Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, March 22, 2013

#Doa suci seorang anak

Assalamulaikum.

Malam tadi seperti biasa, ibu dan kakak solat bersama. Usai memberi salam, kakak arahkan ibu baca surah Al-Fatihah diikuti dengan ayat Kursi. Ibu menurut saja arahannya. Selesai semua, dia pun mengangkat tangan berdoa, sekadar doa untuk dua ibu bapa, dan ibu aminkan doanya.

Syukur alhamdulillah.

Tiba-tiba, kakak arahkan ibu tadahkan tangan lagi dan mesti aminkan lagi doanya. Ok, ibu layan juga.

Kakak mula berdoa..


Ya Allah..
Kakak nak jadi anak yang solehah,
Kakak nak masuk syurga,
Kakak tak nak masuk neraka..

Ya Allah,
kakak nak jadi doktor,
bagilah kakak jadi doktor
kakak nak jadi pandai.

Ya Allah
bagilah ibu jadi kaya,
bagilah ibu dapat naik aeroplane pi Mekah.

Ya Allah,
bagilah abang jadi anak yang soleh
bagilah adik jadi anak yang soleh.

Ya Allah,
bagilah ibu kaya
bagilah ibu kereta besar,
bagilah ayah kaya,
bagilah ayah dapat naik motor yang besar sekali.

(panjang lagi doanya, ini sekadar yang ibu dapat ingat)

Ya Allah,
makhbulkan lah doa kakak
ya Allah...
 
Ok! Bertahan lah ibu! Dalam hati, hujan ribut petir dah berdentum. Dasar 'mak neng' kan! Habis berdoa, ibu dan kakak bersalaman. 

Ibu peluk dan cium kakak. Kemudian kakak pegang pipi ibu, dan cium dahi ibu, sama seperti yang ibu lakukan pada kakak

Kemudian kakak peluk lagi ibu dan berbisik di telinga ibu :
 

Ibu, kakak nak jadi anak yang baik.
Kakak janji, 
kakak tak nak notti-notti lagi. 


Oh kakak, hilang terbang segala migrain ibu! 


 Gambar dari FB Jue (sabahat ibu)


Syukur Ya Allah atas kurniaan-Mu. Moga kau tetapkanlah hidayah dan iman dalam hati-hati kami semua.

Amin. 

 

Wednesday, March 20, 2013

#MMR : Cuci Belanga

Assalamualaikum.


Suatu petang, kami sekeluarga baru sampai dari kampung. Tanpa sempat bukak tudung dan stokin, terus ibu ke dapur geledah icebox cari bahan apa yang ada untuk dimasak. Sungguh mithali rasanya..

'Tenggek' nasi. Potong kubis buat tumis air, potong kentang dan bawang untuk dimasak bersama telur, telur dadar kentang!

Sup tulang, bekalan nenek dipanaskan dalam periuk. 30 minit, siap semua hidangan.

Walaupun menu hanya sup tulang, kubis air dan telur dadar, masakan terasa sangat enak. Lapar barangkali.

Siap makan, ibu ke sekolah kakak tanpa sempat kemaskan dapur. Balik semula ke rumah bergegas ke Pulai Indah. 

Lepas Isyak, dari Pulai Indah hantar nenek balik ke Singapura. Pukul 1 pagi, baru sampai semula ke rumah. 

Tukar baju dan terus tido. Salin baju saja, tak mandi! hehehehe

Bangun pagi sedikit lewat, mujur 'cuti'. Kemas barang kakak dan twin. Ayah kerja shift petang, boleh tolong kemaskan dapur  yang terbengkalai.

"Yang, nanti tolong kemas dapur ek. Basuh semua kuali kat dapur, kat sinki semua la. Tolong kemas ek. Ibu tak sempat nak kemas tadi".  Pesan ibu semasa bersalam dan peluk cium. 

Ayah mengangguk sambil pejam mata.

Petang, ibu balik kerja. Hall kemas. Bantal tersusun, toto macam biasa sedia terhampar untuk anak-anak landing (ibu jugak!)

Ibu senyum puas hati.

Kaki ke dapur. Sinki kemas, kuali dah bersangkut. 

Mata terpandang periuk sup tulang, masih di lokasi sama (di atas dapur) walaupun isinya sudah tiada....

Lupa nak sebut!
 
Apapun TQ ayah!

Wednesday, March 13, 2013

#Bahagia dunia dan akhirat


 Dengan apa kita ukur kebahagiaan?

Adakah..?

