Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, May 10, 2014

#Bicara tentang MATI

Assalamualaikum.

Korang selalu tak fikir pasal mati? Eh! dah buang tabiat ke apa ibu ni. Tetiba tanya pasal mati.

Last week, ibu ada kursus ala-ala ESQ kat opis. Masih ibu ingat kata penceramah akan kematian. Katanya, mati tu pasti. Semua orang akan mati. Dan kita memang tahu pun. Untuk apa kita takut mati. Katanya orang yang takut mati hanyalah orang-orang yang tidak bersedia.

Persoalannya, bersediakah kita? 
Bila tak bersedia, sebab tu takut akan mati?
Dah tau takut, kenapa tak bersedia?

Erkkk....pusing-pusing memang jatuh atas kepala sendiri jugak kan?

Kalau merajuk (ala-ala saja) dengan anak-anak, ibu selalu kata :
"Semua tak sayang ibu ya! Tak pa la, semua tak nak dengar cakap ibukan. Nanti ibu mati, ibu duduk dalam tanah. Semua anak-anak ibu da tak dak ibu lagi. Pergi la duduk dengan sapa yang anak-anak ibu nak!".

Nanti masing-masing akan berebut-rebut cakap TAK NAK IBU MATI! 
Masing-masing akan berebut nak cakap dengan ibu :

"Tak...kakak sayang ibu".

"Abang ayang ibu. Abang enga akap ibu".

"Ibu...ibu..ibu...adik saaaayannggg ibu".

Anak-anak ibu memang dah biasa ke kubur. Setiap kali hari raya, kami beramai-ramai akan ziarah kubur allahyarham adik ipar ibu. Setiap hari nak balik ke rumah pun, kami akan melalui tanah perkuburan hindu dan kemudiannya tanah perkuburan islam. 

Sejak abang dan adik dah mula hafal surah AlFatihah, ibu akan minta depa baca dan sedekahkan pada orang-orang Islam yang telah mati setiap kali melalui kawasan perkuburan. Sesekali ibu selitkan pesanan supaya mereka rajin untuk belajar baca quran dan sedekahkan alfatihah kepada ibu dan ayah bila kami dah tiada.

Kenapa? Itulah tanda anak-anak ibu sayang ibu dan ayah. Bila ibu dapat hadiah Fatihah, baru ulat-ulat dan semut dalam tanah tak gigit ibu nanti.

OoooOOoooo.... entah apa yang yang depa bayangkan kan?

Satu pagi, semasa di dalam perjalanan rutin ibu untuk ke opis dan menghantar anak-anak ke sekolah, kembar adik tiba-tiba mencium pipi ibu yang sedang memandu dan bersuara :

"Ibu, kalau ibu mati duduk dalam tanah, kesian kat adik. Adik dah tak dak ibu. Nanti adik kena baca Fatihah kat ibu sebab adik sayang ibu".

Oh anak...sejuk rasanya. Moga anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Moga kalian kekal begini sayang. Sampai bila-bila....






No comments:

Related Posts with Thumbnails