Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, June 27, 2013

#Bola Kampung dan Cucu Raja

Assalamualaikum..

Pernah tengok siri kartun Bola Kampung? Sebelum ni, ibu tak pernah tengok sebab rumah ibu tak dak astro. Rupanya Mac 2013, Bola Kampung the Movie dah keluar wayang. Bila ayah download, baru la ibu tau adanya siri dan filem kartun yang popular selain Upin dan Ipin.

Selepas Upin dan Ipin, Bola Kampung the Movie ni dah jadi kegemaran 3 beradik ni. Bila dah suka, asal on tv ja " Ibu nak bola kampung! Nak bola kampung". Satu hari mau lebih 10 kali depa dok mengulang cerita tu. 

Kalau nak stop, ibu kena buat rampasan kuasa. Paksa depa lena, siap tampor-tampor (manja) bontot masing-masing, baru ibu dapat balik remote tu!




Jalan ceritanya agak menarik jugak la. Ibu pun boleh juga layan masa first time. Tapi bila dah 4o kali ulang tayang, tak mau la jugak kan! Tapi kalau nak bagi depa dok diam dan tak kacau kerja ibu, haaaa..ini lah caranya! Memang berkesan.

Kalau nak tau sinopsis cerita ni, boleh la baca kat sini.

Satu hari, kakak berbual dengan ibu. Tiba-tiba saja dia buka topik. Masa tu ibu baru saja ambik kakak dari taska dan on the way nak ke rumah mama.

Kakak : Ibu..ibu...Bonda tu apa?

Ibu : OOOooOo...kakak tanya yang cerita bola kampung tu ekkk..

Kakak : A'ah...kan puteri tu dia sebut bonda..

Ibu : Bonda tu sama la dengan ibu. Kalau ayah tu jadi ayahanda. Kan puteri tu panggil ayah dia ayahanda kan? Kalau raja-raja yang macam princess tu, memang kena cakap macam tu. Ibu jadi bonda, ayah jadi ayahanda, anak jadi anakanda.

Kakak : oooo...ibu jadi bonda. Ayah jadi ayahanda. ok...ok..

Lepas tu ada lagi la potpet-potpet lain yang kakak tanya. Baru-baru ni, 3 beradik tu dok sembang-sembang dalam kereta. Nama ibu dan ayah pun terlibat sama dan terpaksalah dengar-dengar apa yang depa dok bualkan tu dalam kereta.

Tetiba....


Kakak : Ok..ok...ibu jadi bonda. Ayah jadi ayahanda. Macam yang kat dalam cerita Bola Kampung tu.

Adik : adik jadi bola kampung. Hebattt!

Ibu : Bola kampung tu sapa adik?

Adik : Bola kampung tu....yang shepak bola tu....

Ibu : OooOoooo....

Kakak : Ok...ok...dengar sini kakak cakap. Ibu jadi bonda. Ayah jadi ayahanda. Adik jadi Iwan.




Ibu : Abang?

Kakak : Abang jadi Sabok.

Ibu : Sabok! Sabok yang gemok tu kan....

Kakak : A'ah...yang suka gigit daun tu...

Ibu : Kenapa abang jadi sabok?

Kakak : Sebab abang gemok macam Sabok! (sambil kakak gelak)




Ibu : Habis tu kakak jadi apa?

Kakak : Alaaa...kakak jadi yang princess tu laa...Puteri Amanda!



Hambooiiii......! Tapi mana la tau kan, kot-kot bertuah anak ibu ni, jadi cucu menantu Raja Saudi ka. Dapat la ibu pi Mekah selalu hahahahahha. Musim haji, dapat duduk istana atas bukit tu macam yang mutawwif ibu sebutkan masa kat sana dulu!

Tapi ayah kata, jadi cucu menantu Raja Brunei pun tak pa. Dekat sikit! Hebatkan cita-cita ayah dan bonda kakak ni! hahahahahha 

Manala tau kann. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kakak, kalau Allah kata jadi, maka jadi! 

