Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, January 15, 2014

#Kisah Awal 2014

Assalamualaikum

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Lama blog ini tidak berupdate. Hidup ibu sedikit kalut di tahun 2014. Masih dalam suasana menyesuaikan diri dengan tugas  sediaada dan tambahan kerja di tahun 2014.

Kerja ibu masih berjalan seperti biasa. Kini ibu sudah dikeluarkan dari zon sejuk beku. Baru nak panaskan badan selepas sekian lama berehat dan bertenang. Dua tahun ibu dalam zon selesa dan aman. Sungguh nikmat rasanya hidup tanpa tekanan.

Dari pandangan satu sudut, memang terasa seronok. Tapi dari sudut yang lain,  nampak sedikit ketinggalan. Tapi ibu tak kisah sebenarnya tertinggal akan hal-hal kerja sampingan, asalkan tugas utama ibu sebagai pendidik tidak di'sejuk beku'kan sudah.....

Rutin sebagai ibu jugak bertambah. Kakak sudah darjah 1. Abang dan adik sudah mula ke tadika. Maktok kata masih terlalu awal untuk kembar bersekolah. Tak mengapalah pada ibu, awalkan mereka dalam mencari ilmu...


Seawal pagi ibu dah berpeluh. Siapkan anak-anak ibu ni. Semua sekolah pagi, maka berperanglah ibu sendiri. Pertolongan ayah di pagi hari sangat membantu. Kalau lepas ni ayah kerja tukar shift, ibu kena dua kali ganda ligat lagi la nampaknya.


Seawal 730 ibu dah kena keluar rumah sebab sekolah abang dan adik bermula pada 745. Ada hikmahnya jugak! Kalau dulu lagi rekod thumb print ibu semua sipi-sipi nak pukul 8. Ada jugak yang terbabas pun (^_^).

Kakak sekolah agama pagi, sekolah kebangsaan sebelah petang. Masa balik kakak ada yang 630 petang, ada yang awal sikit. Awal pun pukul 6 jugak!

Humang pi humang mai, maghrib jugak la sampai ke muka pintu rumah. Masak memasak sekarang ni memang ke laut la. Dapat masak seminggu sekali pun kira ok dah tu.

Oklah, nanti ibu sambung merapu! 

Oppsss..lupa nak bagitau! Sekarang ni ibu 'kena' jadi pegawai kanan balik! Lepas ni banyak masa la ibu nak update blog...

Sekian, dari pegawai kanan yang punya banyak masa untuk menulis blog!

Cheers babeh!!

2 comments:

Rizziela said...

syoknyer kalau ada masa yg banyak utk menulis blog

Zakiyah Zainon said...

hehehe...banyak la sangat. sakit M yang buat tak update blog heheheh

Related Posts with Thumbnails