Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, April 30, 2013

Sekadar mengisi waktu....

Assalamualaikum.


Allahu akhbar! Seminggu lebih tak update blog. Busy nak piliharaya katanya hahahahha.


Minggu lepas, saya berkursus di Kuala Lumpur. Hari Jumaat baru masuk pejabat. Sabtu Ahad berkurung dengan anak-anak. Hari ni baru berkesempatan menjengah blog sendiri. Sibuk dok baca blog politik, katanyaa.... (^_^).

Berita gembira, maktok dah sampai ke Johor untuk menjadi teman ibu balik ke kampung.. Esok (1 Mei), kami sekeluarga (tolak ayah) akan pulang ke kampung untuk mengundi. Sengaja ibu ambik cuti panjang. Lepas bubar parlimen terus ibu plan.

Alang-alang nak balik, biar la berbaloi. Takkan hari Ahad mengundi, hari Sabtu baru nak bertolak. Kalau KL - Kedah mungkin masih ok, tapi ini Utara - Selatan maaa!

Maktok tiba semalam dengan bekal cucur badak. Ibu kormesialkan namanya sebagai 'cucuq rhino' hahahahaha. Ibu berpuasa. Masa berbuka, maktok gorengkan buat ibu! 

Perrrrghhh...nikmat dapat makan kuih buatan maktok memang tak terucap. Kuih yang dijual di Pasir Gudang ni, kebanyakkannya tak sedap. Kalau inti, berhampas. Tak kena dengan tekak. 

Memang jarang sekali ibu beli, melainkan kuih karipap yang boleh tahan sedap - sebab inti bukan kelapa, tu pun kalau goncang kosong saja!



Rupa cucuq rhino maktok sedikit cacat. Maklumla, jauh perjalanan nak sampai sini. Terpenyek di dalam bas. Maktok mabuk naik bas hehehehe

Rupa tak melambangkan rasa. Walaupun sedikit buruk, tapi rasa tetap hebat! Bukan nak puji syok sendiri, tapi cucur badak buatan maktok memang terkenal sekitar kejiranan ibu di Kedah. Lebih 30 tahun maktok menguli dan menggentel ubinya...

Sekian entry kali ini, diakhiri dengan ucapan "Selamat Mengundi"!


Masing-masing pakat pilihlah. 
Jangan berbalah anak beranak, sudah! 
(^_^)


Tuesday, April 16, 2013

#Sapa pilih untuk mengundi

Assalamualaikum.

Dah semak daftar pemilih anda? Dah tau lokasi mengundi di mana?

Ibu mengundi di Kedah. Ini kali ke 3, alhamdulillah.

Awal bulan ni bersiap balik ke Kedah. Maktok siap sudi mai ke Pasir Gudang  dan akan balik bersama ibu dan anak-anak, jadi teman dalam perjalanan!




Jangan sembang kencang saja ya,  sayang negara, cinta agama dan bangsa tapi tak mengundi! hahahahahaha

Lebih melayu dari melayu yang ada tapi sekali pun tak pernah buang undi! (^_^)! Choiiiii...

Rugi oooo....satu undi tu penting untuk tentukan masa depan negara dan masa depan kita.

Lepas ni, cepat-cepat daftar ekk... 

Friday, April 12, 2013

#Jumaat yang tenang..

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat. Ibu rasa sangat tenang..tenang sekali! Sukar sekali untuk diungkapkan rasa ketenangan ini.

Alhamdulillah!
Syukur Ya Allah, kerana Kau sentiasa berikan ketenangan dalam diriku walaupun Kau mampu berikan rasa gelisah jua dalam hatiku.
Moga ujian ini sentiasa membuatkan aku lebih dekat dengan-Mu.

 
  

Hanya pada-Mu tempat ku mengadu. 
Moga ketenangan ini sentiasa bersama kami.

Amin.....

Wednesday, April 10, 2013

#separuh nyawa hilang

Assalamualaikum.

Masih lagi entry qadho! 

Kisah yang ibu nak tulis ni pada ibu adalah 'turning point' - mengapa sampai 2 minggu ibu tak update blog. Berita yang telah me'ragut' kegembiraan ibu. Sangat terkesan..sangat-sangat!

Berapa haribulan ntah, tapi dalam bulan Mac opis ibu ada program dengan komuniti. Sebagai staf yang patuh, ibu tetap melibatkan diri walaupun hati berat (pengakuan ikhlas) nak kerja pada hari Ahad. 

Apatah lagi pada Sabtunya, ibu dah mengajar kursus pendek. Bermakna seminggu tu ibu kerja tanpa cuti!! Terpaksa lagi mengaku diri hebat hehehehe

Pagi-pagi lagi dah tercongok di Stadium Pasir Gudang. Makcik-makcik ber't-shirt' biru dan tudung merah dan memenuhi ruang dalam stadium untuk senamrobik. Kawan-kawan ibu masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri.

