kelat tapi sedap kalau dicicah dengan sambal belacan. Pada yang tak biasa makan, memang payah nak telan. Nak awet muda katanya..telan sajala..hehehehe

Rupa daun pokok limuni - gambar hasil google.
Paling istimewa senduk ini dibuat oleh maktok. Jauh dari Kedah maktok bawak masa mula-mula ibu pindah masuk rumah baru. Mendalam tu maknanya bila dapat hadiah senduk. Walaupun tak berharga dari sudut ringgit, tapi itulah harapan yang maktok suarakan tanpa kata-kata supaya ibu rajin memasak untuk keluarga sendiri.
 
Maktok jangan bimbang, anak mak ni memang rajin pun sebenaqnya. Walaupun masa remaja selalu kena kutuk tak pandai masak, tapi dalam diam ibu tau sedara mara mengakui ke'terra'an ibu dalam resepi tertentu. Kalau tak, takkan setiap kali raya mesti pakat serbu ke rumah ibu cari menu utama - soto! 

Bila ibu dah pindah ke Johor, maktok ambik alih menu tahunan ibu. Terpaksa maktok call ibu tanyakan resepi sambal kicap yang selalu membuatkan mereka yang menjamu selera ter'suutt-suttt' kepedasan tapi tetap menambah sampai puas makan.
 
Adik-beradikku...sila la akuinya!Kan...kan..kan.. hahahahaha

Thursday, January 10, 2013

Mengaku salah tak rendahkan maruah pun

Assalamualaikum.

Hari ini ibu nak share sesuatu. Ibu telah berjaya melakukan sesuatu yang amat berat dan jarang ibu buat sebelum ini. Ibu nekad untuk melakukannya, demi sebuah perubahan yang positif.

Minggu ni kelas sudah bermula. Kisah kelam kabut macam biasa. Kalau nak diceritakan, memang akan berjela-jela. Macamana sibuk pun, semuanya ibu layankan saja semampu yang mungkin.

Nak dijadikan cerita, opis ibu ni dikalutkan lagi dengan kerja-kerja ubah suai. Masa tengah susun partition, tu bersepah-sepah meja ibu dengan barang-barang. Dan akibatnya, ada satu dokumen yang agak penting tak dapat dikesan walaupun keadaan bersepah sudah kembali tenang.

Nak berkemas satu persatu barang kat meja ibu, agak mengambil masa. Disebabkan dokumen itu penting untuk permulaan kelas ibu, terpaksalah ibu meminta dokumen tu dari staf  X yang bertanggungjawab menghasil dan mengedarkannya.

Ibu berjumpa dengannnya pada pagi Isnin (tak salah ibu la) dan meminta dia mencetak kembali dokumen tersebut buat ibu, dan dia pun bersetuju. Hari Selasa, ibu ada masa dan semangat untuk kemaskan kawasan kerja ibu. Walaupun tak sepenuhnya, meja ibu kembali clear bila kertas-kertas lama yang tak berguna lagi dibakul sampahkan.

Dan, dokumen yang ibu tak dapat dikesan dulunya itu telah ditemui, di bawah timbunan fail-fail. Huhh...lega..lega! 

Rabu pagi, ibu berjumpa staf X dan memaklumkan dokumen yang ibu minta dia print semula tu telah dijumpai. Tak disangka-sangka, si X ni boleh bersuara.

"Alaaa..akak ni menyusahkan saya la. Saya dah siap print dah cuma tak sah saja lagi", kata X.

"Sori la X, akak kemas-kemas meja semalam, then jumpa. Tu yang akak bagitau ni. Kalu dah print, tak pa lah. Sori ek".

"Lain kali kalau hilang lagi, minta la lagi kat saya". Kata X, mungkin hajatnya nak memerli ibu atau memuaskan hatinya yang panas.

"Oh....sudah tentu. Memang kalau hilang lagi, akak cari ko dik". Kata ibu sambil berlalu ke meja dan bersiap untuk masuk ke kelas.

Rupanya, marah X masih panjang buat ibu. Ibu tak tahu pun sebab meja ibu dan F memang jauh. Ada kawan ibu yang sampaikan, lepas ibu berlalu ada lagi ayat-ayat marah yang keluar dari mulutnya seolah-olah tak berpuas hati dengan tindakan ibu.

Malam tadi ibu teringatkan satu kursus yang telah ibu hadiri awal tahun ini. Penceramah tu ada menyebut :

"THE HARDEST THING TO DO IS ADMIT WE ARE WRONG, ITS OUR MISTAKE AND PULL DOWN OUR EGO AND SAY I AM SORRY."

Betul! Ibu pernah melalui hal sebegini. Memang payahkan nak mengaku salah dan meminta maaf atas kesilapan kita. Tapi ibu pernah mencuba untuk mengakui salah walaupun tidak ibu tak tahu apa salah ibu (hingga kini) demi sebuah persahabatan. 