Aminnnn!

Wednesday, June 26, 2013

#E2 - Pemilihan Pakej dan Persediaan Diri

Assalamualaikum.


Sebelum ibu bercerita lanjut tentang perjalanan umrah ibu, ibu nak kongsikan sedikit maklumat pakej umrah yang dipilih oleh maktok. Syarikat dan pakej mana, ibu serahkan pada maktok untuk tentukan. Maktok dah banyak pengalaman sebab dah banyak kali ke sana dengan pelbagai agensi.

Cuma ibu pesan pada maktok, cari pakej cuti sekolah, sebab students ibu pun sedang elok habis semester serentak dengan cuti sekolah. Lagipun, adik ibu yang kerja cikgu tu pun senang nak cuti. Dan pengurusan anak-anak ibu pun senang. Time cuti banyak 'bibik' kat kampung boleh tengok-tengokkan depa hehehehe.




Maklumat pakej yang ibu pilih adalah seperti berikut :

Agensi :
Al Mujahid Travel & Tours Sdn. Bhd. (base di Ipoh, Perak)

CEO / Pemilik :
Hajah Sahida Said 
(selalu keluar radio IKIM untuk promo kelas langsir dan telekung).

Tempoh :
23Mei2013 - 4Jun2013 (terawal beberapa hari dari musim cuti sekolah)

Kursus :
Disediakan sebelum bertolak

Kekuatan Jemaah :
31 orang (6 family dan 1 mutawwif)

Umrah dengan group:
2 kali (bantuan mutawwif)
Kalau berpengalaman, boleh buat sendiri. Team ibu dapat 6 kali.

Harga pakej :
RM6500 
(kalau ada bawa ramai geng, pandai-pandai la nego dengan CEO hahahaha)

Flight bertolak :
Emirates (KLIA - Dubai - Jeddah)

Flight balik :
Emirates (Madinah - Dubai - KLIA)

Ziarah Mekah :
Jabal Tsur, Jabal Rahmah, melalui kawasan Arafah dan Mina, Masjid Ja'ranah, Masjid Hudaibiyah, Ladang Unta.

Ziarah Madinah :
Ladang Kurma, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud.

Pakej Hotel :
4 orang /sebilik (keluarga)
Mekah (+-200m) : Hotel Al User (bersebelahan Hotel Saraya)
Madinah (+-100m) : Hotel Al-Mukhtara International.


  Landing di Jeddah. Dalam ihram ni...


Hotel yang ibu tinggal di Mekah bukanlah hotel yang mewah. Kalau nak yang cantik dan indah, anda boleh pilih agensi yang menginap di Hotel Safwa, depan MasjidilHaram. Ibu ni jenis tak kisah. Asal ada tempat lelap mata, mandi dan salin pakai, ok la tu! 

Lagipun, boleh kira berapa jam saja duduk di bilik, memang 90% masa kita akan dihabiskan di masjid (atau shopping mall hahahaha).

Al-Mujahid adalah syarikat baru, namum ada beberapa hal yang ibu suka walaupun syarikat masih belum terkenal 'lagi' seperti Andalusia @ Tiram Travel dan lain-lainnya. Syarikat baru tapi CEO-nya berpengalaman membawa group umrah sebelum ini.

Nak bincang hal-hal berbangkit sebelum bertolak pun senang, sebab CEO-nya aktif di FB. Ada hal, terus private message dia! Kumpulan yang kecil (30++ orang) dan kebanyakkannya adalah ahli keluarga. Keluarga CEO saja dah 6 orang. Team ibu saja dah 8 orang. Keluarga yang lain dalam 3-4 orang dan seorang ustaz yang dipilih oleh CEO sebagai mutawwif.

Bila group kecik, pergerakkan senang. Mutawwif disediakan untuk memberi tunjuk ajar pada yang baru pertama kali mengerjakan umrah. Pada orang yang dah berpengalaman, boleh buat sendiri (kalau nak ikut mutawwif pun boleh). Team ibu memang buat sendiri, sebab maktok dan adik ibu dah pernah buat umrah sebelum ni.

