Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, April 30, 2014

#Bila Allah memilihmu - Part 2

Assalamualaikum.

Sambungan kisah ibu BILA ALLAH MEMILIHMU, edisi berpindah ke tempat kerja baru.

Terkena pulak, tempat cari makan yang baru banyak terlibat dengan majlis vip. 2 bulan berpindah di sini, dah ada majlis besar melibatkan menteri. Saat mereka tercari-cari emcee, ibu menawarkan diri.

Tawar diri bukan sebab rasakan diri ibu dah hebat. Dah kita boleh, apa salahnya kita bantu. Iya dak? Tapi kalau lepas tu, ada yang merasakan ibu tak bagus, mungkin orang lain boleh dicari menggantikan ibu. Lagipun, masa tu ibu dah seniorkan! Mana yang boleh dibantu dengan pengalaman yang ada, kita tolong laaaa...

Untuk mengelakkan nampak rasa dan pandangan orang (sangkaan ibu) 'hebat sangat ka dia ni?', ibu berpartner dengan seorang rakan yang tak kurang hebatnya. You know, who u are! (pembaca blog ibu jugak dia tu dalam diam rupa-rupanya hehehehehe)

Alhamdulillah, kombinasi kami ada keserasiannya. Dan ibu sekali lagi membuktikan kemampuan ibu mengawal diri dan mengendalikan majlis yang ada tetamu vip. Bukan nak kata ibu hebat sebab akap ikut skrip, sesiapa pun boleh. Cuma rasa suatu kejayaan peribadi bila dapat mengawal ketakutan diri sendiri. Itu adalah untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Kita puas bila semua orang puas hatikan dengan kerja kita?

Panas tak selalunya panjang. Hujan dan ribut sesekali pasti datang. Bila kita dah mula nampak ada keistimewaan, pasti akan ada unsur-unsur "jelly" di situ. Jelly yang dapat dikawal dengan baik, pasti akan baik hasilnya. Kalau yang tak terkawal, maka terimalah padahnya!

Mungkin ditambah juga dengan sifat ibu yang 'keras' dan suka bersuara, ada pihak yang tak puas hati. Ditambah lagi dengan hasutan yang ntah apa-apa, maka bermulalah pengalaman yang indah untuk diingati.

Indah sebab ibu dapat mengenali dan menghayati sifat manusia yang ada disekeliling ibu. 

Ingat saat Allah memilihmu. Dari menjadi seorang yang penting dan menjadi tumpuan, ibu diletakkan pada satu tahap yang lain. Selalu pakai cantik-cantik duduk di stage, ibu di pilih untuk jaga parking di tengah hujan dan panas..hehehehehe

Bukan hinaan ya! Tapi nak bagi nampak akan takdir Allah. Kalau dia nak letakkan kita sebagai orang penting, sekejap saja. Dan tiba-tiba boleh saja Allah letakkan kita sebagai orang yang 'sebelah mata pun orang tak pandang'

Itu juga adalah pilihan dan ketentuan Allah!

Atas dasar profesional dan boleh buat kerja, ibu belasah saja jaga parking sama dengan pakcik-pakcik RELA  Sanggup depa yang 'profesional' mencari emcee dari luar semata-mata tak nak ibu berada pada satu kedudukan yang hampir dengan orang-orang penting dan berkuasa! 

Kehkehkeh...lawak sungguh bila dikenang kisah lalu. Mungkin mereka ingat, ibu ni jenis gila glemer dan suka bersama orang-orang yang ada nama. Depa tak tau yang ibu ni biasa berak korek lubang, tidur atas akar kayu, makan dalam plastik sampah, minum ayaq lumut dan berkampung dengan orang asli.  Ibu tak kisah pun kalau dilayan bagai sampah. Janji ibu tak hina di sisi Allah!

Saat Allah memilih untuk meletak kembali ibu pada kedudukan yang lain, siapa kita untuk menidakkannya. Bukan ibu yang berkehendak, tapi aturan yang Allah bagi tu kadang-kadang tak terlintas langsung di minda.

Setelah 2 tahun, tiba-tiba Allah takdirkan ibu untuk mengacara majlis yang besar dan menjadi kembimbangan pihak atasan kerana tetamunya adalah pemimpin kedua negara.

Pergi sebagai emcee back up kepada emcee back up ( ibu emcee ke 3), akhirnya ditakdirkan ibu yang kena jadi emcee utama! Siapa kita untuk menidakkan aturan Allah Taala?



Pukul 6 petang arahan turun, esok pagi adalah majlisnya! Jangan kata bersedia mental, fizikal lagi la tak sedia. Muka penuh parut jerawat, baju pun bawa jubah dan baju batik. Bedak lipstik pun tak! Sebelum masjlis bermula, mujur terjumpa rakan lama. Tarik dia masuk bilik miting, dengan malu-malu mintak pinjam bedak dan lipstik dia hahahahahah

Rasanya, ibulah emcee yang paling selebet di duniaa..... (^_^)

 Rupa emcee setelah anak 3 !

Kata seorang rakan lama yang dah lama kami tak jumpa -  "kau telah menunjukkan kembali kebintangan kau! Bukan kebinatangan tau!". Siap dengan gelak besarnya!

Ramai sahabat yang tahu kisah silam ibu datang bertemu dan mengucapkan selamat dan tahniah atas come back, kata mereka.

"Haaahhh...baru nampak muka! Lama kena sembunyi?". Sergah seorang bos lama sambil senyum-senyum kambing.

