Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, January 20, 2014

#Beauty and the Beast

Assalamualaikum

Bersiaran lagi kita. Dari dalam kelas ni hahaha sambil tunggu students siapkan kerja, ibu godek apps kat iphone. Nampak apps Blogger. Terus rasa nak merapu.

Ok, tajuk saja dah propa!

Huhu

Kisah 1

Ibu nampak adik sangat suka dengan haiwan. Kalau dia tonton Animal Planet, senyap saja dia tekun perhatikan kelaku haiwan dalam rancangan tu.

Adik suka tiru aksi harimau atau kucing. Suka sangat dia mengusik abang dengan aksi sebegitu. Kadang-kadang, penuh dengan ekspresi pak belang. 

Risau jugak ibu tengok bila berlebih dia beraksi. Dah macam watak Rusdi Ramli dalam cerita Waris pun ada..

Dia kenal dan tahu nama hampir semua binatang. Tapi bila sampai kat harimau bintang, dia akan panggil "haiwan". 

Walau berkali-kali ibu bagitau namanya, tetap jugak kalau nampak Cheetah atau Leopard adik akan sebut "haiwan".

Aksi dan bunyi "haiwan" tu tak payah ajar la. Memang sebiji dia tiru macam yang dia tengok dalam tv.

Hohoho

Kisah 2

Satu hari di bulan Disember, hampir-hampir dengan Krismas, ayah ada off time weekend. Sebenarnya hari anniversary ibu dan ayah. Ayah ambik cuti on that day!

Terus ibu paksa ayah jalan-jalan. Bukan jalan-jalan nak honeymoon sempena anniversary tapi jalan-jalan keluarga ke Ikea. 

Lama sungguh rasanya ibu tak jejak kaki ke sana. Tiap-tiap minggu lalu depan dia saja masa on the way nak jemput ayah balik kerja.

Lama dah simpan dendam nak ke situ.

Ubat nak bagi kekanak ni diam dalam troli adalah bagi umpan mainan. Capai softtoy Ikea yang ada. Kena pulak anjing saja yang ada masa tu.  Anjing pun boleh laa..patung kan!

Adik apa lagi, semua aksi dog dia buat. Dah buat, jerit pulak paksa ibu tengok aksi dia tu.

Akhirnya, lalu la kat tempat sekotak kawan-kawan anjing tu. Ada macam-macam lagi haiwannya. Ada hippo,  elephant, musang la (yer kot) dan lain-lain.

Dalam banyak-banyak tu, boleh pulak adik nampak ular. Terus dia campak dog yang dari tadi dia main sambil jerit .
" ibuuu... adik nak pyhtonnnnn!!! ".

Sampai akhirnya, ibu terpaksa beli ular tu sebab beria-ia sangat dia jerit nak!




Ini kisah lain pulak.

Kadang-kadang terlepas juga suara halilintar ibu. Bila terpekik, baru depa dok diam. Tapi memang tak bagus kita marah jerit kat anak-anak. Sekali sekala boleh la pakai tektik tu kalau cara baik dah tak jalan.

Paling sadis kan, bila nanti anak-anak main dan berlakon balik aksi marah kita  tengah marah tu.

Baru nampak. Lahaiiiii....buruknya contoh yang ibu berikan pada anak-anak. :(

Time tu sangat menyesal. Huh!

Adik ada kehebatan bab memujuk kalau nampak ibu nak hangin. Pujuk sambil menggoda pulak tu. Bodek pun ya! Kalau kita marah, cepat dia tukar topik dan tersengeh. 

Satu hari ibu suap depa makan. Macam biasa depa buat main-main kan. Maka volume suara ibu pun tertinggi la sikit. 

Adik yang duduk mengadap ibu macam biasa, tersengeh sambil pandang muka ibu yang mula nak tukar warna.

"Ibu...ibu...", adik panggil sambil pegang pipi ibu.

"Diam-diam la. Adik nak tengok mata ibu".

Sungguh-sungguh dia belek.

"Ibu...mata ibu macam haiwan laaaa".




Apakah maknanya tu duhai anak!?

Nampak sangat ibumu yang bengis macam Cheetah kan???


p/s : mula karang pukul 12, pukul 3++ baru habis! Karang guna iphone la katakan. Asyik salah tekan saja..

Sekian....

No comments:

Related Posts with Thumbnails