Tapi sayangnya, tidak diendahkan. Namun hati ibu berasa tenang kerana ibu telah berkorban demi sebuah persahabatan walaupun terpaksa merendahkan ego. Tak kisahlah walaupun ego kawan ibu tu yang tak pernah turun (pada ketika itu) dan tetap menyalahkan ibu atas hal yang ibu langsung tak tahu menahu, ibu tetap rasa bahagia dengan apa yang ibu lakukan untuknya walaupun tidak dihargai.

Berbalik kepada kisah X. Ibu pun terfikir, Ya! Ini memang salah ibu. So tak rugi pun kalau ibu minta maaf untuk meredakan hati X yang marah-marah pada ibu demi sebuah suasana yang positif. 

So, pagi tadi ibu belikan sarapan untuk X. Bukan sarapan yang mewah pun, hanya sebungkus bihun goreng dengan telur mata kerbau saja. Masuk opis, terus ibu ke meja X. Ibu letakkan di hadapannya.

"Semalam, X marah akak eekk. So akak minta maaf sebab dah susahkan X. Ni akak belanja sarapan. Ok?!". Saja ibu melentokkan muka di sisi meja mengadap mukanya terus merenung matanya

"Semalam saya marah, sikit saja laa. Lepas tu dah tak dak dah. Hari ni dah tak dak dah". Kata X yang nampak agak terkulat-kulat, terkejut dengan tindakan ibu barangkali. Hehehe maklumlah, ibu ni jenis 'berangin' juga :D

"Betul..dah tak dak marah ni? Dah tak marah akak ni..? Ni akak belanja sebab akak dah susahkan awak. Sorry ok". Kata saya lagi sambil merenung mata X, mencari ketulusan hatinya. 

Tokwan ibu pernah pesan, orang yang bercakap benar pasti berani bertentang mata. Katanya ada dua jenis manusia yang tak berani bertentang mata bila bercakap. pertama orang yang bercakap bohong dan yang kedua orang yang ada membela hantu raya!


Lepas selesai dengan X, ibu pun berlalu. Ada suara kawan-kawan yang bergurau senda, "Saya pun nak marah akak la, nanti dapat makan free". Hehehehehe...ibu pun bagitau pada kawan-kawan ibu yang ibu nak aplikasikan apa yang ibu dapat dari kursus hari tu. Kalau salah, kita perlu ajar diri kita untuk turunkan ego dan mengaku salah serta memohon maaf. Hidup mesti positif.


Dan, ibu tersenyum saja berjalan ke kelas hari ni... lalalalalala...

Tuesday, January 8, 2013

Hanya kerana seekor cicak

Assalamualaikum.

Minggu ni kuliah dah bermula, maka hari-hari bertenang dan relax pun berakhir. Episod kalut dengan kelas sampai makan pun tak dan akan kembali lagi. Tapi bila hidup kembai kalut, semangat nak update blog pun tinggi. Mungkin bila bertambah kalut, otak makin aktif berfikir dan semangat pun makin tinggi! Barangkali...

Ok, back to the topic.

Baru-baru ni (tak baru la jugak), tv ibu yang ayah belikan sebagai hadiah birthday ibu dulu tiba-tiba rosak. Ikut cerita ayah, tiba-tiba elektrik kat rumah blackout. Ayah ingatkan satu taman tak dak letrik. Tergerak hati ayah nak check fuse box tu, rupanya ada trip.

Ayah tolak balik suis ke atas, terus suis tu ter'tendang' lagi. Ayah pun cabut plug tv sebab itu yang terdekat then ok. Bila pasng balik tv, ulang lagi benda yang sama. Confirm tv punya hal. Lagi bertambah confirm bila ada bunyi "hhzzzz" statik letrik kat tv tu bila di 'on' kan.

Frust ibu bila ayah kata tv rosak. Mujur tv lama yang CRT masih ada dan ok dan ada kat hall atas. Ibu call Samsung Center mintak nombor phone service center kat JB. Ibu tau ada kat Taman Molek sebab ibu dah pernah sampai ke sana. Dia pun bagi nombor. Call tak berangkat.

Last terpaksalah ibu call kedai yang tempat ibu beli dulu. Punyalah geledah cari resit pembelian, maklumlah dah lama kan, rasanya beli tv tu masa ibu mengandung twin kot. Jumpa la resit kat dalam dashboard kereta. Call kedai bagitau. Esoknya ada staff Samsung yang call. Rupanya, warranty dah habis. Kalau repair kenalah bayooo!!

Melalui call saja, staff tu dah tau problem tv tu adalah power supply. Dia kata kena order barang dulu, dalam seminggu sampailah. Penantian memang menyeksakan. Masa tu pulak time Malaysia lawan semi ke dua Piala Suzuki. Dengan penuh tabah, ibu menonton tv yang penuh titik-titik!

Jumaat lepas Gan, staff Samsung tu call ibu bagitau sparepart dah sampai. Hoyeh..hoyeehhh. Mujur kena time rehat, bergegas ibu balik kemas rumah. Hahahaha mau pengsan Gan tengok rumah bersepah!

Sedang elok je rumah berkemas, Gan sampai. Selamat! Mass dia buka skru tv tu, dia confident bagitau "ni mesti ada cicak yang masuk. TV ni susah nak rosak kalau bukan sebab cicak atau lipas." Pakar kan! Tak tengok lagi dah tau sebab apa!

