Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, February 10, 2014

#The Wedding Breaker

Assalamualaikum.

Sekarang tengah hot dengan siri Ariana Rose, adaptasi dari novel The Wedding Breaker. Walau berulang kali ibu cuba untuk tak nak layan siri pukul 7 kat TV3 tu, tapi ibu selalu kalah! 

Lepas tengok, menyesal dengan diri sendiri! Ya, lemah sungguh imanku. Sampaikan cerita tak tv tak boleh nak lawan kan?!

Waktu Mahgrib adalah time yang sangat singkat. Mana nak solat, nak selia kakak mandi, bagi anak-anak makan, nak ajar quran. Tahu sangat masa tu sangat genting. Perlu fokus pada hal lain.

Untuk mengatasi hal tu (kononya), buat sekian kalinya lepas sebegitu lama meninggalkan aktiviti ini - ibu beli novelnya. Harapnya, bila dah baca buku, dah tau ending maka ibu boleh buat kerja lain yang sepatutnya saat drama itu dipertontonkan.




Errmmm....

Ramalanku meleset belaka. Bila dah baca, nak tengok pulak penghayatan pelakonnya! 
Kuat sungguh hasutan syaitan ini ekk....! 

Syaitan jugak yang salah kan!?

Bila la nak insaf????!




Thursday, February 6, 2014

#Masalah terkini

Assalamualaikum.

Taip panjang-panjang, pastu delete. Taip lagi ayat. Delete balik! Ini memang semulajadi kalau dah lama tak menulis. Tu pun ada hati nak tulis novel!

Hahahahaha. Sila gelak kat diri sendiri!

Tulisan kali ni mungkin lain. Sebab ibu tengah sedih hati. Rasa stress sejak 2-3 menjak ni. Tiada kaitan dengan hal kerja. Apatah lagi dengan manusia lain. 2014 ni dah tanam azam, nak hidup hepi-hepi!

Stress terkini adalah kerana  muka ibu penuh jerawat kecik dan batu! Besar tu kira batu la kan? Masa remaja tak dak pulak masalah macam ni. Dah tua ala-ala diva ni, penuh pulak dia naik nak tambah seri...!

Adooiii....ayah dah beli Oxy5 untuk ibu. 2minggu pakai, sama jugak! Semalam, tambah dose ke Oxy10. Jari ibu ni kan memang tak boleh nak menahan nak memicit. Dah bertompok-tompok merah kat sana sini hasil picitan sendiri!

Memang jerawat ni boleh buat rasa rendah diri kan!? Dah la muka tak berapa nak ayu (manis saja (^_^) yang ada), pastu naik jerawat berjemaah pulak tu...

Nak masuk kelas pun rasa malu! Haaa! Boleh gitu!???

Ok bye!


Related Posts with Thumbnails