Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, February 10, 2014

#The Wedding Breaker

Assalamualaikum.

Sekarang tengah hot dengan siri Ariana Rose, adaptasi dari novel The Wedding Breaker. Walau berulang kali ibu cuba untuk tak nak layan siri pukul 7 kat TV3 tu, tapi ibu selalu kalah! 

Lepas tengok, menyesal dengan diri sendiri! Ya, lemah sungguh imanku. Sampaikan cerita tak tv tak boleh nak lawan kan?!

Waktu Mahgrib adalah time yang sangat singkat. Mana nak solat, nak selia kakak mandi, bagi anak-anak makan, nak ajar quran. Tahu sangat masa tu sangat genting. Perlu fokus pada hal lain.

Untuk mengatasi hal tu (kononya), buat sekian kalinya lepas sebegitu lama meninggalkan aktiviti ini - ibu beli novelnya. Harapnya, bila dah baca buku, dah tau ending maka ibu boleh buat kerja lain yang sepatutnya saat drama itu dipertontonkan.




Errmmm....

Ramalanku meleset belaka. Bila dah baca, nak tengok pulak penghayatan pelakonnya! 
Kuat sungguh hasutan syaitan ini ekk....! 

Syaitan jugak yang salah kan!?

Bila la nak insaf????!




No comments:

Related Posts with Thumbnails