Bila dia angkat board yang bahagian power supply, kelihatanlah seekor cicak yang merengkok melekat kat situ. Da kering pun!

Ini cicaknya

Tukar saja board tu, dia skru balik. Rupanya tv LCD macam ni ada 2 board saja walaupun size besaq gedabak. Satu kat power supply, satu kat bahagian controller on/off tu. Kalau rosak, tukar satu board tu saja.

Ni board power supply yang dah ditukar

TV ibu kekurangan penutup kat bahagian bawah. Dulu pasang tv tu letak atas almari, bila dah gantung kat dinding, kaki kat bawah tu di cabut. Rupanya ada penutup untuk tutup tapi ntah mana benda tu ibu tak perasan. Gan tolong tutup dengan masking tape. Bolehlah, janji cicak tak masuk lagi.

Sebab cicak seekor, kos yang perlu dibayar RM300++. Ada sen-sen kat belakang, minta waive pun tak dapat! Hahahaha harga syarikat katanya!

Gan sedang tampal lubang yang jadi laluan cicak!

Monday, January 7, 2013

Abang dan Adik - kembar yang tak berapa nak sama

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya ibu tak tulis kisah abang dan adik kat blog kesayangan ibu ni. Rugi kalau ibu tak catatkan kisah twin kat sini. Walaupun ibu masih ingat apa yang berlaku, tapi tak mustahil 10 tahun akan datang ibu dah lupa. Harap nanti, bila dah tua bolehlah ibu godek-godek kembali blog ini mengimbau suka duka hidup masa muda.

Twin ibu dah nak masuk 2 tahun setengah. Bila dah umur 2 tahun ni, karektor masing-masing makin terserlah dan yang nyatanya berbeza.


Hujung tahun 2012, berat abang 13.++kg dan adik 12.++ kg. Sekarang ni mungkin dah makin bertambah kot. Ibu dah tak mampu nak kendong abang dan adik sebelah tangan lagi.


Abang ni pendiam tapi nampak sifat tanggungjawab sebagai abang. Kalau ibu buat susu, dia susah payah nak botol susu adik dan terkedek-kedek lari hantar kat adik yang dan standby baring. Adik pula nampak tegas dan banyak cakap. Adik memang dah petah. Kadang-kadang, terkeluar ayat yang tak disangka-sangka contohnya "terkejut adik" sambil urut dada! Extra lagi, adik kuat mengusik. Abang pulak sangat tak tahan kena usik.

Abang manja. Tidur masti nak bawah ketiak ibu. Kalau dapat peluk ibu lagi dia suka. Kalau dia jaga nampak ibu tak dak, sayu dengar suara abang menagis cari ibu. Adik lebih berdikari. Tidur bawah ketiak kakak pun takpa. Tapi adik jenis sayu sikit walaupun nampak keras hati. Kalau ibu cubit dia tanpa ibu tinggikan suara pun, dia dah tercebek-cebek menahan tangis.


Abang lebih menunjukkan kasih sayang berbanding adik. Sebelum dia tidur, mesti dia akan kiss adik dan kakak dulu. Adik nampak sedikit keras dan tak peduli apatah lagi kalau dia dah ada mainan beroda! Kalau takdak, ikan pun dia buat macam kereta..


Abang nampak tamak tapi kalau dipujuk dia mudah memberi. Ni ibu risau jugak. Kalau ada benda/mainan dia, semua dia nak angkut termasuk yang adik punya. Penuh tangan dia pegang. Adik pula jenis kenal harta dia. Kalau dah yang satu tu dia pegang, jangan orang lain ambik. Kang ada yang kena tumbuk. Jangan nanti komer berebut awek sudah!

Adik lebih lasak berbanding abang. Larian adik laju dan steady. Abang punya lari hahahaha nampak berat bontot tertinggal kat belakang. Abang kalau lari, tak sampai 5 langkah mesti dah tergolek terebah! Kalau bab main, sepak bola, melompat dan apa saja yang lasak, adik memang menang setakat ni.

Adik banyak akal. Kalau dia ada buat salah, cepat-cepat dia datang minta nak 'amin' (bersalam). Lepas tu dia lari. Kalau dia nampak ibu nak marah, dia tersengeh-sengeh sumbing sebut "ibu...ibu...tenyum-tenyum" dan dia senyum sampai sepet mata ikut nada iklan susu Everyday. Abang pun sama banyak idea. Kalau dia nak buat sesuatu yang ibu halang, nampak kembang kempis hidung dia cari jalan nak buat macamana. Mula la dia pusing sana sini nak jugak sampaikan hajat dia.

Alhamdulillah, sejak masuk umur 2 tahun, abang dan adik dah tak demam yang serius lagi. Dulu, hanya Allah sajalah yang tau. Kalau adik selsema, ibu dah mula cuak. 2 hari lepas tu mesti adik kena batuk-batuk yang teruk dan perlu ambik gas. Abang dah pandai buang hingus!


Moga ibu dan ayah terus sihat dan kuat untuk membesarkan amanah Allah yang tak ternilai ni.



Related Posts with Thumbnails