Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, February 28, 2013

#Buat baik dibalas baik.

Assalamualaikum.


Sabtu lepas, ibu ditugaskan untuk mengajar kursus pendek di kolej. Kursus yang ibu ajar adalah Kursus Pembinaan Blog. Seronok sangat ibu dapat berkongsi pengalaman dan maklumat berblog kepada peserta. Tapi lepas ajar kursus blog, blog ibu tak berupdate! Apa kes ni? hahahaha

Dah hampir 2 minggu juga ibu menjinakkan diri dalam bisnes online. Saja-saja mencuba. Dari 'melengung' tak tau nak buat apa, baik ibu meniaga kan? hahahaha. Rupanya memang best bisnes online ni, publish saja kat page dan blog, dah ada orang order. Dah ada yang di pos pun pada customer. 

Yang bestnya lagi, lepas ibu mula bina page kedai ibu di FB, dah ada kawan ibu pun berminat nak buat sama bisnes online, tanya cara nak create page dan nak promote itu ini. Walaupun ibu masih baru, tapi dapatlah kami bertukar-tukar pengetahuan masing-masing. 

Seronokkan bila apa yang kita buat dapat encourage orang lain untuk buat sama, tapi benda yang baik laaa...ok! Jangan nak seronok pulak perkara tak baik kita yang diikutkan orang, contohnya kalau sikap suka 'kuntau' kita yang dijadikan contoh teladan. Menjawab la nanti...

Ok, kisah lain.

Dalam minggu lepas, ibu dan kawan ibu lunch agak lewat. Dalam pukul 2++ kot baru  kami keluar makan. Selesaikan beberapa urusan penting di luar, kami pun menuju ke Tesco Sri Alam untuk makan memandangkan kat sana ada foodcourt serta restoran dengan pelbagai pilihan makanan. 

Parking kami bersebelahan pintu keluar/masuk sebuah restoran di dalam tesco. Masa mula parking, kawan ibu ni dah bersuara.

"Kiyah, kalau la aku jahat kan.." sambil matanya terus memandang ke sebuah kereta di hadapan yang membontoti kami.

Huhuhu..kalau la ibu ni orang jahat kan? Memang terbaik lah. Dah selamat dah kereta tu ibu kerjakan. Kalau laa...tapi ibu dan kawan ibu ni memang orang-orang baik-baik belaka (hahahaha..puji diri memang tak boleh kurang ya!?)

Tau apa yang terjadi kat kereta tu? Pemiliknya telah meninggalkan kunci kereta di bonet keretanya, tergantung cantik saja. Kalau  kereta kancil, ok la. Ni Honda City! Baru pulak tu. Kalau bawak seround dua dulu pun, bukan orang tau pun hahahahaha

Mujur akal masing-masing masih waras, lepas berbincang nak buat apa, ibu pun keluar dan mencabut kunci tersebut. Kami berdua masuk dan terus menuju ke Information Center. Bagitau staff yang ada kat situ dan minta depa buat pengumuman minta pemiliknya datang tuntut kunci kat situ.

Kunci yang berjaya diselamatkan.


Kami berdua dok meneka jantina pemilik kereta tu, lelaki atau perempuan. Tunggu jugak la kot pemilik dia nak mai ambik, tapi tak dak. Akhirnya kami tinggalkan kunci tu kepada staff Tesco selepas berpesan macam-macam. Takut kang, ada pulak yang tak bertanggungjawab mengaku kereta tu kereta dia pulak. Dari orang lain yang ambik, baik kami yang ambik kan? hahahahaha Iblis memang sentiasa menggoda!

Dan kami berdua pun menuju ke sebuah restoran yang ada di dalam tu untuk makan tengahari.

Selesai pilih lauk dan letak pinggan di meja, ibu bergerak nak basuh tangan. Ibu berselisih dengan seorang lelaki yang menegur kawannya, "tadi ada orang umum kereta Jxx 7xx ke kaunter, tak dengar ka?".

Dasar kepochi yang menebal dalam diri, ibu tak dapat menahan mulut untuk berkata-kata dan terus menyampuk, "OoooOo...kereta cik ek yang Jxx 7xx yang parking kat depan tu. Tadi, cik tertinggal kunci kat bonet. Saya ambik dan hantar ke kaunter Tesco suruh buat pengumuman".


Plat number di'pink'kan demi menjaga kerahsiaan pemilik.


Tuan punya kereta tu beristigfar. Isteri dan anak perempuan (rasanya la) bercakap sesama sendiri. Rupanya, kereta itu dipandu oleh anaknya yang lain. Ibu malas nak menunjukkan prihatin ibu yang berlebihan dalam perbincangan keluarga mereka, ibu pun berlalu untuk mengisi perut ibu yang sudah rancak berdondang sayang mintak diisi. 

Sambil makan, sambil mata menjeling dan memasang telinga, akhirnya pemilik kereta berjaya dikesan. Lelaki rupanya! Kalau pompuan yang buat cam gitu, mesti dah kena kutuk. Careless la, tak boleh harap la. bla..blaa..bla.. semua statement yang keluar pastinya merendahkan keupayaan wanita. Sangat double standard. Padahal lelaki pun sama! (Eh! emosi tetiba)

Oklah, tuan kereta dah ditemui, kami pun dah siap makan. Dah selesaikan. Lepas cuci tangan ibu pun ke kaunter nak bayar harga makanan. Ibu pun hulur resit yang telah diberi. 

"oOoo..kakak yang duduk kat situ ya. Tak payah bayar. Sudah dibayar tadi". Kakak kaunter tu buat ibu tersenyum.

"Orang yang tadi tu tolong bayarkan ek. Alhamdulillah", suka ibu, maklumlah masa tu dah hujung-hujung bulan menunggu gaji. Kawan ibu yang qeueu kat belakang pun tergelak.

"Bos yang bayarkan tadi kak", celah seorang lelaki yang memakai apron, mesti pekerja restoran tu.

"Laaa...kereta bos ka?!". Alkisahnya. Lepas berterima kasih, kami pun berlalu ke parking kereta. 