Pada ibu, syarikat yang dipilih bukanlah semata-mata penentu mudah dan selesanya perjalanan dan segala kerja umrah kita. Walaupun kita memilih pakej yang paling terbaik, termahal dan dari syarikat yang paling terkenal, segala susah senang mengerjakan ibadah di sana adalah ketentuan Allah.

Sebelum ke sana, persediaan diri adalah paling penting. Bukan material semata-mata, tapi persediaan dalaman, jiwa dan kerohanian. Banyakkanlah solat sunat taubat, solat hajat, tahajjud, berpuasa sunat dan bersedekah. Banyakkan bersolawat dan berdoa kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan segala-galanya.

Persediaan fizikal pun penting! Kalau nak buat umrah yang tak mengelat, pi la berjogging sebulan sebelum mengerjakan umrah. Kekuatan kaki sangat penting. Pada ibu, tawaf tak dak sebarang masalah, tapi bila sampai part saei, pergghhh..... Hari pertama selesai umrah, memang betis akan rasa kejang dan tapak kaki akan sakit yang sangat!

Ada cara saei yang mengelat hehehehe Bukan mengelat tak buat! Nanti tak lengkap pulak umrah. Maksud ibu, tak berjalan guna kaki, tapi sewa macam motor ala-skuter (berenjin). Pusing minyak saja, jalaannnnn....Sewa 50 riyal kot! Disediakan kat area saei bahagian atas.

Selain itu, belajarlah bersyukur dan jaga mulut. Kalau rasa diri tu kuat 'mengomel' macam ibu ni (hahahahaha), belajar-belajarlah bertahan diri. Kat sana, apa saja yang disebut, memang magic. Bagaikan doa, sebut saja terus jadi!

Nanti ibu ceritakan kisah 'tak tahu jaga mulut' yang terjadi di depan mata!

Tuesday, June 25, 2013

#E1 - Pengembaraan ke Taman Syurga


Assalamualaikum.

Pengembaraan ibu ke Taman Syurga agak berliku juga. Berliku sebelum pergi saja. Nanti ibu coretkan jika berpeluang. Alhamdulillah dah sampai di sana, ibu dapat buat 'kerja' dengan tenang dan sepenuh hati. Dan yang paling penting sihat walafiat walaupun bertukar cuaca.

Ibu bertolak dari KLIA pada 23Mei2013 jam 2 pagi. Pukul 10 malam dan kena berkumpul di KLIA. Memang ibu langsung tak kenal jemaah kumpulan ibu yang lain selain ahli keluarga ibu saja hehehehe. Kat KLIA tu, kami dok teka meneka - " haaaa, tu grup kita la tu. Beg sama!" hahahaha



Team dari Kedah. 

Makndak (duduk), dari kiri Adik Zuhaida, mak teh, maktok, maknjang, Adik Zahir, 
ibu (tepi troli), Adik Ariff (sepupu) dan 
paktam (ayah Ariff - bukan jemaah tapi tukang lambai!


Eh..ada satu lagi grup yang ibu kenal, dari Johor. Sebab masa kursus umrah, kami kursus sekali di ABIM Bandar baru Uda. Keluarga Kak Aloha (suami, ibu dan ayahnya)!

Ibu dan team bertolak dari Kedah dengan penerbangan paling awal. Flight 8 pagi pada 22Mei2013, AOR - KLIA. Kalau ikut ibu, ambik flight malam hahahaha..elok sampai dah pukul 10! Tapi maktok, tak bagi, suruh awal. Kang jadi apa-apa, susah!

Naik flight KLIA-DXB pukul 2 pagi. Mata semua dah lalok. Ibu duduk seat kembar empat, paling belakang sekali hahahaha...belakang seat ibu adalah toilet. Boarding saja, terus masuk toilet dulu. Lawatan tapak katanya, sebab lama ni nak duduk dalam kapal terbang. Tandas yang mesti dilawati dulu untuk melihat keserasian bersama.