Ibu ditugaskan dalam AJK Keselamatan. Orang kuat dan hebat saja yang akan dipilih dan mampu jaga keselamatan orang lain kan!Puji lagi...hahahaha

Ibu cari pakcik rela dan wakil LPPKN untuk serahkan kupon makan. Jumpa ketua AJK lapor diri dan sign kehadiran.

Semak dalam dewan dengan pemandangan yang tak menarik, ibu ke ruang LPKKN. Ada pemeriksaan kesihatan. Bagus jugak ni. Pagi-pagi elok la kalau nak check darah kan!

Ibu daftar diri kat kaunter LPKKN. Pemeriksaan percuma untuk check tekanan darah, berat badan dan tinggi bagi pengiraan BMI. Kalau nak check paras gula dan kolestrol kena bayar RM10. Ibu pilih untuk check semua.

KEPUTUSAN
 
Tekanan darah : 131/81 (atas tinggi, mungkin sebab terlari ke sana sini)
Tinggi : 151 cm (tak tinggi dah...comel cam gini la sampai ke sudah)
Berat : 59kg (macam tak percaya dengan penimbang. Takpa..takpa..)
BMI : 26 (overweight!!!!!!!!!!!)
Glokusa dalam darah : 4.2
Kolestrol dalam darah : 7.3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nafas ibu terasa bagai diragut!!


Now, ibu faham perasaan kecewa dan sedih lepas doktor bagitau dia ada sakit kronik. Ada yang menangis berminggu-minggu, frust, tak mau makan, berkurung mengenang nasib seolah-olah esok akan mati!

Sedih sangat rasanya. Tak tau nak luahkan rasa sedih dan kecewa tu macamana. Terus terbayang muka anak-anak andai kata esok ajal ibu tiba! Sebab hi kolestrol ni lah yang menyebabkan strok, serangan jantung dan penyakit yang diam-diam datangnya! Tanpa tanda.

Balik rumah, terus ibu keluarkan segala suppliment yang ada. Omega-3, HerbaLife,  minyak kelapa dara, oats! Apa yang ada semua ibu telan. Dengan harapan, esok paras kolestrol ibu akan terus normal! Gilakan...tapi itu lah harapan ibu, nun jauh di sudut hati yang palinggggggggggg dalam!

Ramai yang tak percaya! Jangan kata orang, ibu sendiri pun tak percaya! Selama ni ibu rasa diri sihat. Berbekalkan keyakinan yang ibu aktif bersukan dan jaga pemakanan. Tapi memang 1 tahun kebelakangan ini, ibu dah tak jogging, dah tak latih budak netball. Dah tak main badminton. Harap dok kawad kat rumah saja atau aktiviti berpeluh mengemas rumah!

Itu semua khayalan semata-mata!

Semua petua yang diberikan kawan-kawan, ibu buat. Ada yang satu ibu consist amalkan adalah minum air rebusan daun pandan. Sedap sangat! Rumah pun berbau wangi. Ibu juga berdiet jaga pemakanan untuk sihat dan kurus (semestinya) sama!

Ajak ayah ke farmasi untuk check paras kolestrol ayah pulak. Alhamdulillah, ayah ok. 3.9 saja bacaannya. Mungkin sebab kerja ayah yang sentiasa menggunakan fizikal dan berpeluh-peluh sepanjang masa.

Sembang dengan farmasist pasal cure untuk orang hi kolestrol. Dia suggestkan minuman supplement CardiOATS. Amalkan selama 2 bulan, dan nanti datang check semula. Time tu, kalau dia cadangkan ubat yang harga RM1k pun ibu akan beli rasanya, kalau ubat tu dapat kembalikan kesihatan ibu sekelip mata. 

Kalau..kalau....(ayat syaitan memang tak guna!)

Harapan ibu semoga, kolestrol yang tinggi dalam badan ibu adalah kolestrol yang baik!! Doakan untuk ibu yaa.....doa yang baik-baik saja!
  

Tuesday, April 9, 2013

#Cabaran ibu lepas outstation!

Assalamualaikum.

Sambung lagi kisah di minggu yang ibu tak update tu. Kira ni entry qadho! hahahaha entry pun boleh qadho ekkk...

Sepanjang ibu ber'outstation', setiap hari ibu akan call anak-anak. Pagi dan malam.  

Kelas ibu sepanjang kursus sangatlah pack. Kalau biasa dulu setiap kali rehat untuk lunch, ibu pasti dapat bergolek-golek di atas katil, tapi untuk kursus ni, naheeei!