Masuk dalam kereta ibu terus bersuara pada kawan ibu, "Dia tak mau ambik kita jadi anak angkat dia ka? Boleh makan free selalu". Hahahahaha...impian bukan main! Kami bergelak sakan dan terus membuat andaian masing-masing. Rugi ambik lauk tempe saja. Kalau tau, mau kami belasah ayam penyet ka, ikan patin ka. Kalau tau la kan......

Kemudian, kami berdua kembali sedar. Takpa, ikhlas tu penting kan. Allah tahu kita buat bukan untuk balasan, semua kerana tanggungjawab. Tapi kalau orang nak membalas kebaikan kita, maka berlapang dada lah menerima seadanya. Kalau dah demand segala bagai, itu dah meminta namanya kan?

Buat baik, pasti dibalas baik. Ada yang buat baik dibalas tak baik. Ibu dah pernah kena pun, berkali-kali. Walaupun kita buat baik dengan orang, tetap tuba yang diberi. Tak pa la, sebab Allah Maha Mengatahui dan sudah pasti ada ganjaran dari pihak-Nya walaupun sesama manusia tak menghargai (^_^).

 Sila ingat, inilah muka 2 orang yang baik itu (suka puji diri sendiri kan!?)
Gambar tahun lepas masa kursus kat UTM (Dari FB Kak Yani).
Wajah kami tak berubah cuma makin cantik saja (puji lagi) hahahahahha

Monday, February 25, 2013

#Sticky mode : Tudung comel-comel (entry baru kat bawah)


Assalamualaikum.
Anda peminat bawal. 
Jom jamu mata, kalau ada yang berkenan, jangan malu jangan segan. 
Inbox me :  
tulip_putihh@yahoo.com


Bawal Tone Besar ( Bidang 55) - RM23 (w/o postage)

  

Bawal Plain Leopard Frame (Bidang 45) - RM28 (w/o postage)

 

Bawal Tone Leopard Frame (Bidang 45) - RM30 (w/o postage)

 

Bawal Plain Polkodot Frame (Bidang 45) - RM25 (w/o postage)


Bawal Tone Polkodot Frame (Bidang 45) - RM28 (w/o postage)



Beli 2 helai ke atas, FREE POSTAGE!
harga boleh runding (^_^)

inbox me for further discussion:
tulip_putihh@yahoo.com 

TQ!

Saturday, February 23, 2013

#Kursus blog

Selamat belajar!!

Friday, February 22, 2013

#Palestin - terima kasih pada yang peduli.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, sebahagian yang ibu hajatkan selama ini telah berjaya ibu tunaikan. Banyak lagi sebenarnya perancangan yang ada di dalam minda ibu. Walaupun banyak halangan kuasa manusia yang sengaja didatangkan kepada ibu, siapa kita untuk menidakkan kehendak Allah Taala. Jika niat yang baik, dilakukan dengan cara yang baik pasti Allah akan memudahkan segala yang sengaja disukarkan itu.

Sudah lama ibu berbincang dengan rakan ibu yang sama-sama menjadi AJK Biro Kerohanian kelab kebajikan di opis ibu untuk menganjurkan ceramah berkenaan Palestin di sini. Ibu memulakan langkah menghubungi Aqsa Syarif. Lepas email sana- sini, call orang itu orang ini seorang sukarelawan dari Pasir Gudang yang telah pergi ke Gaza mengikuti misi bantuan di sana telah bersetuju untuk berkongsi pengalamannya di sana di dalam majlis ini.

Niat asal, ibu hanya ingin majlis yang sederhana menggunakan harta kerajaan yang sedia ada tanpa perlu menghabiskan duit kerajaan untuk sewa khemah dan segala bagai. Namun, 2 hari sebelum program rakan ibu memaklumkan EO mencadangkan agar majlis di buat di bawah khemah kerana bimbang dewan tak muat. Ibu iyakan saja kalau ada yang sudi berlebih, tapi kalau tak disediakan semua itu pun, tak menjadi masalah langsung pun.

Program yang asalnya kecik telah menjadi besar bila disekalikan dengan Sambutan Maulidurrasul walaupun sekarang sudah masuk Jamadilakhir. Itu bukan perkara pelik, memang sepatunya pun sepanjang masa kita perlu mengingati baginda.

Persediaan majlis bermula. Terima kasih buat anak-anak murid JPP yang bertungkus-lumus menyusun atur pentas, segala meja hadiah dan susun atur kerusi meja. Urusan makan, hadiah dan segalanya diuruskan dengan baik dan lancar oleh kawan-kawan ibu walaupun semuanya diputuskan disaat-saat akhir.

Jam 9 pagi, pelajar berarak menuju ke khemah yang disediakan. Selesai berarak dan selawat, majlis diteruskan dengan ucapan pendek dan bacaan yasin. Berdebar jugak ibu tunggu tetamu ibu ni tak sampai-sampai lagi. Orang dah mula tanya mana penceramahnya? hehehe

Alhamdulillah, sedang elok selesai bacaan yasin, tetamu ibu pun sampai. Bertemu jua dengan En Md Nor Azan (sukarelawan Aqsa Syarif) yang sebelum ini ibu hubungi melalui telefon sahaja. Siapkan laptop dan projector, penceramah pun mengambil tempat dan memulakan bicara.

Sesi di khemah sebelum ibu 'gila kuasa'.


Tak sampai 5 minit ceramah, ibu dah tak senang duduk. Slaid yang dipancarkan tak nampak bila suasana cerah.  Terus dengan ala 'gila kuasa' (lantak la!), ibu bagitau kawan ibu untuk ubah majlis ke dalam dewan seperti perancangan asal. Ibu masuk dewan, buka aircon dan lampu. 

Ibu mohon maaf dan maklumkan pada penceramah untuk berpindah. Beliau tak kisah. Anak-anak murid semua bersorak gembira sebab depa sebenarnya dah kepanasan dan langsung tak nampak apa yang di tayang! Mujur aksi 'gila kuasa' ibu bertempat hehehehe


Pelajar dan staf di dalam dewan. Gelap sebab tutup lampu untuk tayangan video.

Sesi perkongsian di dalam dewan berjalan dengan lancar. Pada ibu, nak pi sendiri, tak taulah bila. Tak tau la ibu cukup kuat atau tak. Mampu wang, inshaa Allah ada. Tapi mampu untuk meninggalkan anak-anak dan keluarga yang ibu tak cukup lagi. Takut rasanya, kalau pergi ke sana terus tak kembali lagi.  Atau mungkin ibu takut mati sebenarnya. Yang pasti ibu kagum dengan kekuatan semangat yang dimiliki oleh para sukarelawan yang ke sana.