Serasi, cuma sempit! Dalam kapal terbang kan... jangan harap la nak luas macam kat rumah sendiri! hehehehe

Elok saja flight take off, ibu dah pejam mata. Serius, ngantuk! Pukul 2 pagi lebih masih tak tido lagi. Dah la masa bertolak dari Kedah tu, sebelum Subuh dah keluar rumah. Cer bayangkan pukul berapa jam saja ibu tido dalam masa 2 hari.

Baru gaya nak nyeyak, ada pulak makan! hahahahaha...Buruk lantak pulak rasanya, makan sambil pejam mata!. Habis je makan, teruih lena. Nyenyak pulak tu, siap angkat kak bersila bagai! Bila masa pramugari/ra kutip balik bekas tu tak sedar....

Bila bukak mata, tak lama lepas tu dah landing kat airport Dubai. Pukul 450 pagi waktu sana. Memang perjalanan lancar. Semua on time saja. 2 jam saja transit memang cukup-cukup untuk urusan seterusnya saja. Tak dak chance nak ushar kedai kat dalam tu hehehehe

2 jam tu untuk : Turun flight - naik bas - masuk terminal - check in connecting flight - lincah bergerak cari gate - lepas hajat 'puas-puas' - solat subuh - boarding - terbang ke Jeddah! Boleh la lepak-lepak sat..tapi tak boleh la nak ronda-ronda!


Hampir jam 6 pagi tapi kat luar dan macam pukul 9. Ibu ambik gambar ni nak post kat FB, tapi sampai ke sudah tak lepas! Wifi airport pun ada masalah hahahaha


Pukul 7 pagi, dah bertolak ke Jeddah. Yang lelaki bertukar pakaian ihram di Dubai. Sebabnya, kami akan terus ke Mekah. Makan niat ihram adalah di dalam kapal terbang. Jangan risau pasal miqat kat mana, memang pilot akan umumkan. Contohnya dalam penerbangan ibu, pilot bagitau lagi 10 minit kita akan melepasi kawasan miqat. So, boleh la berniat siap-siapkan...

Sampai Jeddah 850 pagi. Perjalanan yang lancar, alhamdulillah. Cecah saja muka di muka pintu kapal terbang, bahang panas telah terasa. Perrrghhh..... Terus dalam hati bersolawat dan berdoa saja. Moga Allah permudahkan segala-galanya.

Hati kat dalam ni, tak payah cakap la. Dia punya bunyi drum, kupu-kupu terbang, dupdap-dupdap, Allah saja yang tahu. Perasaan yang bercampur baur. Terharu dan terlalu gembiran Antara percaya dan tidak, ibu telah tiba di bumi penuh barakah. Bumi lahirnya seorang pemimpin yang paling agung!

Aku datang memenuhi panggilan-Mu Ya Allah (stop dulu, mata ibu dah bergenang!) 





Monday, June 24, 2013

#Peristiwa 226

15 Syaaban 1434

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan ibu untuk merasai nikmatnya. Nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Nikmat hidup, nikmat iman, nikmat islam....

22 Jun, Sabtu lepas adalah ulang tahun kelahiran ibu yang ke 34. Terkena pula dengan peristiwa himpunan di Kuala Lumpur pada tarikh kelahiran ibu. Lagi yang terkena, ayah pula bercuti seminggu walaupun cuti ayah tu bukan sebab birthday ibu!

Jumaat lepas ibu kembali kepada rutin biasa - pulang ke Singapura setiap hujung minggu. Hampir 2 bulan ibu tidak ke sana disebabkan urusan umrah ibu yang lepas. Sebulan sebelum tarikh berangkat, ibu perlu menyerahkan passport ibu kepada pihak syarikat untuk urusan permohonan visa.

