Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, May 13, 2013

#Adil atau Pilih Kasih.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, ibu masih diberi kesihatan yang baik. Pipi ibu saja yang sedikit bengkak, angkara gusi geraham yang tetiba sakit. Adakah 'gigi bongsu' ibu nak menunjukkan diri lagi? Mujur hari ini, ibu sudah boleh mengunyah tanpa rasa sakit walaupun gusi  masih bengkak. Alhamdulillah, masih boleh menikmati nikmat dunia kurniaan Allah.

Pilih kasih atau 'bias' bermaksud berat sebelah atau berprasangka terhadap seseorang. Mungkin berprasangka baik atau mungkin boleh jadi yang tidak baik. Bila berlakunya pilih kasih, ianya memungkinkan untuk ketidakadilan di dalam sesuatu hal berlaku. 

Perkara ini sering berlaku dalam kehidupan kita samada di dalam keluarga, tempat kerja, perhubungan antara kawan dan pelbagai lagi situasi lain.




Sebagai manusia, ukuran adil itu memang tidak pernah sempurna. Namun, jika kita hendak berlaku adil (sebaik mungkin), pilih kasih perlu dibuang dari dalam diri. Bertindak dan membuat keputusan dengan penuh profesionalisme, tanpa dipengaruhi oleh perasaan sayang atau benci yang mempengaruhi keputusan kita dan seterusnya menampakkan ianya bias. Lagi teruk, nampak bodoh!

Apatah lagi bila kita enggan menjelaskan persoalan yang ditimbulkan  bilamana keputusan  A  (suara ramai) dibuat dikatakan tidak adil pada orang lain seolah-olah mementingkan diri sendiri. 

Tapi bila keputusan B (pilihan sendiri) dibuat, ianya dikatakan adil, walhal hanya kepuasan diri sendiri yang dikecapi tapi tidak dipersetujui oleh orang lain. Kalau dikatakan 'bodoh' dan pentingkan diri, nanti ada pulak yang kena bom! hahaahahha

Manusia boleh menyebut, dirinya profesional dalam membuat keputusan terutamanya yang menjadi ketua. Cakap di mulut, mujur tak cakap dengan kepala lutut!

Ibu menerima setiap keputusan dengan hati yang terbuka dan tenang. Ibu terima dengan menanam di dalam fikiran - dia profesional dan tidak mementingkan diri sendiri. Walaupun nampak 'kebodohan' tapi ibu biarkan dia seronok dengan apa yang dia suka untuk dirinya.

Tak rugi pun ibu berkorban menggembirakan orang lain. Memuaskan hati orang sekeliling kita pun dapat pahala kan? 

Cumanya, ibu berharap, agar si pembuat keputusan tidak menipu diri sendiri bahawa dirinya profesional serta adil kepada semua orang, sangat berkorban untuk orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri (^_^). Moga kamu mampu melihat secara telus dan jujur.

Allah tahu walau sekelumit pun niat yang terdetik di hati kita. Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada ibu dan kamu...



Friday, May 10, 2013

#Pasca Raya 2013

Assalamualaikum..

Nampaknya, masa untuk meng'update' blog agak terbatas. Bilangan hari bulan April dan Mei, sama saja. Tapi ibu tak mampu nak mencuri masa untuk menulis di sini, berkongsi rasa dan cinta (kadang-kadang marah dan benci jugak) (^_^)

Kisah balik mengundi yang indah. Bertolak dengan keretapi seawal jam 920 pagi dan sampai di Butterworth jam 945malam. Penat mengawal gelagat anak-anak yang tak tahu duduk diam, 'pherak' kesukaan barangkali dengan pengamalam pertama mereka menaiki keretapi. 

05052013, ibu menunaikan tanggungjawab untuk negara. Moga Allah memberikan ganjaran buat ibu di dunia dan di 'sana', walaupun dengan hanya satu undi, dengan setiap keputusan yang ibu pilih untuk masa depan agama dan negara. Itu yang ibu harapkan.



Ibu terpaksa pulang ke Pasir Gudang pada 7Mei disebabkan tiket yang sold out. Tiket memang sold out dari awal lagi. Pilihanraya lebih meriah dari hari raya sebab ianya melibatkan semua kaum kan. Terpaksalah ibu EL dengan penuh rela hahahahahha...


Raya kali ni sungguh meriah. Teruja bila sampai ke kampung melihat replika wau, roket dan kapal terbang yang dihasilkan oleh orang-orang kampung. Ada yang buat lastik gergasi dan macam-macam lagi namun pada ibu tak dapat menandingi replika yang ada di kampung ibu.

Sejak didirikan, kawasan itu menjadi tumpuan ramai orang untuk bergambar - siang dan malam. Lebih meriah di malam hari, bila kesemua replika itu dimeriahkan dengan sinar lampu. Dengan kreativiti yang Allah berikan, replika roket yang dibina nampak 'real' dengan cahaya merah di bawah, seolah-olah roket itu bersedia untuk berlepas. :P




Ibu tak melepaskan peluang membawa anak-anak bergambar di sana. Raya yang 5 tahun sekali datangkan! Orang luar berpusu-pusu bergambar, takkan anak kampung sendiri nak lepaskan peluang, iya dak?
 

 
Semalam ibu sudah kembali dengan rutin biasa. Kembali bekerja untuk negara. Namun hati ibu sebenarnya, sudah terbang melayang ke tempat lain.  

Tak sabar menanti 22 Mei ini! Moga Allah memudahkan segala-galanya...
 
Related Posts with Thumbnails