Mujur ada mock check lama. Recycle saja. TQ pada yang tukang tampal!


Di akhir majlis, EO menjadi wakil menyerahkan wang kutipan tabung Gaza yang telah dilancarkan di peringkat kolej. Alhamdulillah, walaupun tak seberapa dapatlah RM700 dan ada lagi tambahan  di saat-saat akhir sebelum sampul wang sebenar diserahkan kepada En. Azan. 

Terima kasih ibu ucapkan kepada semua yang bekerja dan yang hadir memeriahkan suasana. Program ini asalnya ibu rancang se'simple' mungkin telah bertukar kepada majlis yang lebih indah dan meriah dengan kerjasama banyak pihak. Ada majlis penyampaian hadiah pada kumpulan terbaik perarakan dan dimeriahkan lagi dengan hadiah kelab kebajikan kepada staf yang baru berkahwin dan mendapat anak.

Meriah sebab ramai anak murid tolong bersorak dan tepuk tangan! hehehehe

Bersama rakan se'ajk' ibu, Hairul dan En Azan usai ceramah.

Walau dalam apa keadaan sekali pun, dengan kekuatan dan sokongan yang ada, ibu akan terus melakukan sesuatu untuk kebaikan semua, inshaa Allah. Ibu tak kaya untuk jihad harta, moga jihad ibu dengan tenaga dan idea ini mendapat keredhaan Allah sebagai bekalan ibu di sana.

Doakan moga ibu terus kuat semangat ya! 

Misi memboikot McD masih berjalan dan berjaya setakat ini. Anda macamana?

Wednesday, February 20, 2013

# Jumpa sahabat lama

Assalamualaikum.

Hampir terlupa nak blogkan kisah ini. Pertemuan singkat dengan sahabat se-universiti dan se-KEMBARA ibu. Senior yang macam tak senior pun hahahaha. Tapi ibu tetap respect dia seperti seorang 'abang' walaupun ibu tak pernah panggil dia dengan permulaan abang.

Jap, nak imagine kalau ibu panggil sahabat ibu ni dengan panggilan Abang Jue..hahahaha macam mau putus urat pankreas ibu bergelak dan digelakkan! 

Masa cuti panjang Januari lepas (Maulidurrasul + Thaipusam), sahabat ibu ni ada datang ke Johor. Ingatkan dah tak jadi nak mai JB sebab sunyi jer, sekali dah sampai baru sms :
 

"CK, aku dah sampai JB. Duk kat Tune Hotel. Dimanakah anda. mau belanja aku tak?".
Mujur ibu tak balik Singapore lagi. Ayah pulak tengah off. Oklah, lambat sikit masuk Singapore. Kalau niat baik, Allah pasti buka jalankan, in shaa Allah.  So, alang-alang ibu nak balik oversea sana, ibu pun ajakla jumpa kat JB saja. Dia pun baru sampai, ibu pun senang. Lepas jumpa terus masuk CIQ.

Janji di atur. Kami akan berjumpa di Dataran Bandaraya JB. Sesungguhnya, ibu baru tau namanya. Ibu panggil dataran yang ada jam besaq saja hehehe. Jue ada GPS, senang la dia cari tempatnya. Walaupun dah hampir 5 tahun ibu jadi warga Johor, inilah baru kali pertama ibu akan menjejakkan kaki kat dataran ni. 2 kali pusing jugak nak cari entrance ^_^

Dari jauh, ibu dah nampak susuk tubuh yang lansing itu! Tengah dok bergambar dengan anak-anaknya. Kak Sally (nama mau bagi glemer ya kak!) tengah pegang camera terus snap gambar ibu sekeluarga. Bertahun kami tak jumpa. Last rasanya masa depa kahwin tahun 2003 ke 2004 ek? Lupa la pulak. Yang pasti ko tetap kering dan keding...
 

Lepas salam-salam dan peluk cium, anak-anak penyambung persahabatan kami dipaksa bergambar bagaikan tangga di tangga. Lepas tu, ayah bagi cadangan makan kat Benafee Cafe. Katanya dok tengok FB kawan-kawan dia makan kat situ macam best. Oklah, give a try katanya. Kami pun bergerak ke tempat pilihan ayah.
 

Makan-makan dan sembang-sembang. Tapi tak serupa kan gosip masa zaman remaja dulu. Masing-masing kalut dengan anak-anak hahaha. Ibu yang kalut dengan twin yang bagai burung terlepas dari sangkar. Maklumla, selama ni asyik makan kat rumah. Sekali dapat makan kat kedai, dia punya graf aktif tu, perghhhh..

Walaupun singkat pertemuan, jadilah kan. Masa berubah. Kalau dulu tak dak masalah nak lepak sampai larut malam tepi longkang, tak puas sambung ke cafe pulak. Nyanyi-nyanyi sambil main gitar walaupun sumbang. Bosan, masuk hutan trekking tengah malam walaupun esok ada final exam!

Camping yang banyak kenangan dari mula sampai la nak balik ke KL.

Saja ibu tampalkan gambar kenangan xpdc santai terakhir kami bersama-sama. Masa ni kami semua dah kerja. Cuti Chinese New Year, kami janji ramai-ramai nak camping lepak di Baha Camp Jelawang Jungle. Sapa yang kaki panjat gunung, pasti tau tempat ni kat mana. 

Masihkan korang ingat, lepas makan malam menu ayam bakaq tu malam tu, di dalam gelap ditemani cahaya lampu camping gas tu, ramai yang buat pengakuan dan declare akan menamatkan zaman bujang! Lepas sorang, sorang...kenangan.


Dan ini gambar terkini Jue bersama isteri dan anak-anaknya. Walaupun dia kahwin dulu, tapi ibu tetap menang dari segi bilangan anak hahahaha..sebab ibu berjaya potong di corner!

Kenangan  memang sentiasa indah bila dikenang. Aku rindu korang!

Sumber gambar adalah dari koleksi Jue! Gua cilok ekkk  ^_^

Tuesday, February 19, 2013

#Pizza

Assalamualaikum.