Petang Sabtu, ibu dan ayah ke mall yang berhampiran dengan rumah untuk print gambar umrah ibu yang lepas. Memory card camera ibu ada masalah nak download ke PC. Boleh pulak PC detect memory card ibu kosong padahal ada beratus-ratus gambar dalam tu. 

Paling ibu sayang, ada video azan di masjidilharam yang ibu rekodkan buat kenangan. Mujur camera ibu tu ada wifi, boleh la ibu upload sikit-sikit ke fb dan email. Nanti ibu kongsikan, insyaAllah.

Malamnya, nenek ajak makan di Changi Village. Moreless 840 malam, kami dah sampai ke sana, tapi jammed pulak nak masuk. Maklumla, orang Singapore gaji 21hb, mesti la makan-makan kat luar kan!

Nenek cadang pi Bedok. Ibu pun pulaih stereng ke sana. Sampai Bedok, ayah kata banyak dah berubah. Dah tak tau kat mana tempat yang ayah dan nenek dok sembangkan. Maka, ayah kata balik semula ke Changi Village!Punggahhhhh...

Sampai balik ke Changi dah dekat puku 10 malam. Dinner ke supper ni?! Sejak balik umrah, diet ibu dah ke laut. Lepas ni kena kawal balik ni.! Musti!Mustiii!

Kalau ke Changi Village, wajib pekena satay. Memang satay terbaik setakat ini. Dagingnya lembut dan kuah pun sodap. Ada satu masa tu, foodcourt kat situ renovate, tutup almost 1 year. Perrghhh....punya la payah nak cari satay yang sedap sebab tak tau kakak tu jual kat mana masa tu. Sekali dia bukak balik, nenek belanja satay $50 dollar! hahahahahaha...



Ayah ronda-ronda pusing foodcourt, katanya ada tauhu bakar. Nenek suruh order, tapi ibu yang belasah sampai habis! Sedap jugak.....tauhu dia tak berapa garing dan lembut-lembut...


Dikesempatan ini, sekali lagi ibu ucapkan terima kasih yang semua rakan-rakan, anak murid, saudara-mara, bekas guru dan semua yang memberikan ucapan pada ibu.

Dan ibu tampalkan ucapan yang telah ibu tulis di FB ibu di sini....


Terima kasih semua...

Terima kasih ya Allah atas nikmat yang kau berikan...

Thursday, June 20, 2013

#Jerebu

Assalamualaikum..

Rasanya semua dah tau, negara kita sekarang sedang mengalami masalah jerebu yang teruk. Kawasan Pasir Gudang antara kawasan yang teruk mengalaminya. Kalau ikut API yang ikut follow dari Yahoo!, bacaan pada pukul 7 pagi tadi mencecah 190 - ibu dah mula rasa tak selesa. 

Bayangkan Muar yang mencecah 337 pagi tadi!

Kalau tak salah ibu, bacaan API 200 dah menunjukkan keadaan udara yang tidak sihat. Malam tadi, ayah text ibu bagitau API di Singapore adalah 290! Changi Airport dengan Pasir Gudang bukanlah jauh mana sangat kalau ikut radius, cuma dipisahkan dengan laut saja.

Ayah balik rumah Subuh tadi, lengkap ber'facemask'. Ayah kan kerja outdoor. Kalau tak pakai tu, mau hitam lubang hidung ayah. Kata ayah, PSI/API Singapore semalam, pecah rekod. 300++..terburuk setakat ini!

Pagi ini, admin opis ibu dah mula mengedarkan facemask. Alhamdulillah, sejak pagi ibu dah pakai. Dalam kereta nak pi makan pun pakai. Kat kedai makan saja bukak sebab nak makan kan! Lepas tu pakai balik.



Now, dalam opis pun pakai. Ruang kerja ibu ni dah mula berbau asap. Tak tau mana nak lari. So far, kawan ibu kata  library masih ok sebab library opis ibu ni kat bawah tanah. Mungkin selamat sebab asap akan naik ke atas kan. Kalau keadaan mendesak, jap lagi ibu serbu la library!

