Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, April 30, 2014

#Bila Allah memilihmu - Part 2

Assalamualaikum.

Sambungan kisah ibu BILA ALLAH MEMILIHMU, edisi berpindah ke tempat kerja baru.

Terkena pulak, tempat cari makan yang baru banyak terlibat dengan majlis vip. 2 bulan berpindah di sini, dah ada majlis besar melibatkan menteri. Saat mereka tercari-cari emcee, ibu menawarkan diri.

Tawar diri bukan sebab rasakan diri ibu dah hebat. Dah kita boleh, apa salahnya kita bantu. Iya dak? Tapi kalau lepas tu, ada yang merasakan ibu tak bagus, mungkin orang lain boleh dicari menggantikan ibu. Lagipun, masa tu ibu dah seniorkan! Mana yang boleh dibantu dengan pengalaman yang ada, kita tolong laaaa...

Untuk mengelakkan nampak rasa dan pandangan orang (sangkaan ibu) 'hebat sangat ka dia ni?', ibu berpartner dengan seorang rakan yang tak kurang hebatnya. You know, who u are! (pembaca blog ibu jugak dia tu dalam diam rupa-rupanya hehehehehe)

Alhamdulillah, kombinasi kami ada keserasiannya. Dan ibu sekali lagi membuktikan kemampuan ibu mengawal diri dan mengendalikan majlis yang ada tetamu vip. Bukan nak kata ibu hebat sebab akap ikut skrip, sesiapa pun boleh. Cuma rasa suatu kejayaan peribadi bila dapat mengawal ketakutan diri sendiri. Itu adalah untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Kita puas bila semua orang puas hatikan dengan kerja kita?

Panas tak selalunya panjang. Hujan dan ribut sesekali pasti datang. Bila kita dah mula nampak ada keistimewaan, pasti akan ada unsur-unsur "jelly" di situ. Jelly yang dapat dikawal dengan baik, pasti akan baik hasilnya. Kalau yang tak terkawal, maka terimalah padahnya!

Mungkin ditambah juga dengan sifat ibu yang 'keras' dan suka bersuara, ada pihak yang tak puas hati. Ditambah lagi dengan hasutan yang ntah apa-apa, maka bermulalah pengalaman yang indah untuk diingati.

Indah sebab ibu dapat mengenali dan menghayati sifat manusia yang ada disekeliling ibu. 

Ingat saat Allah memilihmu. Dari menjadi seorang yang penting dan menjadi tumpuan, ibu diletakkan pada satu tahap yang lain. Selalu pakai cantik-cantik duduk di stage, ibu di pilih untuk jaga parking di tengah hujan dan panas..hehehehehe

Bukan hinaan ya! Tapi nak bagi nampak akan takdir Allah. Kalau dia nak letakkan kita sebagai orang penting, sekejap saja. Dan tiba-tiba boleh saja Allah letakkan kita sebagai orang yang 'sebelah mata pun orang tak pandang'

Itu juga adalah pilihan dan ketentuan Allah!

Atas dasar profesional dan boleh buat kerja, ibu belasah saja jaga parking sama dengan pakcik-pakcik RELA  Sanggup depa yang 'profesional' mencari emcee dari luar semata-mata tak nak ibu berada pada satu kedudukan yang hampir dengan orang-orang penting dan berkuasa! 

Kehkehkeh...lawak sungguh bila dikenang kisah lalu. Mungkin mereka ingat, ibu ni jenis gila glemer dan suka bersama orang-orang yang ada nama. Depa tak tau yang ibu ni biasa berak korek lubang, tidur atas akar kayu, makan dalam plastik sampah, minum ayaq lumut dan berkampung dengan orang asli.  Ibu tak kisah pun kalau dilayan bagai sampah. Janji ibu tak hina di sisi Allah!

Saat Allah memilih untuk meletak kembali ibu pada kedudukan yang lain, siapa kita untuk menidakkannya. Bukan ibu yang berkehendak, tapi aturan yang Allah bagi tu kadang-kadang tak terlintas langsung di minda.

Setelah 2 tahun, tiba-tiba Allah takdirkan ibu untuk mengacara majlis yang besar dan menjadi kembimbangan pihak atasan kerana tetamunya adalah pemimpin kedua negara.

Pergi sebagai emcee back up kepada emcee back up ( ibu emcee ke 3), akhirnya ditakdirkan ibu yang kena jadi emcee utama! Siapa kita untuk menidakkan aturan Allah Taala?



Pukul 6 petang arahan turun, esok pagi adalah majlisnya! Jangan kata bersedia mental, fizikal lagi la tak sedia. Muka penuh parut jerawat, baju pun bawa jubah dan baju batik. Bedak lipstik pun tak! Sebelum masjlis bermula, mujur terjumpa rakan lama. Tarik dia masuk bilik miting, dengan malu-malu mintak pinjam bedak dan lipstik dia hahahahahah

Rasanya, ibulah emcee yang paling selebet di duniaa..... (^_^)

 Rupa emcee setelah anak 3 !

Kata seorang rakan lama yang dah lama kami tak jumpa -  "kau telah menunjukkan kembali kebintangan kau! Bukan kebinatangan tau!". Siap dengan gelak besarnya!

Ramai sahabat yang tahu kisah silam ibu datang bertemu dan mengucapkan selamat dan tahniah atas come back, kata mereka.

"Haaahhh...baru nampak muka! Lama kena sembunyi?". Sergah seorang bos lama sambil senyum-senyum kambing.

Sungguh ibu tak cukup persediaan masa tu. Dengan pertolongan beberapa rakan, skrip yang baik dapat disediakan. Rehearsal pun sekali saja malam tu. Lebihnya, ibu tawakal dan gunakan pengalaman lepas sebagai bantuan.

Bersembang dengan seorang rakan usai majlis, ibu ceritakan situasi ibu yang hanya standby pada emcee stanby bila dia bertanya kisah emcee utama yang tak jadi.

Emcee utama adalah staf penerangan yang memang jadi mangsa. Dia pun sama macam ibu. Tak cukup persediaan sebab kurang maklumat dan tak terlibat dari awal. Kesian dia...

Kata kawan ibu selepas habis ibu bercerita kronologi yang berlaku :

"Zakiyah, semua tu bukan sebab emcee tak bersedia ka, tak terlibat dari awal ka, tak dak maklumat ka. Apa saja masalah tu sebab saja. Allah yang tentukan. Dia pilih kamu untuk berada di situ. Mai pi la sapa pun, buat la apa pun. Dah tertulis Zakiyah, Zakiyah lah orangnya. Kalau dulu depa bubuh Zakiyah bawah karpet yang busuk dan berdebu, kalau Allah nak angkat, tak dak sapa boleh buat apa...(panjang lagi celotehnya)"

Serius, semua tu buat ibu terkedu! Terus terpacul di minda bila mendengar celoteh rakan tadi - Iya, Allah yang memilihku.

Terima kasih semua sahabat atas kata-kata semangat! Setiap kisah yang berlaku sepanjang 2 tahun lepas dan kini adalah perjuangan yang mungkin hanya saya sahaja yang faham. 

Terima kasih Allah atas kekuatan semangat yang diberikan!

Yakinlah, apa pun yang berlaku samada baik atau pun buruk, kerana Allah sentiasa mengingatimu. Kerana itu dia memilih kita untuk berada di situasi yang kita redha atau pun tidak.

Saat kau tak punya siapa-siapa, ingatlah Allah itu ada!

No comments:

Related Posts with Thumbnails