Bila tengok orang berkereta mewah, kita kata kayanya dia,
Padahal kita tak tahu dia banyak hutang.

Bila tengok orang cantik dan hensem, 
kita kata sempurnanya dia,
padahal kita tak tahu dia menderita kesakitan.

Bila tengok orang bergelak ketawa, kita kata happynya dia,
padahal kita tak tau dia hidup sebatang kara.

Bila tengok orang berumah besar,
kita kata seronoknya dia hidup dalam istana,
padahal kita tak tau dia ada sakit insomnia.


Kita mungkin nampak bahagia di mata orang
tapi,
itukah bahagia yang kita cari?


Jom kita belajar jadi orang yang bahagia.



Insyaa Allah, 
kita akan bahagia dunia dan akhirat!


Jika dunia dikejar, maka dunia lah yang kita dapat.
 Tapi, jika akhirat dikejar,
kita akan mendapat dunia dan akhirat!

Mana satu kita nak?

Monday, March 11, 2013

#Halal dan Haram

Assalamualaikum.

Macamana nak mula menulis ni? Tetiba blank tak tau nak mula. Pastu jari terus menaip ayat ni..hahahahha

Oklah, ibu nak kongsi pendapat ibu tentang status 'Halal Haram' dalam ingredients makanan ringan kita hari ini. Rasanya, mesti ramai pembaca blog ibu biasa terjumpa post di FB pasal makanan A tak boleh makan sebab ada bahan Exxx atau air jenama Y ni tak boleh minum sebab ada bahan Exxx. Dan selalunya bahan E yang dikaitkan itu mesti dikatakan mengandungi lemak babi, kan?

Sebagai seorang muslim, apatah lagi seorang ibu,memang ibu sangat takut bila mula baca post yang di share-kan di FB. Mula la timbul perasaan was-was akan ke-halal-an sesuatu makanan itu. Nampak di plastik ada cop HALAL, tapi keluar kat FB tak halal pulak. 

Keliru!

Yang buat rasa hati tersentap tu, bukan apa. Sebab makanan yang diwar-warkan tu, ibu dah belasah sejak zaman berzaman pun. Bila disebarkan ada kandungan yang tak halal, adeeehhhh...takkan nak telan ayaq tanah kot! hehehehe



Salah satu makanan yang dihebohkan status tak halal nya adalah ROTA. Percaya tak, disebabkan info ni, bertahun-tahun ibu tak makan rota dan lain-lain makanan yang disyaki, apatah lagi belikan untuk kakak. Pringles pun terpaksa dikorbankan dari di beli walaupun itulah jajan kegemaran ibu kalau memandu long distance.

Hinggalah kelmarin, nenek ada beli Rota dan bagi kakak serta twin makan sambil tengok tv. Uhuk! Ibu telan ayaq liur tengok sebab dalam minda selama ni dah ada rasa was-was. 

Lahaiii...depa dah belasah baru ibu nampak!





Entah macamana rajin terlebih, ibu pun google di Portal Rasmi Halal Malaysia. Masukkan nama syarikat yang mengeluarkan produk ni, tertera status halalnya yang sah sehingga 2014.

Tersenarai juga produk-produk keluaran syarikat yang sama yang sijil halalnya masih diperakui sah.

Hati terasa tenang dan lega. Takkan JAKIM nak senang-senang keluarkan status halal sesuka hati. Kalau gitu, tanggunglah dosa nanti. Ibu yakin JAKIM menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah.

Ibu terus mencari lagi info.

Terjumpa sebuah website yang menyenaraikan senarai E code termasuklah semua yang dikatakan tidak halal. Ibu semak dan masukkan kod-kod yang disyaki. Alhamdulillah, halal. Siap ada penerangan lagi. Kalau bahan itu syubhah, status Musbooh akan tertulis di situ. Kalau tak halal, terus tulis haram warna merah. Kalau nak semak, sila klik kat sini.

Sebagai pengguna Islam, ibu rasa website ni sangat-sangat membantu. Insya Allah, ianya telah dapat menghilangkan rasa was-was ibu selama ini. 

Perasaan was-was ini adalah penyakit yang perlu diubati. Selagi ada rasa was-was, buat apa pun tak tenang kan!?




Islam itu mudah. Tapi banyak umatnya yang suka menyusahkan. Sesuka hati keluarkan maklumat yang belum sahih kebenaran.