Hmmmm...apa yang berlaku ada hikmahnya. Dengan asap yang tebal macam ni, kemungkinan nyamuk aedes yang sedang menggila menyebarkan denggi di kawasan kejiranan ibu ini akan mati!

Cuma kita yang manusia ni, perlu bersabar sedikit dengan ujian Allah! Ambil yang positif atas setiap kejadian yang Allah tentukan!

Apapun, ibu masih setia menanti kot-kot Jabatan Alam Sekitar nak umumkan cuti darurat! hahahahahaha..ambik kesempatan sungguh!

Monday, June 17, 2013

#Info Awning Klasik

Assalamualaikum.


Kepada anda sekalian yang berminat dengan design Awning Klasik ibu, di sini ibu sertakan serba sedikit maklumat kontraktor yang bertanggungjawab menyempurnakan impian ibu.


Mulanya, ibu bertanya quotation untuk awning saja, tapi biasalah kan! Asal nak buat awning, terlajak buat gate sama! hahahahaha...

Dan hasilnya....(nak tunjuk jugak sebelum nak bagi detailnya kehkehkeh)





Sedikit lagi ibu nak cerita. Kalau nak buat gate tu sama macam awning pun boleh, maksud ibu adalah fancy board (bilah tegak-tegak) pada awning dan gate. Sebenarnya pada awning adalah aluminium dan pada gate adalah besi saja.

Kalau tuan-tuan dan puan-puan berkemampuan lebih, boleh saja buat gate tu dengan batang aluminium sama macam atas awning tu. Cumanya kos aluminium adalah lebih tinggi sedikit berbanding besi.

Tapi dari khidmat nasihat kontraktor yang diberikan, dia tak cadangkan guna aluminium untuk gate atas faktor tak berapa kuat dan juga mudah kemik. Kalau dah buat gate untuk keselamatan, serta tahan lasak, maka kontraktor ibu cadangkan pada ibu untuk gunakan besi. Lebih kuat dan kukuh dan murah sedikit. 

Tambah sikit lagi, tetap nampak cantik kan? kan..?kan...? hehehehhe

Maka hasilnya adalah seperti di atas.

Berikut adalah maklumat kontraktor yang dinanti-nantikan :


SBR Design & Enterprise
No 20, Jalan Pelanduk
Taman Scientex
817000 Pasir Gudang
Johor.

No Tel : 
0197634754 
(Syed Mohd Syukri a.k.a Cikgu Syed)


Pasal harga pulak, malu la ibu nak reveal kat sini. Biasalah kan, harga kat quotation lain, tapi bila ibu dah tambah dengan gate, lain pulak jadinya. Lepas tu, kena pandai-pandai la nego! 

Ibu ni bab tawar menawar memang tak berapa nak pandai, mintak sekali kalau orang tak bagi, stop tang tu la! Tak mintak dah....hehehehe

Kalau harga quatation untuk awning saja adalah RM6500.00.
Harga gate ikut quatation tak salah ibu RM1800.00 - quotation dah hilang (^_^). Ibu bagi harga mahal sikit, tak pa! Kalau dapat murah, ada lebihan kan....

Dan kena ingat juga, harga ni untuk keluasan rumah ibu. Mungkin harga anda akan berbeza dengan ibu berdasarkan keluasan rumah masing-masing.

Berapa harga yang ibu bayar, biarlah rahsia. Tapi dalam lingkungan tu la...lebih sebelah tangan dan kena tambah juga jari dari tangan yang sebelah lagi.

Ok, harap semua berpuas hati...kalau nak tau lagi, email ibu;

tulip_putihh@yahoo.com

Friday, June 14, 2013

#Wishlist - Taman Syurga!

Assalamualaikum.

Allahhu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahhu  Akhbar!


