Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, October 9, 2013

#Adik yang banyak idea

Assalamualaikum.

Adik sangat petah. Kemajuan bercakapnya sama seperti kakak dulu, fasih dan tiada pelat. Berbeza sedikit dengan abang yang sangat pelat namun petahnya sama naik. Nangesss ibu nak faham apa abang cakap. Adakalanya, kakak akan jadi penterjemah ayat abang untuk ibu lebih faham.

Rumah mama (pengasuh) ada sebuah akuarium. Dalamnya ada ikan haruan dan ikan puyu yang 'tembun-tembun' (montel dan besar). Maklumla, ikan liar yang dibela dalam akuarium, memang makan cukup!

Geram saja ibu bila tengok ikan puyu yang saiz hampir sebesar tapak tangan. Kalau dibuat kari pekat bersama ubi keledek, makan dengan nasi panas dan kicap..perrgghhhh! 

Setiap pagi turun saja dari kereta ibu, akuarium itu akan menjadi tempat singgah adik. Dia akan berdiri lama di depan kotak kaca itu merenung ikan yang ada kalanya diam di dasar dan ada masanya berenang-renang ke sana sini.

Adik memang seorang pemerhati. Dia akan diam lama, memerhati sesuatu itu dengan teliti. Kalau main kereta, dia lebih menghargai pusingan tayar dari rupa kereta itu sendiri.

Masa melambai ibu selepas meninggalkan mereka di rumah mama, adik bukan pandang muka ibu. Walaupun tangannya melambai dan mulutnya mengucapkan 'babai", tapi matanya akan tertumpu pada tayar kereta ibu yang sedang berpusing.

Ligat otak adik dengan akal yang macam-macam sama seperti ligatnya pusingan tayar kereta ibu barangkali. Dan yang ibu pasti adik adalah seorang pemerhati yang baik.


Ada satu pagi, ikan di dalam akuarium mama diam di dasar air yang keruh. Hampir semua tidak bergerak dan kaku seperti sedang tidur di dalam air yang berkeladak dengan warna hijau lumut.


Adik : Ibu, fish tengah buat apa tu? Napa dia tak gerak?.

Ibu : OooOoooo...fish tidur tu. Dia penat.

Adik : OooooooOooo...adik tahu.

Adik terus tegak di depan cermin akuarium memerhati. Selepas bersalam dan bercium, ibu pun bergerak.

Ibu :ok..ibu pergi keja dulu. Jangan noti tau duduk dengan mama!

Abang dan adik : Ok...


Tiba-tiba,

Adik : Ibu...ibu....fish tu tidur dalam air la ibu! Hebat laaa.....


Ibu : errrrkkkk!!

Teruslah adik mencari ilmu!


Adik yang 'utti' (kata abang) tapi baik hati dan sensitif macam ibu!

Thursday, October 3, 2013

#Abang 2013


Assalamualaikum.

Selesai solat Isyak malam tadi, tinggal ibu berdua dengan abang dalam bilik. Kakak dah cepat-cepat berlalu sebab dah mengantuk. Adik tak join solat sebab asyik minum susu dan melayan kartun di tv.

Selesai abang mengangkut lebainya, dia meminta untuk cium ibu walaupun sebentar tadi abang dan salam dan kiss ibu.

Ibu muncungkan bibir dan abang pun mencium sambil mengucap 'i love u' dalam pelatnya.


Ibu : Abang sayang ibu?


Abang : ayang!


Ibu : Ibu garang tak? Ibu suka pukul abang tak?


Abang : Tak la..ibu tak ukul abang. Ibu uke ubit je..


Ibu : Iyer...ibu cubit abang? Sebab apa ibu cubit abang?


Abang : ebab abang otii....


Ibu : Kalau abang baik, ibu cubit tak abang?


Abang : tak.. abang oti, ibu ubit la...




Oh anak, membesarlah kamu menjadi seorang yang hamba! 

Ibu sayang abang kerana Allah Taala

Wednesday, October 2, 2013

#Nampak macam tak, tapi ....

Assalamualaikum.

Semalam kami sekeluarga solat bersama (ibu dan anak-anak saja, ayah kerja). Ibu, kakak dan abang sebaris kerana ruang di dalam bilik bawah yang sempit.

Selepas rakaat pertama, adik nak mencelah masuk saf di antara ibu dan kakak yang masih ada ruang. Kakak dengan sengaja merapatkan badannya pada ibu untuk menghalang adik berdiri di sebelah ibu.

Akhirnya, adik meraung sekuat hati, kecewa sebab tidak dapat solat di tepi ibu. Usai memberi salam, ibu bersuara.

Ibu : Kakak, kenapa kakak tak bagi adik solat tepi ibu tadi?

Kakak : Adik tu yang lambat. Kakak yang solat tepi ibu dulu.

Ibu : Kakak, apa yang kakak buat tadi tu tak baik. Itu 'dengki' namanya. Kakak tau tak dengki tu macamana? Dengki tu yang macam kakak buat tadi tu la. Dalam hati kakak tu kakak tak bagi kan adik masuk tepi ibu kan? Lepas tu kakak sengajakan rapatkan badan kakak kat ibu. Sebab apa kakak buat macam tu. Tu sebab 'dengki'. Kakak tak kesian kat adik ke? Kakak dapat solat, adik tak dapat. Kakak dapat pahala, adik tak dapat. Nanti kakak masuk syurga, adik tak solat, adik kena masuk neraka. Kakak nak?

Kakak : uhuuukkk..uhhukkk (mula 'sebek' dan mengalirkan air mata).

Ibu : Kakak kan anak ibu yang baik, anak ibu yang solehah. Kakak mesti sayang semua orang. Sayang abang dan adik. Kalau abang atau adik nak, kakak bagi la. Macam tadi, kalau kakak bagi adik solat, malaikat akan tambah banyak lagi pahala kat bahu kanan kakak tu. Makin berat, cepat la masuk syurga. Tapi sebab kakak tak bagi, adik tak dapat pahala. Pahala kakak pun dapat sikit saja. Pahala ibu pun silap-silap kurang sebab ibu tak solat betul-betul dok dengar adik menangis. Nanti ibu pun masuk neraka.

Kakak : Kakak mintak ampun (sambil laju airmata jatuh ke pipi). Kakak tak buat lagi. Kakak nak kita semua masuk syurga.

Dalam menegur anak, aku juga mengingatkan diri aku untuk tidak 'dengki' dan 'busuk hati' pada orang lain kerana rupa aku yang jelas seperti 'pedengki'.





Dengki dan busuk hati yang paling busuk bila ianya dilindungi sebalik alim rupa, manis dan lemah lembut kata serta perbuatan dan ayat 'profesional'.

Yeaaahhh!! <<< keseronokkan paling nyata seorang 'pedengki' tegar!

Related Posts with Thumbnails