Sejak ada magic pan ni, memang ibu suka buat pizza. Senang dan mudah. Cumanya, kalau penyakit M menyinggah, yang mudah dan senang pun terpaksa mengalah!

Ada kawan-kawan yang minta ibu sharekan resepi nak buat pizza dalam magic pan ni. Sebetulnya, ibu tak lah terror sangat pun. Sebab ibu sendiri pun suka try and error. Luckily, percubaan ibu berhasil. Itu saja... hehehe

Ada yang dok cerita, doh pizza tak menjadi. Errmm...ibu pun sebenarnya tak pakar. Ibu google resepi dan ingat petua dan pesan maktok saja. Masa maktok buat dulu, ibu dok tepi jeling-jeling saja. La ni baru nak praktis, mujuq menjadi!

Seperti biasa, resepi ibu adalah agak-agak saja. Sukatan adalah sesuka rasa. Sukatan yang ibu bagi ni adalah untuk 2 adults dan 3 kids makan. Size magic pan ibu yang besar tu, 32 cm kot.

Ini adalah langkah kerja yang ibu amalkan setiap kali buat pizza. Kalau tak nak ikut pun tak pa. Buat la ikut kesesuaian anda masing-masing ya.

1. Ibu guna 3 sudu kfc yis kering (mauripan). Masuk dalam mangkuk yang kering. Secawan air suam (suam kuku, jangan terlalu panas) ibu campur dengan gula (dalam 2 1/2 sudu besar). Lepas tu tuang dalam mangkuk yang ada yis tadi dan kacau sebati. Lepas tu biarkan selama 10-15 minit.  Kalau yis tadi hidup, dia akan berbuih selepas dibiarkan dalam 5-6 minit. Kalau tak berbuih, sila bancuh lain hehehe

2. Ibu rebus 5 batang sosej. Sambil tunggu sosej mendidih, ibu prepare untuk doh.

3. Ibu guna 2  cawan  tepung (cawan plastik IKEA warna warni). Masukkan 5 scoops susu tepung (belasah susu baby hahaha), 2 sudu minyak masak (ganti majerin) dan air garam (agak-agakla). Kemudian ibu gaul dulu.

4. Bila yis dah kembang, campurkan dalam tepung dan gaul. Agak-agak la agar tak terlalu lembik atau keras. Ibu suka lembik-lembik ala-ala melekat kat tangan masa uli sebab nanti doh pizza lagi lembut. Ada yang letak lemak sayuran tapi ibu tak guna pun.

5. Bila dah siap adun, tinggalkan doh dalam 30 minit supaya ia naik. Ibu tutup dengan kain lembab dan letak di atas periuk yang berisi air panas (konon nak cepatkan pengembangan heehehe).

5. Bila dah naik, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin (petua). Kemudian, ibu angkat saja doh dan tempekkan di atas magic pan yang sudah di sapu dengan sedikit butter/majerin. Ratakan dan tarik-tarik doh mengikut size pan anda yer puan-puan.

6. Ambik garpu, cucuk-cucuk sikit doh yang telah anda ratakan tadi (petua jugak). Ibu guna balance kuah spagetti (lengkap tomato, mushroom dan daging) dan taburkan di atas doh. Kalau tak dak, anda boleh sapu tomato puree di atasnya. Lepas tu susun sosej di atasnya. Last sekali taburlah cheese. Ibu guna cheese yang 4 segi tu (apa yang ada), terpaksalah gunting dulu then baru tabur...




7. Api mesti slow. Kalau kuat nanti kat tengah hangit. Ibu tinggikan sikit para dapur tu untuk dapatkan api yang sekata (kononnya la) dan berjaya hehehe. 5 minit pertama, ibu biarkan pan tu terbuka, lepas tu ibu tutup untuk 10 minit yang seterusnya.

Masak dalam 15 - 20 minit sahaja. Pizza kita dah masak pun. 



Sebenarnya, untuk inti pizza ni terpulang pada kita nak letak apa pun. Kalau dulu, ibu masak dulu intinya. Segala sayur-sayuran (nenas, cili bangala, tomato, mushroom) dan sosej ibu tumis sedikit dengan rempah kari dan masak hingga sebati. Kemudian tabur di atas doh dan last sekali tabur cheese.

Memasak ni mudah sebenarnya (kalau tak dak sakit M). Itu pun kalau kita tak payahkannya dengan prosedur yang ntah apa-apa ntah, bertambah payah lagi kalau sakit malas pun bertambah. Pada ibu, asalkan cukup rasa dan kena dengan tekak kita sekeluarga, ok la tewww....iya dak?

Nak dengan tak nak saja....

Monday, February 18, 2013

#Petua - Untuk saluran jantung yang sihat.

Assalamualaikum.

Hari ini ibu nak sharing satu ramuan kesihatan yang mudah untuk disediakan. Mudah dan sedap. Tapi tidak la sesedap minum air coke atau milo ais. Sedap ala-ala ubat la kan.

Bahan-bahan untuk buat ramuan kesihatan ni mudah diperolehi. Harga pun tak mahal. Bahan mudah seperti bawang putih, halia, madu, lemon dan cuka epal. Simple kan!




Mai ibu kongsikan dulu kebaikan ramuan ini dulu dengan anda semua. Menurut email yang diforwadkan oleh Kak Da (kawan chat ibu), ianya adalah untuk membuka laluan vein jantung kita. Kalau senang bahasa kampung, membuka laluan salur darah ke jantung. Kalau ada saluran darah yang tersumbat dengan lemak dan kolestrol, itu yang boleh membuatkan kita mendapat serangan jantung (nauzubillah) atau sebagainya.

Menurut cerita di dalam email lagi, ramuan ini telah diamalkan oleh seorang pesakit jantung yang akan menjalani rawatan Angiography  atau Bypass setelah doktor mengesahkan 3 arteri beliau telah tersumbat.

Sebulan sebelum rawatan bypass dijalankan, beliau telah mengamalkan ramuan ini, yang diperolehi dari seorang doktor auyerveda. Sehari sebelum beliau menjalani pembedahan, doktor telah mengesahkan bahawa saluran arteri beliau telah kembali normal dan tidak perlu menjalani apa-apa pembedahan lagi.