Alhamdulillah, ibu dapat kembali menulis dan berkongsi kisah di jidar kuning kesayangan ibu ni. Ramaikah yang tertanya-tanya akan kehilangan ibu hampir sebulan ini? Adakah? hahahaha. Sekali- sekala perasan ada peminat setia pun tak salah kan? hehehehehe 

Rasanya bukan sekali sekala, dah berkali-kali kot ibu perasan sendiri (^_^)

Alkisah, ibu bukan saja lama bercuti menulis di blog kesayangan ibu ni. Ibu juga turut lama bercuti dari tempat ibu mencari rezeki ini. Mengikut rekod thumb print ibu, bilangan hari ibu bekerja bagi bulan Mei hanya 7 hari kot! Selebihnya ibu cuti berangkai-rangkai, bermula dengan cuti balik mengundi sampailah cuti yang membuatkan ibu lama meninggalkan blog ini. 

Ok! Mai la ibu rungkaikan misteri kehilangan ibu untuk sebulan ini. 

Tapi sebelum tu, pada yang bertanya pasal kos dan contact number untuk entri Kisah Awning Klasik tu, lepas ni ibu akan emailkan details pada yang bagi alamat email tu ya! Sabauuuu ekk...

Macamana nak mulakan ek....Sebelum tu, harapnya semua berfikiran positif dengan perkongsian kisah ibu ni. Ibu hanya nak berkongsi cerita ibu saja, bukanlah nak menunjuk-nunjuk atau berlagak dengan apa yang berlaku. 

Kalau kelak ada kisah yang dibaca dan anda rasakan ibu over dan berlagak, ampun dan maaf ya! Sesungguhnya, ibu menulis dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafaan, insyaAllah!

Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan wishlist ibu yang seterusnya terlaksana. Selain wishlist awning idaman kalbu, Allah telah berikan ibu visa-Nya untuk menjadi tetamu Allah. Ibu telah diizinkan dan dipermudahkan segalanya untuk menjejakkan kaki ke bumi Haramain yakni Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah dan ziarah.


Kenangan indah di Jabal Rahmah. 

Jejaka berkaca mata tu bukan sesiapa dengan ibu. Dia standby nak mintak tolong ambik gambar dia!

Ok, sambung balik!

Ibu bertolak pada 23 Mei 2013 dan kembali ke Malaysia pada 4 Jun 2013 yang lalu. Selama 12 hari peluang yang Allah berikan untuk ibu beribadat di sana (8 hari di Mekah dan 4 hari di Madinah), sedaya upaya ibu gunakan sepenuhnya.

Sungguh ibu dapat rasakan, bukan mudah untuk kita ke sana. Pelbagai dugaan yang menduga kesabaran ibu diperingkat awal, namum dengan kesabaran dan rasa yang membuak-buak untuk ke sana, ibu redah juga. 

Seperti kata ustaz yang menjadi mutawwif ibu semasa ziarah di sana, sesiapa yang dapat menjejakkan kakinya ke Tanah Haram sebenarnya telah mendapat visa dari Allah, bukan dari kedutaan Arab Saudi! 

Mereka hanya perantara saja. Berapa banyak orang yang berkeupayaan dan mampu dari segi harta, namum gagal mendapat visa Allah. Bersyukurlah sesiapa yang dapat ke sana.....

Ibu akan tulis kisah dan pengalaman ibu di sana. Pasti ianya sebagai kenangan buat ibu dan mungkin juga boleh menjadi panduan kalian semua yang juga bakal tetamu Allah kelak. 

Bukanlah ibu bercerita seperti pakar, sekadar berkongsi saja yaa....

InsyaAllah, kelak akan ibu coretkan. Cukuplah setakat ini dahulu buat pengubat rindu katanya...hahahahahaha

Baru intro, mata dah terasa berkaca-kaca. Apakah mata ibu akan bengkak selepas ini setiap kali menulis kisah-kisah ini!? O

Oh! Inilah rupanya rasa rindu yang disebut-sebut mereka yang pernah ke sana. Dan kini, ibu merasainya.....
Related Posts with Thumbnails