Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, March 5, 2014

#Kenapa ayah dan ibu mesti dihormati?

Assalamualaikum wbt

Satu hari, ibu dan anak-anak naik kereta. Ketiga-tiga anak ibu duduk kat seat depan. Sambil drive sambil mulut ibu potpet-potpet sabarkan anak-anak yang mula gaduh sebab sempit. Belakang luas, tak nak pulak komer rebut!

Tetiba, adik panggil ibu bertalu-talu. Ibu iyakan saja tanpa hadam butir bicaranya sebab dok fokus pada pemanduan.

"Ibu..dia cakap ayah dan ibu laa...". Ulang adik berkali-kali selagi ibu tak ulas semula percakapannya.

"Oooooo...cuba adik dengar dia cakap apa". Ibu dengar kat radio tengah berkumandang lagu Ayah dan Ibu by Sudirman.

Ibu pun nyanyi sama dengan Sudirman siap dengan gaya tangan macam Usop Wilcha.

Sejak hari tu, asal naik kereta adik akan minta lagu ayah dan ibu. Maka terpaksalah ibu nyanyikan sebab cdnya tak dak dalam koleksi ibu. Nanti boleh suruh ayah burn stok lagu Sudirman buat bekalan dalam kereta.

Adik akan senyum kembang hidung sambil follow nyanyian ibu. Otak budakkan! Dua hari dia dah boleh ikut.

Setiap hari pasti akan ada soalan cepu emas dari adik. 

"Ibu, kenapa dia cakap "mati"?. Soal adik bila dia dengar perkataan "dihormati". Ibu  terangkan, bukan mati tapi dihormati.

"OoooooOoO", panjang o adik!

"Ibu, kenapa dia cakap dihormati?".  Menjawablah ibu!

Esok nak lagi lagu ayah dan ibu. Terpaksalah suara ibu yang merdu ni pada telinga depa nyanyikan lagi (=^_^=)

Begitulah gayanya dah hampir seminggu ini. Abang dan kakak pun tumpang nyanyi dan ngangguk saja di samping menjadi pengulas tambahan bila ibu bagi jawapan pada soalan killer adik.

Word yang dia suka - dihormati! Soalan dia, balik-balik word yang sama.

Satu hari, selepas dah berhari-hari ibu terang pasal dihormati, ibu pun soal adik balik - "Adik, kenapa ayah dan ibu mesti dihormati?"

"Sebabbbb....", lama adik cari jawapan. Ibu teruskan pemanduan. Selalu, sesi perbualan kami ni dalam kereta time petang nak balik rumah. Dalam jarak 2.7km, macam-macam cerita boleh dibual bicara.

"Sebab ibu yang lahirkan adik! Betul tak?". Ibu bagi jawapan.

Adik mengangguk sambil senyum tanda setuju lah tu dengan statement ibu.

"Sebab tu adik, abang, kakak kena hormat ibu dengan ayah. Ibu dengan ayah buat macam-macam jaga kakak, abang dan adik, yer tak".

"Macam-macam tu apa". Soal adik.

"Macam-macam la. Siapa yang basuh berak adik?", soal ibu.
"Ibu!". Cepat adik jawab.

"Sapa pakaikan adik baju?".
"Ayah!".

"Sapa jaga adik masa adik demam?".
"Ibu!". Makin laju adik bagi jawapan.

"Sapa bagi adik ubat?".
"Ibu!". Kakak dan abang dok diam dengar adik dan ibu bersoal jawab.

Ermmmm...ibu dah habis modal nak cari contoh "macam-macam" hal yang ibu dan ayah buat untuk buktikan kenapa ibu dan ayah perlu dihormati.

"Sapa teman adik kencing?". Confident ibu tanya adik.
"Adik!!!!". Dengan bangga adik jawab sambil angkat tangan.

Hahahahhaha..

Salah soalan pulak! Sebab la ni dia selalu sebut "adik dah besar, dah kuat. Adik pi kencing sorang-sorang tak payah ibu teman!"

Kurang dah satu tugas ibu!!! Kena cari bukti lain yang lebih kukuh dan meyakinkan pulak lepas ni!



Sesi makan kitkat lepas riadah petang di taman tasik dekat kejiranan kami! 
Related Posts with Thumbnails