Sesungguhnya, Allah juga yang memberikan kesembuhan.

Cara-cara menyediakan ramuan ini mudah saja. Bab sukatan ibu tak pasti, sebab ibu jenis agak-agak saja sukatannya.

1. Halia - kikis kulit halia.  Halia ni pedas dan panas rasanya, jadi kalau pertama kali nak cuba, jangan terlalu banyak. Kalau size macam gambar kat atas pun dah ok. 

2. Bawang putih - Buangkan kulit dan bersihkan. Bawang putih banyak takpa, sebab sedap hehehe. Tapi jangan terlebih banyak pulak, kang mulut bau bawang putih hehehe.

3. Halia dan bawang putih dikisar untuk ambil jusnya. Ibu campur dua bahan ni dan blend sekali bersama 2 cawan air. Lepas tu, tapis guna kain untuk pastikan jusnya saja yang diperolehi.

4. Masukkan dalam periuk, tambah 1 cawan cuka epal.

5. Perah lemon sehingga dapat 1 cawan jus jugak. Campurkan sekali di dalam periuk bersama bahan-bahan tadi.

6. Reneh di atas api yang perlahan sehingga sukatan menjadi 3 cawan (agak-agak la). Ibu kacau lebih kurang setengah jam untuk elakkan ramuan mendidih.

7. Bila dah siap. Sejukkan dulu bahan-bahan tadi. 

8. Setelah sejuk, ibu masukkan dalam jag (senang untuk acara membotol nanti). Campur 3 cawan madu di dalam bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam botol kaca (ibu guna botol sos cili besaq).

Alhamdulillah, ibu dah buat dan dapat 2 botol setengah ramuan ni dan di simpan di dalam peti ais. Pagi-pagi, minum 2-3 sudu sebelum sarapan (perut kosong) setiap hari. Sudu yang digunakan mestilah sudu plastik / kaca atau kayu. Jangan sesekali guna sudu besi (mungkin kerana madu, dikhuatiri khasiat madu hilang bila bertindak balas dengan besi).

Ibu pun baru nak amalkan. Walaupun ibu tiada masalah jantung (alhamdulillah, setakat ini), ibu tergerak nak mengamalkannya demi masa depan. Baik mencegah awal sebelum apa-apakan. Takkan nak tunggu saluran darah betul-betul tersumbat, baru nak berubat. Bak kata orang putih, prevention is better than cure, ya dak?

Jadi, kepada anda yang sayangkan jantung anda, yuk sama-sama kita mencuba. Kalau ada saudara-mara kita yang mempunyai masalah jantung, cubalah diamalkan. Manalah tau, dengan izin Allah, mungkin ada kesembuhan. Kita berusahakan....

# Ibu tak pasti ramuan ini boleh diamalkan oleh ibu mengandung atau tak. Sila dapatkan nasihat doktor dulu ya!

Sekian, selamat mencuba!
 

Friday, February 15, 2013

kesempurnaan diri

Assalamualaikum.

Pernah dengar pasal Teori Maslow? Sapa yang kerja cikgu mesti pernah dengarkan! Pada yang dah lupa, mai ibu kongsikan sedikit apa yang disebut di dalam teori ini.

Teori ini menerangkan tentang beberapa keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap manusia supaya kita dapat merasakan kesempurnaan hidup atau kepuasan diri terutamanya kepuasan kerja dan keseronokan yang diperolehi semasa menjalankan sesuatu kerja.




Abraham Maslow (pengasas teori) menekankan kepada pengiktirafan dan penghargaan sebagai faktor paling atas atau mudahnya terpenting di dalam kepuasan kerja, selain beberapa keperluan lain yang perlu dipenuhi (rujuk gambarajah).

Dulu ibu hanya belajar akan teori ini. Ibu pelik, apa gunanya kita perlu belajar akan semua ilmu humanistik ni. Masa tu akal tak terjangkau lagi macamana nak aplikasikan segala bagai teori ciptaan manusia ini. Makin lama ibu kerja, makin ibu memahami. Makin lama ibu jadi pendidik,makin ibu tahu kenapa cikgu di ajar dengan segala ilmu kemanusiaan ini.

Sungguh! Penghargaan yang diterima akan menyebabkan kita rasa puas selepas selesai sesuatu kerja atau tugas. Walaupun hanya dengan 'good job' dan terima kasih, tak perlu puji melebih. Bila terlebih puji, itu dah jadi membodek dan dah tak ikhlas.

Setahun lebih, ibu hanya kerja-kerja 'ringan' saja. Datang opis, masuk kelas mengajar, marking tugasan, semak kertas jawapan, mengalut depan pc dan cukup time balik. Sungguh tenang dan lega sekali hehehehehe

Dah lama ibu tak rasa serabut kepala nak hadir miting, nak berbengkel berhari-hari, jenuh pening nak fikirkan hal uruskan hal anak bila ibu kena outstation. Sungguh besar nikmat yang Allah bagi buat ibu kini. 

Kalau dulu, segala masalah pelajar ibu yang kena fikirkan. Majikan mengamuk dengan students, ibu yang tadah muka minta ampun. Majikan mambu students kot telefon, ibu yang kena mengaku salah dan mohon peluang kedua atau ketiga buat mereka. Letih bila segala masalah manusia lain, kita yang kena tanggung.

Langsung tiada penghargaan yang ibu terima walaupun ibu mampu menyelesaikan masalah orang lain. Sedih? Ada juga sekali sekala, tapi ibu positifkan diri. Ibu tanam dalam hati, ibu perlu berbangga dengan apa yang ibu buat walaupun tidak ada yang menyedari.

Hari ini, ibu berjumpa dengan rakan lama. Setelah sekian lama tak bersua, kami saling menyapa dan bertanya khabar. Seperti dijangka, perkataan 'awak makin sombong' pasti akan terpancul dari mulutnya. Ibu senyum seperti biasa kerana ibu sudah terbiasa dengan ayat-ayat panas dari bibirnya. Ramai yang tak tahan tapi ibu sentiasa ok saja melayan dari dulu.

