Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, April 17, 2014

#Bila Allah memilihmu - Part 1

Assalamualaikum..

Ibu tak tahu bagaimana ibu boleh terjebak dalam dunia pengacaraan majlis atau ringkasnya 'emcee'. Seingat ibu, masa tingkatan 4, ibu pernah volunteer untuk jadi emcee masa jamuan akhir tahun asrama. Itulah pertama kalinya.

 Dengan Geng 'Goi Nasi' lepas jamuan makan malam asrama.

Masih ibu ingat, skrip yang ibu buat pun ala-ala saja. Ayat budak form 4 kan! Apa lah yang hebat sangat hehehehe. Selepas majlis, allahyarham Cikgu Mid ada bagi teguran pada ibu. Katanya ada intonasi ibu tak berapa kena. 

Terima kasih cikgu! 

Atas teguran tu, ibu selalu berlatih sendirian. Syok sendiri. Ibu suka tiru Normala Samsudin masa dia mengacara Nona. Nurfarahin Jamsari pun ibu suka tiru dan ikut intonasinya dalam diam-diam, siap dengan gaya tangan dan memek muka! Hehehehe

Masa tu ibu bercita-cita nak jadi pembaca berita atau berada dalam bidang-bidang yang seangkatannya (walaupun muka tak lawa!) Lepas SPM, ibu mohon untuk  masuk akademi TV3.

Dapat surat tawaran, terkedu tengok yuran. Beribu-ribu 'lemon' yuran untuk satu semester. Total habis pengajian diploma lebih RM80k. Maka ku simpan dan telan minat dan hajat itu ke dalam perut sahaja.

4 tahun di universiti, langsung tak pernah terlibat dengan majlis skema. Lebih banyak habiskan masa dengan hutan dan gunung. 

Masa mula bekerja, ibu hanya membuat pengumuman di kolej. Ramai tercari-cari empunya suara. Merdu kata mereka. Maaf kalau ada yang nampak macam ibu sedikit riak. Langsung tak dak, cuma ini sebahagian dari kisahnya.

Lepas tu, bermulalah kembali penglibatan ibu sebagai emcee. Langsung tiada latihan profesional, semua berdasarkan latihan syok sendiri ibu meniru pengacara ternama tv. 

Bermula sebagai pengacara fashion show di majlis konvokesyen, terus terlibat sebagai emcee majlis tertutup di Raja. Itulah pengalaman yang paling besar dan beharga.

"Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik mohon di ampun. 
Patik pohon perkenan ke bawah duli yang maha mulia tuaku untuk memulakan majlis. 
Ampun Tuanku".

Bertentang mata dengan tuanku saat memohon izin memulakan majlis, dan tuanku memberikan senyuman dan anggukan kepala tanda izin adalah suatu yang sangat istimewa.


Kenangan lepas Fashion Show Tertutup untuk Raja Muda Perlis.


Pada ibu lahhh....mungkin orang lain tak dak faedah pun hehehehe. Itu kisah di tempat lama. Kisah tempat baru lain pulak cabarannya!

Nanti ibu sambung ceritanya. Apa yang ibu nak kongsikan adalah apabila Allah mengangkat kita kepada satu kedudukan yang penting dan menjadi tumpuan.

Bila Allah nak angkat kita pada satu tahap dimata manusia, tetiba saja benda tu jadi. Bukan kita terhegeh-hegeh pun mencari. 

Walau sekuat mana pun kita mencuba untuk berada pada tahap yang kita nakkkk sangat, tapi kalau Allah tak izin, maka dok tang tu jugak la...

Ibu tak pernah rasa istimewa. Tapi bila Allah angkat diri ibu menjadi orang yang ada peranan penting dalam sesuatu perkara tanpa disangka-sangka, ibu rasakan itu adalah salah satu rahmat dan kasih sayang Dia pada ibu. 


Gaya seorang emcee yang baru beranak satu (masa tu laa!)

Bila saat Allah memilih untuk mengangkat darjatmu...jangan lupa diri ya!!! The choosen one - kata orang amerika!

Nanti ibu sambung part 2 ya!

2 comments:

Rizziela said...

saya lgsg x ada bakat :D pemalu

trapperjam said...

Che zakiyah ni memang cantik orangnya :)

Related Posts with Thumbnails