Faktor yang sebabkan hal ini berlaku ada 2. 
Pertama, kelas yang panjang sehingga melebihi tentatif di dalam jadual. Kelas dipenuhi dengan aktiviti persembahan yang perlu diselesaikan oleh setiap orang pelajar.
Kedua, faktor lokaliti. Bilik dan tempat kursus terpisah dan jauh. Maka, masa rehat hanya dihabiskan di tempat makan, rehat di sana sambil bersembang, kemudian masuk semula ke kelas.
(Penerangan di atas adalah sebahagian aplikasi Hi-Impact Presentation. Tambah dengan gaya, jadilah!)

OK, back to the track!

Mama melaporkan yang abang dan adik saling berduet batuk dan muntah-muntah. Adik dah mula selsema. Kakak ok, tak dak masalah! Terlebih seronok sebab ada geng bermain. 

Berita adik selsema teruk agak merisaukan ibu. Bukan tak sayang abang, tapi ibu tau abang ok! Abang, kalau dia selsema, dia akan batuk dan akan berusaha untuk muntah. Senang sebab kahak akan keluar. Lain dengan adik, kalau dia selsema, batuk, muntah - adik mengelak muntah telan balik kahak yang ada!  

Habis kursus, berdesup ibu balik ke Pasir Gudang. Sebelum kursus dulu, ibu ada plan nak singgah kampung di Pengkalan Balak atau mungkin singgah rumah keluarga angkat di Kg Gadek. Dah dekat kan tapi semua cancel bila adik tak sihat.

Pukul 5++ ibu sampai Pasir Gudang. Singgah kolej sekejap bertanya khabar kawan-kawan ibu yang baru selesai validasi untuk kenaikan pangkat. Elok masuk opis, hujan pulak turun dengan lebatnya. Stranded la sekejap kat opis. 

Hujan reda, ibu jemput kakak kat sekolah. Peluk cium kakak lepaskan rindu. Dalam kereta, kakak cerita yang dia menangis kat sekolah sebab rindu kat ibu. Hahahaha..maklumla, dah lama tak kena tinggalkan!

Sampai kat rumah pengasuh, mama bercerita adik yang selsema dan batuk yang agak teruk. Ibu tengok perut adik (indicator adik semput) masih ok, tapi gaya adik bercakap macam termengah-mengah. On the way balik rumah, singgah dulu klinik untuk check up adik.

Doktor  as usual advise ambik gas. Dah lama adik tak ambik nab ni! Tapi adik hebat kali  ni, siap berjalan sendiri ke kerusi hahahaha. Asal muka nak nangis jugak bila nampak corong gas tu. Ibu puji adik hebat macam Ajiboy! Adik kuat macam Ajiboy. Five ibu, Ten ibu - terus ok!

Adik hebat! Boleh buat peace lagi!

Malam pertama ibu di rumah selepas kembali dari outstation, kena la kerja lebih sikit kan! Abang dan adik masih batuk dan muntah beramai-ramai di tengah malam. Tengah-tengah malam, tukar toto baru. Betul-betul balas dendam dengan ibu hehehehe

Alhamdulillah, sampai hari ni, abang dan adik dah makin ok. Selsema dah sikit-sikit saja. Batuk dah tak dak. Tidur malam dan nyenyak dan tak berbangun batuk-muntah lagi.

21-25 April ni iu ada kursus lagi di KL. Jenuh jugak buat plan nak uruskan anak-anak tanpa susahkan mama (kalau boleh). Apapun, kena tunggu esok lepas SPR buat pengumuman tarikh pilihanraya, baru ibu boleh plan dengan betul.

Nak plan pi kursus pun kena tunggu tarikh pilihanraya tau!!!!! 
Ini kalilaaahhhhh...

Monday, April 8, 2013

#Cabaran ibu nak outstation!

Assalamualaikum.

Saja nak share story masa ibu tak update blog minggu lepas.

Beberapa hari sebelum ibu bertolak ke kursus, badan abang mula suam-suam kuku. Ibu tak ambik port sangat sebab memang la ni panas melentun-lentun. Cuma, ibu bagi anak-anak minum air banyak-banyak. Same goes to me!

Satu malam, abang menggaru-garu di pelipat kakinya. Ibu tengok, ada 'bentil' kecik macam bekas kena gigit nyamuk atau semut. Naluri ibu kuat berkata, kena gigit semut tu. Maklumla, anak-anak ni kalau makan memang bersepah-sepah. Sebelum tidur memang ibu akan buat operasi menyapu dulu bagi mengelakkan serangan semut di malam hari.

Mula sikit. Lepas tu tengok abang tergaru-garu lagi. Waahhh...dah makin besar. Abang tergaru-garu kat bontot pulak. Ibu pun bukak seluar dan tengok. 

Sah! Ni kes lain ni, bukan semut lagi. Badan abang rasa lebih panas dan mata pun mula berair. Tapi tetap cergas dak aktif!