Kami sembang tak panjang kerana ibu ada urusan. Sebelum berlalu dia sempat berbisik kepada ibu, "Takpa, mereka tak nampak kekuatan awak!".  Ringkas tapi penuh makna, Bersungguh nadanya sambil tersenyum merenung mata ibu. Tiba-tiba ibu merasakan satu kepuasan dalam hidup yang tak mampu ibu ceritakan. Sayu hati kerana ada yang menghargai.

Hari ini, ibu mengakui bahawa apa yang Maslow teorikan selama ini adalah benar. Penghargaan seperti pujian adalah peringkat tertinggi yang melengkapkan kesempurnaan sebuah kehidupan. Walaupun ianya agak lewat di ucapkan.....

Terima kasih!

Thursday, February 14, 2013

Kisah CNY 2013

Assalamualaikum.

Sihat ka semua? Masing-masing lama bercuti kan. Ada yang sekolah masih lagi cuti. Seronokla depa cuti sakan. Tapi nanti kena la sekolah gantikan? hehehehhe

Alhamdulillah, cuti Chinese New Year (CNY) tahun ni, ibu sekeluarga masih berpeluang bercuti  dan dapat bertemu ramai sanak saudara. Tahun lepas, percutian ibu dan anak-anak tanpa ayah penuh dengan cabaran di sepanjang perjalanan nak balik ke Kedah. Kalau nak baca pengalaman lawak dan mencabar ibu masa cuti CNY tahun lepas, klik kat sini

Tahun ni, ibu berpeluang menghabiskan cuti CNY yang panjang dengan meriahnya. Tahun lepas, adik bestfriend ibu kawen, tahun ni sepupu ibu pulak yang kawen. Berbulan-bulan sebelum tu, maktok dah peringat kat ibu akan majlis pakndak (adik abah) yang akan berlangsung di Sri Gombak. Ibu memang tak berani nak janji awal. Ibu mungkin boleh cuti tapi ayah, ibu tak pasti. Harap semua faham dengan kerja ayah yang selalu ibu kategorikan sebagai tak berdunia dengan orang.

2 minggu sebelum CNY, ibu tanya jadual kerja ayah. Memang rezeki ibu, ayah punya off day mula 8 Februari (hari kenduri), 3 hari pulak tu! Canteekkkk. Ibu siap warning ayah, jangan buat OT! kehkehkeh. Jom kita pi kenduri pakndak sambil kenai adik beradik ibu. Almaklumlah, ayah ni tersangat jarang jumpa sanak saudara ibu dan kurang kenal sangat dengan depa. So, ini lah masanya.

Cabaran bermula. 8 Februari (Sabtu) adalah majlis nikah dan kenduri. 7 Februari (Jumaat), ayah kerja shift petang dan akan berakhir pukul 12 malam. Nak jadi hal, flight banyak delay, kerja ayah banyak badlog, terpaksa ayah overtime. Ayah OT sampai pukul 2. Pukul 3.30 pagi baru sampai rumah. Ibu dah plan nak bertolak jam 5 pagi.

Ayah sampai saja rumah, ibu dah suruh dia siap-siap. Ibu pun bangun, mandi dan siapkan apa yang perlu. Elok pukul 5 pagi, kami sekeluarga dah berada di atas jalanraya. Abah call bagitau, depa (adik beradik ibu) pun baru bertolak jugak dari rumah abang di Bandar Baru Kulim.

Seperti biasa, hiway sudah sesak dengan kereta walaupun baru pukul 5 pagi. Ibu berhenti di Petronas Skudai (sebelum tol) untuk top up Touch and Go dan memborong waffel buat anak-anak. Berhenti solat Subuh di Machap dalam jam 6.30 pagi. 

Abang call, janji nak jumpa di Tol Kajang sebab nak ambik adik ibu yang belajar kat UniKL Kajang sana. Just nice kata orang putih, kami sampai berselang hanya lebih kurang 5 minit saja. Lepas ambik adik ibu, kami teruskan perjalanan ke Sri Gombak. Ibu memang buta dengan jalan KL, maka adik ibu pun mengambil alih stereng dan ibu pun dapatlah bersenang-senang dibelakang.

Lokasi akad nikah dan kenduri di Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak. Hantar maktok dan abah sebagai wakil untuk tengok akad nikah, kami semua bergerak ke rumah Jang (sepupu ibu yang berjiran dengan pak ndak) untuk acara mandi manda anak-anak.

Pukul 1 baru kami bertolak ke masjid. Ibu suka konsep Masjid Al-Khairiyah ni. Di atas masjid, di bawah di buat ruang dewan dan ada beberapa bilik. Salah satu bilik adalah bilik pernikahan.Bilik tu boleh digunakan untuk buat pelamin segala bagai. Kat luar bilik adalah ruang dewan makan. 

Danie (anak jawa) dan nabila (sepupu ibu, mix anak mami)

Majlis yang simple dan meriah. Adik beradik abah semua ada kecuali Paktam Din (maktam tunggu hari nak bersalin) dan Paknjang Di (adakah melarikan diri?). Anak cucu abah complete hadir kenduri  kali ni. Satu rekod tu!

Apalagi yang dibuat kalau dah ramai-ramai bertemu. Selain makan dan makan, bergambar, kami bersembang berkongsi macam-macam cerita. Ada yang sampai ibu melopong  mendengarnya. Sungguh unsangkareable!

Apapun, percutian kali ni bermakna. Bukan setakat makan kenduri dan dapat bermesra, tapi esoknya ada lagi aktiviti yang meriah yang kami buat sama-sama. Seperti biasa, kalau rajin ibu akan tuliskan kat sini sebagai catatan kenangan ibu sekeluarga. Kalau rajin laa...kalau malas? U all pun tak kisah kan..;-)

Sekian, buat masa ini!

Thursday, February 7, 2013

Membeli belah untuk anak-anak

Assalamualaikum.

Sejak sekian lama, ibu memang mengamalkan beli baju yang murah-murah saja untuk anak-anak. Kedekut? Mungkin ya. Terpulang kalau ada yang nak kata ibu berkira. 

Memang ibu agak berkira bab-bab membeli pakaian anak-anak. Sebab depa ni cepat membesar, beli mahai-mahai takkan nak buat baju basahan, mesti simpan nak buat jalan. Nak berjalan bukan hari-hari jalan. Simpan punya simpan, bila nak pakai dah tak muat atau sendat. Rugi kan?