Ibu tahu, niat tukang kongsi tu asalnya baik, untuk berkongsi dan ingat-mengingati. Agar semua umat islam berhati-hati. Tapi kalau maklumat yang dikongsikan tu tidak pasti kesahihannya, kan dah jadi fitnah. Dosa pulak yang dapat.

Apapun, makanan ringan ni memang tak bagus diamalkan. Kandungan MSG, pewarna dan lain-lain bahan sintetik memang sedia maklum diketahui adalah sangat tinggi. Makan sekali sekala boleh la kan, orang kata buat lepas gian.

Makanan yang sah halal jangan la kita sesuka hati nak haramkan ya. Kalau beli makanan yang halal dari sumber yang haram, haaaa...tu lagi bahaya! Nampak halal, tapi batinnya adalah dari sumber yang haram. Contohnya duit yang diperolehi adalah duit kuntau atau hasil judi atau sebagainya!

Apapun, lepas ni boleh la ibu beli Pringles buat bekalan semasa memandu balik kampung nanti, ahaks! (^_^)

Peringatan : Jangan ajar anak-anak anda makan makanan ringan! Nanti depa berebut dengan kita!

Sekian!

Saturday, March 9, 2013

Huggies Dry Pants Review : Change for Better Convenience


Assalamualaikum.


Rasanya macam baru semalam ibu bersorak gembira bila doktor bagitau ibu mengandung anak kembar. Sedar tak sedar dah 2 tahun 7 bulan ibu membesarkan twin. Semakin besar ni, twin semakin lasak dan segala-gala 'semakin'. 

Makan makin berselera, bermain makin aktif serta lasak dan minum susu pun semakin kuat dan makan bertambah-tambah hehehehe. Dalam sebulan lebih kurang 12 pek susu yang ibu sediakan untuk abang dan adik. Bayangkan betapa kuatnya abang dan adik menyusu, itu pun di samping makanan-makanan lain seperti nasi, mee, roti dan spagetti serta buah-buahan.

Kalau hari bekerja, sampai rumah pukul 6. On the way, dah pekena sorang sebotol. Sampai rumah, makan malam (padahal kat rumah pengasuh dah makan) depa main, bergelak, gaduh dan menangis, ubat nak bagi diam, susu sorang sebotol lagi. Nanti pukul 9, susu lagi. Ibu akan paksa depa tidur pukul 10.30 malam, dan mesti ada susu. At least 4 botol sebelum tidur adalah wajib. 

Kadang-kadang, habis sebotol depa mintak lagi. Takkan tak bagikan....hehehehe.

Minum banyak, maka kencingnya pun akan banyak! Jadi, untuk pastikan depa tidur dengan nyenyak dan selesa tanpa gangguan di malam hari, ibu menggunakan lampin pakai buang yang berkualiti untuk mengelakkan kebocoran dan memberikan twin keselesaan lena sepanjang malam. 

Untuk itu ibu memilih lampin Huggies Dry Pants untuk abang dan adik yang makin melasak ni. Selepas mencuba trial set yang ibu perolehi, ternyata Huggies Dry Pants sangat sesuai untuk kanak-kanak yang aktif sepanjang masa macam twin ni.

 

Bukan takat aktif masa berjaga, masa tidur pun depa cukup aktif. Twin punya tahap berguling masa lena hahahaha payah ibu nak explain. Kalau takat tapak kaki depa kat muka, itu adalah biasa ya. hehehehehe...

Jadi dengan adanya sistem pengunci pada Huggies Dry Pants ni, maka dapatlah ia menghalang kebocoran air kencing si lasak berdua tu dari membasahi tempat beradu ibu sekeluarga. 
Kalau tak jenuh ibu nak bangun 2-3 kali tengah malam untuk tukar lampin. Kalau bocor, menjenuh lagi ibu nak mendobi cadar, bantal, tilam dan toto! huhuhuhu....

Apa yang penting, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin




Kesian tau kalau tengok bontot baby merah. Sayu hati ibu kalau dengar baby menangis kesakitan akibat ruam lampin. Pedih oiiiii!

Sesuailah dengan nama Huggies Dry Pants, ternyata ianya adalah lampin pakai buang yang mempunyai sistem memerangkap cecair dengan segera  dan lapisannya cepat kering. Mungkin sebab tu ianya dapat membantu menghalang ruam lampin kan?

Huggies Dry Pants juga mempunyai peregang lembut dibahagian tepi untuk memberikan keselesaan dan ianya juga membantu menghalang kesan merah walaupun semasa abang dan adik bergerak aktif bermain bola, memanjat atau berlari ke sana sini sampailah lasak semasa tidur sekalipun.