Bagitau ayah yang tengah-tengah siap nak pi kerja. Ayah kata, sapu bedak. Nanti okla. Sebelum pi kerja ayah pun sapu la bedak. Ibu tengok lepas tu ok. Lega skit.

Tak lama tengok dia menggaru tang lain pulak. Terus bukak baju dia dan bawak ke bilik air. Ibu mandikan dia. Menggigil abang kesejukkan dalam keseronokan.

Tukar baju, sapu bedak. Call maktok kat Kedah nak tanya nak buat apa? Mak pulak dah lena. Adik ibu yang jawab tu suruh bawak pi klinik, cucuk sejarum. Lega lah katanya! Tak mau la sampai macam tu dulu kan. Kalau boleh berusaha cara yang free, buat apa berbayar-bayar.



 Kepoh kat FB tanya kawan-kawan. Banyak yang suruh bubuh garam. Ibu pun pernah buat rawatan yang macam tu, tapi pedih diaaa..nalaaaaa! Kesian pulak kat abang takut tak tahan. Jumpa bedak sejuk batu nasila yang ntah bila ibu beli (hahahaha), cuba sapu. Sampai dia tertido, maka dengan yakinnya ibu pun..haaaaa..alhamdulillah!

Lena yang ku jangka akan nyenyak sampai ke pagi, hanyalah khayalan belaka. Pukul 1 pagi ibu tengok abang tergaru-garu. Dalam gelap ibu nampak abang dah mula resah gelisah. Mula ibu tolong usap-usap tempat yang ibu nampak abang tergaru-garu. Tapi lama-lama nampak  makin banyak pulak tempat dia garu.

Ibu bangun dan buka lampu. Mak aaaiiiiii...kesiannya abangggg...uhuk!


Kedua belah pipi abang dan mula bertompok kemerahan. Bibir abang pun tersangat merah macam pakai lipstick. Ni mesti badan panas. Cucuk telinga, dekat 38 suhunya. Azam kononnya tak mai pi klinik terpaksa dilupakan.

Terus ibu bangun tukar baju, sambil cakap dengan abang yang ibu nak bawak pi klinik. Abang pun ke hulu ke hilir ikut ibu. Adik pula memang tak lena nyenyak lagi. Teruih bangun dan teman abang. Dok kiss abang sambil sebut " siyaannn abang!" .

Kejut kakak. Ya Allahhhh..punya liat anak dara ibu ni nak bangun. Siang dia tak tidur, balik petang terus main. Malam letihnya kalahkan orang kerja kontrak. Akhirnya terpaksalah ibu kendong kakak masuk kereta. Mujur abang dengan adik berjaga, depa jalan sendiri. Adoiiii...sajakan nak uji kehebatan ibu! Kena pulak ayah kerjakan! Terbaeekkk!

Sampai klinik, tinggalkan kakak tidur dalam kereta. Mujur ada staf lelaki klinik yang ala-ala guard duduk diluar klinik. Pesan dia tolong tengokkan kakak kot-kot dia terjaga. Tapi sampai ke sudah, sampai balik rumah, sampai esok pagi dia tak tau yang ibu pi klinik. Kalau tau, tinggal saja dia kat rumah kan! hahahahah tapi tak sampai hati pulak...

Kesian tengok mata kuyu abang yang dah mengantuk sangat-sangat tapi tak boleh nak lena.  Alhamdulillah lepas makan dan sapu ubat, abang dapat lena dengan nyenyak sampai ke pagi. Syukur sebab anak-anak ibu sangat mudah malah suka dan berebut-rebut nak makan ubat!

Petang esok, badan adik pula mula panas. Dah hari khamis ni. Ahad ibu nak outstation! Balik teruih bagi ubat demam, takut kalau merebak dia selsema, lain pulak kisah adik ni. Memang ibu risau banyak kalau adik dah mula selsema dan batuk.

Esoknya Jumaat, kakak pulak demammmmm! Ujian sungguh! Kakak pulak kalau tak sihat, manjanya kalah twin. Balik Singapore. Berbekalkan panadol syrup yang sedia ada dalam peti ais, kakak nampak makin pulih. Tapi on-off. 

Sampai pagi Ahad, alhamdulillah, masing-masing nampak cergas dan sihat (walaupun tak sepenuhnya). Kakak dah siap declare yang dia dah tak pening lagi! (^_^)

Maka, bertabahlah ibu outstation dengan keadaan anak-anak yang separa sihat. Harap dengan bekalan ubat, anak-anak akan bertambah baik. Mama minta My Kid anak-anak, kot-kot ada emergency. Yerlah kan, kita tak minta tapi mana lah tau kalau terjadi!

Oklah, berenti dulu! Dah lenguh jari hahahahahaha
  
Related Posts with Thumbnails