Pada ibu, biar beli yang murah, belasah pakai sampai lunyai. Kalau nak pi jalan, beli baju pada harga yang lebih kurang. Buat la baju jalan-jalan. Dah tu boleh terus pakai jadi baju basahan. 

Nak lekat kuah spegeti, minyak, coklat atau apa sekali pun, tak lara hati menengoknya. Sebab di beli dengan harga yang murah. Kalau baju mahal..huhuuhu....menangis ibu memandangnya.

Ibu selalu beli baju anak-anak kat Jusco saja. Brand JBaby untuk twin dan JKids untuk kakak. Pada ibu, material yang digunakan sangat ok dan harga pun berpatutan dengan kualiti. Design cartoon pun cantik-cantik dan cute. Ada putih dan juga pelbagai warna.

Dulu sepasang pyjamas tangan panjang, harganya dalam RM8.90. Sekarang dah naik sikit tapi masih ok pada ibu.  Ada yang RM9.90 dan ada yang RM11.90. Kalau pyjamas JKids dalam RM13.90, itu pun selepas harga dah naik.

Baju untuk twin, memang selama ni ibu beli JBaby saja. Sepasang (singlet dan seluar) baru RM9.90. Dulu kalau tak salah ibu dalam RM7.90 saja  kot. Dah beranak kembar ni, apa nak dibeli kena double, jadi sangat sesuai la dengan ibu untuk bershopping baju depa di Jusco saja hehehehe

Kebiasaannya setiap 2 bulan, ibu akan ke Jusco untuk beli baju baru buat anak-anak. Baru-baru ni ibu ke sana. Abang dan adik masing-masing mendapat 2 pasang baju siang dan sepasang pyjamas manakala untuk kakak ibu belikan 2 pasang pyjamas. Harga untuk total 8 pasang baju tu cuma RM95.20. Ibu ambik seluar panjang untuk abang dan adik, harga sehelai RM45. Total semua RM185.20. Bayangkan kalau ibu beli BabyKiko atau OshKosh..hahahaha


Duta kecik Jbaby dan JKids beraksi dengan hasil tangkapan ibu yang terbaru.

Ada jugak ibu survey kat kedai-kedai biasa dan harga sedikit murah berbanding di Jusco. Cuma ibu tak berkenan dengan kain yang digunakan, rasanya separa kapas kot.  Agak panas untuk kanak-kanak yang tengah melasak ni.

Walaupun baju yang ibu beli murah-murah, anak-anak ibu tetap ada baju yang mahal-mahal. Tapi bukan ibu lah yang membelinya hahahaha. Sapa lagi kalau bukan nenek depa. ALhamdulillah, mujur ibu dapat mak mertua yang tak kisah berabis untuk cucu-cucu dan anak menantunya. Kalau gaji ibu dah berlebih sampai tak tau nak buat apa, ok la. Sehelai baju dah S$25, uhukkk. Nangis ibu nak beli 2. Tu baru baju saja...

Pernah ibu cakap kat nenek, tak payah la beli yang mahal-mahal. Pakainya jarang sekali. Asyik simpan dalam almari. Stok baju yang nenek beli tahun lepas pun ada lagi yang tak habis ibu pakaikan untuk kembar. Takkan baju 20 dollar nak buat baju harian! 

Nenek kata, tak pa la. Sekali sekala nenek belikan untuk cucu. Nak nampak cantik dan hensem punya pasal. Nenek suruh ibu pakaikan saja buat baju harian. Errkkk...tak tergamak. Ibu simpan, kalau ke depan dapat baby boy, boleh la pakaikan. Kalau tak, ibu sedekahkan la pada bakal anak-anak buah nanti hehehehe

Wednesday, February 6, 2013

Gelisah gelora jiwa kerana mu..

Assalamualaikum.

Tajuk saja ibu letak macam tu nak bagi nampak propa. Tapi sesungguhnya memang jiwa ibu sedang gelisah, masih mencari-cari jawapan dan tidak pasti dengan keputusan yang ibu nak buat. 

Banyak sungguh hasutan iblis dan syaitan. Sekejap hati nak ke sini, sekajap tukar la ke sana. Eh! Memang dalam keadaan serba tak kena. Kesian iblis dan syaitan yang selalu menjadi mangsa tuduhan padahal sendiri badan tak kuat iman!

Gelisah gelora jiwa ibu adalah tentang sekolah kakak untuk darjah 1 tahun hadapan. Dari tahun lepas ibu dah pening memikior mana nak ngantar kakak sekolah kelak. Pening ibu dok buat SWOT mencari yang terbaik buat anak-anak dan ibu juga. Macam nak masuk universiti, padahal darjah 1 saja pun. Ibu, memang sentiasa overkan! Ke ibu saja yang macam tu? hahahaha

Ibu pernah terfikir nak hantar kakak ke sekolah swasta tahfiz sebab sekolah tu complete akademik dan agama. Tak payah nak tukar baju, tukar beg. Ibu pun mudah, ngantor pagi, petang nanti baru jemput balik. 

Tapi biasalah, bila masuk sekolah swasta, yuran sebulan moreless RM200. Tak tambah duit poket dan lain-lain hal lagi. Tapi bila memikirkan ilmu yang akan diperolehi, apa sangat lah kalau nak berhabiskan. Mesti Allah akan bagi je rezeki kalau niat kita mencari keredhaan-Nya.

Sekolah yang terdekat, ibu dah survey dan tanya-tanya. Ada yang  memuji. Anak-anak berjaya dan cemerlang ilmu dunia dan agama. Score straight A. Alhamdulillah, dengan anugerah yang Allah bagi. 

Ada jugak yang pengalaman sebaliknya. Setahun saja kat sekolah tu, tahun depan tukar ke sekolah biasa. Katanya, buku anak tak bersemak, tak pernah ada kerja sekolah. Issshhh.....bertambah bergelora jiwa ibu mendengarnya.

Ada sekolah yang lebih baik, tapi jauh la pulak. Ramai juga anak-anak kat kejiranan ibu yang sekolah kat sana. Pukul 6 pagi dah bertolak. Yuran sekolah lebih kurang RM200 juga tapi kos pengangkutan tu yang tinggi. Total yang ibu kena spend kalau ibu pilih sekolah tu mau cecah RM600/bulan.