Antara aksi lasak dan aktif twin di malam hari.


Ibu dapat perhatikan perbezaan menggunakan lampin pakai buang jenis pants (sarung) ni. Kalau dulu setiap kali menukar lampin, ibu perasan ada garisan merah di sekeliling peha abang (sebab peha abang lebih montok hehehehe). Dengan Huggies Dry Pants, abang dah tak mengadu sakit dan menggaru lagi di kawasan pangkal pehanya sebab adanya peregang lembut ni.

Bab nak tukar lampin pulak, ya Allahhhhh...

Ingat senang ka nak bagi budak kecik yang tak reti duduk diam ni baring senang lenang masa bertukar. Silap-silap ibu yang bertukar jadi tarzan dulu hahahaha. Tangan ibu ni dah sama naik dengan suara dok jerit suruh depa dok diam sambil tunjuk cicak dan lipas (padahal takdak pun) atau apa-apa kat tv supaya depa dok diam barang seminit dua saja.

Berjaya memang berjaya, tapi dia punya usaha hahaha..Kalau sorang tak pa la, ni dua. Sila bayangkanlah ulangan lakonan yang sama terpaksa ibu buat setiap kali nak tukar lampin depa. Fuhhhh!

Dengan Huggies Dry Pants, mudah saja. Sambil berdiri pun ibu boleh tukar dengan mudah hehehehehe. Semudah "Koyak, Salin & Lepas".



Untuk tukar lampin, ibu hanya perlu koyak saja bahagian tepi pants. Kemudian salin yang baru - sarung saja seperti pakai seluar. Dan tu boleh lepaskan depa berlari balik tanpa perlu berpeluh ibu berlakon lagi. kehkehkeh....

Sebenarnya pada Huggies Malaysia ada buat roadshow "Huggies - Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai" baru-baru ni di Mydin USJ. Ibu kat Johor ni, tak dapat la nak pi kan. Bila Huggies nak buat kat Pasir Gudang pulak? hehehehe


Pada sapa yang dah terlepas roadshow tu, jangan bersedih hati. Kalau nak cuba Huggies Dry Pants, anda boleh dapatkan sampel percuma dengan melayari website Huggies (sila klik pada gambar) : 



1. Klik Join pada lampin Huggies yang anda suka.




2. Kemudian isi detail anda sebagai syarat registration. Maklumat yang bertanda * adalah compulsary ya! Kemudian, klik register. Jangan lupa, key in security word untuk verification.

Some details terpaksa di'pink'kan demi kerahsiaan!


3. Buka email yang telah diisi semasa di register tadi dan klik pada link website Huggies yang di beri, seperti di bawah.


4. Bila anda klik, ianya akan membawa anda kepada website dengan id yang siap di log in kan (rujuk bulatan merah). Kemudian klik pada Get free sample (rujuk bulatan merah kecil).

5. Lepas tu, anda akan dibawa ke satu antaramuka yang lain (macam kat bawah). Klik pada request a sample (ikut jenis yang anda mau, cer try dua-dua hehehehehe). Kemudian pilih size yang anda nak untuk bayi anda.




 6. Sila isi maklumat untuk penghantaran sample. Isi la bagi penuh. Ruang yang ada tanda * adalah wajib diisi yer! Siap isi klik , Next. Siap! Tunggu saja sample sampai ikut alamat yang anda bagi tadi.


Nombor telefon di'pink'kan jugak!

 Senangkan?

Pada bakal-bakal ibu, ibu yang tengah dalam pantang atau ibu yang masih beranak kecil dan tercari-cari lampin pakai buang yang terbaik untuk si manja tersayang, bolehlah isi untuk mendapatkan sample percuma ni. Belum try belum tau kan. Bila dah cuba pasti berkenan! Kalau ada pak-pak yang nak isi pun tak dak masalah, silakan lah!


 Untuk dapatkan maklumat dengan lebih cepat berkaitan produk dan aktiviti Huggies, anda boleh like pada Facebook Page Huggies pada link berikut :,

 www.facebook.com/Huggies.Malaysia

 

Huggies Dry Pants : Change for Better Conveniece!

Chayuk!
Jom tukar pada yang lebih senang dipakai semudah 
Koyak, Salin & Lepas!

Terima kasih Huggies kerana 
memudahkan hari-hari ku sebagai ibu kepada
anak kembar!

(^_^)


This is a sponsered post. TQ

Related Posts with Thumbnails