Kalau kakak sorang, in shaa Allah ibu dan ayah masih mampu adakan. Tapi tahun depan abang dan adik pun ibu dah nak hantar ke sekolah. Semua perlu double. Letih jugak otak nak buat kira-kira. Dah terpaksa angkat jari kaki sama ni masa buat kira-kira.....

Mama suggest kakak sekolah saja di sekolah kebangsaan yang dekat dengan rumah dia. Pi sekolah boleh tumpang cikgu yang tinggalkan anaknya pada mama juga. Lagipun dekat saja dengan tempat kerja ibu. Kalau ada apa-apa, sepantas mungkin ibu boleh sampai ke sekolah. 

Bila kakak ke sekolah kebangsaan, untuk pelajaran agama kakak perlu ke sekolah lain. So, dah terpikir macamana nak susun jadual nak hantar dan jemput kakak. Sekolah yang terdekat, kelasnya penuh sesak. 3 meja kongsi 5 orang. Ada sekolah yang kurang pelajar, tapi sedikit jauh. Kalau untuk keselesaan kakak belajar, tak pa ibu hantar walaupun jauh sikit.

Kakak sedang tekun kena tocer dengan ibu belajar math

Cumanya, ibu terpaksa men'curi' sedikit masa kerja ibu untuk urusan itu. Kakak pernah bersuara, tak kisah naik van ke sekolah. Tapi ibu tak rela bila tengok bas/van sekolah penuh berasak. Driver pulak ambik selekoh macam kat litar F1. Tak pa...ibu rela bersusah payah hantar dan jemput kakak sendiri hingga ibu berjumpa driver bas/van yang ibu percayai.

Adooii....baru nak masuh darjah 1 kan. Anak ok, ibunya yang cerewet terlebih! Agak-agak kalau nak terima menantu nanti, macamana la ibu nak memilih? hehehehee

Kakak dah nak masuk darjah 1. Teringat janji pada diri sendiri yang tidak tertunai lagi. Apa janjinya??? 

PANDAI JAHIT BAJU KURUNG SEBELUM KAKAK DARJAH 1.

Sempat lagi ni!!

Tuesday, February 5, 2013

Update : Main masak masak


Assalamualaikum.

Maaf, blog ibu tak berupdate. Ibu tak berapa sihat. Selsema menyerang Sabtu lepas membawa sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, dah beransur baik pun. Baby adik pun sama. Lepas 6 bulan tak pernah kena selsema, weekend hari tu kena jugala pam inhealer 2-3 kali sebelum tidur.

Dah lama ibu tak up entry masak-masak ibu kan!?

Ibu baru mula nak berpuasa Isnin - Khamis secara istiqamah. Harap berjayalah! Adat bila puasa ni, nampak makanan apa pun semua sedap. Sembang bab kahwin boleh pulak terbayang nasi beriyani dengan kambing, kuah panas dan papadom dalam pinggan. Memang syaitan banyak sungguh menggoda dan menambahkan nafsu makan ibu. Sedangkan berpuasa tu, nak buat ibadah sambil menjaga kesihatan.

Makin hampir petang, kepala mula la pikiaq apa nak makan untuk berbuka. Kalau ibu dengan anak-anak saja, ibu belasah masak apa yang anak-anak boleh makan, ibu cuma tumpang. Kalau ayah ada, kena adjust sikit pikiaq perut ayah sama hehehehe syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami. Tetiba off topic hehehe

Minggu lepas ibu ada buat popia goreng. Bahan mudah saja. 
  • Taugeh dan karot yang telah dirincik halus. Ibu goreng tanpa minyak untuk lembutkan saja. Masukkan garam dan lada sulah buat penambah perisa.
  • Agak layu, masuk masuk pinggan. 
  • Buat telur hancur. Angkat dan gaulkan dengan bahan sayur yang dah masak tadi.
  • Untuk kulit ibu guna spring roll (kulit popia instant). 
  • Gulung dan goreng. 
  • Makan panas-panas cicah dengan sos cili saja. Nak sedap, buat ayaq tea O panas!

Yummmy! Ayah suka, anak-anak tok sah kata laa... Ibu yang paling gembira, sebab cepat dan mudah nak siapkan. Cobaan masa nak membalut saja, anak-anak meruntun nak makan tak dan-dan.

Maka terhasil lah, popia runtunan cinta!


Sepeket spring roll ada 50 keping. Membazir kalau tak gunakan. Minggu tu 2 kali ibu buat popia :P

Ada lagi balance. Malam tadi ibu buat murtabak mini selepas terpengaruh dengan post kat FB. Bahan-bahan, ibu adjust guna apa yang ada kat dalam peti ais ibu saja.


  • Kubis (rincik halus)
  • kentang, bawang holland dan sosej potong dadu.
  • Tumis bawang putih, masuk bawang holland, kacau sampai layu.
  • Masuk rempah daging 2 sudu. Kalau nak pedas boleh tambah cili giling. Ibu tak letak sebab pikiaq perut anak-anak samakan..
  • Tambah air (agak-agak untuk empukkan kentang), masukkan kentang dan sosej.
  • Tambah garam, gula dan lada sulah. Nak hampir kering, masukkan kubis.
  • Masak sampai kering. Kalau ada daun sup, masukkan. Bau mesti lagi up, tapi ibu takdak stok ^_^.
  • Pecah 2 biji telur dalam mangkuk, kautkan inti yang dimasak tadi ke dalam mangkuk telur. Gaul rata.
  • Sambil-sambil panaskan pan roti canai (pemanggang ajaib pun boleh). Letak minyak sikit.
  • Letakkan inti di atas spring roll. Lipat, letak atas pan, goreng macam orang jual murtabak/roti canai buat.
  • Api mau slow, agak telur kat dalam membeku. Angkat. Siap


Dan hasilnya, memang tak mendukacitakan. Rasa lagi sedap dari hat jual kat pasar ramadhan. hahahahaha..puji diri melambung tak henggatkan..


Sesungguhnya, air tangan isteri dan ibu tetap sedap sebab ianya dimasak dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, walaupun ianya hanya menu yang simple dan mudah.
 

Selamat mencuba puan-puan!


Related Posts with Thumbnails