Sungguh ibu tak cukup persediaan masa tu. Dengan pertolongan beberapa rakan, skrip yang baik dapat disediakan. Rehearsal pun sekali saja malam tu. Lebihnya, ibu tawakal dan gunakan pengalaman lepas sebagai bantuan.

Bersembang dengan seorang rakan usai majlis, ibu ceritakan situasi ibu yang hanya standby pada emcee stanby bila dia bertanya kisah emcee utama yang tak jadi.

Emcee utama adalah staf penerangan yang memang jadi mangsa. Dia pun sama macam ibu. Tak cukup persediaan sebab kurang maklumat dan tak terlibat dari awal. Kesian dia...

Kata kawan ibu selepas habis ibu bercerita kronologi yang berlaku :

"Zakiyah, semua tu bukan sebab emcee tak bersedia ka, tak terlibat dari awal ka, tak dak maklumat ka. Apa saja masalah tu sebab saja. Allah yang tentukan. Dia pilih kamu untuk berada di situ. Mai pi la sapa pun, buat la apa pun. Dah tertulis Zakiyah, Zakiyah lah orangnya. Kalau dulu depa bubuh Zakiyah bawah karpet yang busuk dan berdebu, kalau Allah nak angkat, tak dak sapa boleh buat apa...(panjang lagi celotehnya)"

Serius, semua tu buat ibu terkedu! Terus terpacul di minda bila mendengar celoteh rakan tadi - Iya, Allah yang memilihku.

Terima kasih semua sahabat atas kata-kata semangat! Setiap kisah yang berlaku sepanjang 2 tahun lepas dan kini adalah perjuangan yang mungkin hanya saya sahaja yang faham. 

Terima kasih Allah atas kekuatan semangat yang diberikan!

Yakinlah, apa pun yang berlaku samada baik atau pun buruk, kerana Allah sentiasa mengingatimu. Kerana itu dia memilih kita untuk berada di situasi yang kita redha atau pun tidak.

Saat kau tak punya siapa-siapa, ingatlah Allah itu ada!

Tuesday, April 29, 2014

#Sekadar ingatan

Assalamualaikum.

Hari ini ibu dapat satu image dari seorang rakan lama di grup wassap 'merapu' kami. Ya..kami rakan-rakan lama yang dah lama tak jumpa namun masih kerap merapu 'lama-lama' di situ.

Kadang-kadang ada lawak jenaka, adalawak over. Ada jugak yang merajuk. Ada yang marah sampai bermaki-maki. Nanti ada yang merajuk dan kemudian ada pula yang memujuk. 

Macam-macam laku kawan-kawan ibu di situ. Walaupun banyak yang berbeza tapi bab merapu, kadang-kadang 'mereka' masih sama hehehehe (tak mau guna 'kami' sebab nanti semua tau ibu pun suka merapu!)

Tengah-tengah merapu, seorang rakan ibu berkongsi image ini. Terkedu dan terfikir ibu sendiri. 

Sungguh lemah iman ibu sehingga langsung tak berani menegur bila ada kemungkaran di depan mata. Alasannya, takut kawan terguris dan terasa. Adakah itu tandanya ibu sayang dan hormatkan mereka hingga langsung ibu segan untuk bersuara?

Mungkin dengan perkongsian di sini adalah salah satu cara yang 'halus' untuk ibu menegur. Bukan menegur kalian, malah yang lebih penting ibu hendak mengingatkan diri ibu juga!

Betapa ibu insan yang tidak sempurna. Insan yang sungguh tipis dan lemah imannya...




Ibu mohon agar kalian tidak terguris rasa. Ya, ibu bukan sempurna. Terkadang ada juga ter'peleot' di sana sini. Tegurlah ibu jika kalian juga sayangkan ibu...

Ibu sayang kalian semua kerana Allah Taala! Moga kita semua beroleh syurgaNya!

Monday, April 28, 2014

#Bukit Kita

Assalamualaikum.

Almost seminggu tak update blog.  Janji sokmo nak berubah. Tapi tu lah. Payah sungguh nak istiqomah. Jangan kata bab ibadah, bab update blog pun payah! 

Nyampah jugak dengan diri sendiri! (boleh gitu?) Back la to cerita ibu. Eh, cerita kami....

Dekat dengan rumah ibu ada sebuah taman tasik. Nama rasminya Taman Tasik Perdana Tak la besar sangat sebab ada lagi satu taman tasik yang besarrrrr. Tempat tu selalu digunakan untuk Pesta Layang-Layang Antarabangsa. Kalau korang update, pesta tu akan ada setiap tahun dalam bulan Februari. 

Bukan nak cerita pesta layang-layang atau bukitnya. Ibu nak share kisah bukit kami di taman tasik kecik kami saja.

Kebiasaan kalau ada masa lapang dan mood rajin ibu baik, ibu akan bawak anak-anak ke sini. Biasanya, kami akan pusing taman tu seround dua, then kami akan lepak di suatu tempat. Dapat jugak la keluarkan peluh dan bagi kanak-kanak ni penat. So, malam nanti depa akan lena awai (harapnya lah). Tapi kadang-kadang, depa lena lambat jugak. Ibu yang lena dulu hehehehe

Habis pusing tasik, kami akan mendaki sebuah 'bukit' di tepi tasik. Kat atas tu ada sebuah kerusi batu. Selalu, ibu akan bawak bekal masa jogging. Sebotol air adalah wajib dan makanan-makanan lain samada buah, biskut, jajan atau coklat.


Abang dan adik makan cekelat!


Kami akan ber'picnic' kat atas tu sambil sembang-sembang. Sambil makan, sambil la ibu kena menajwab soalan-soalan yang tak pernah jemu abang, adik dan kakak ulang tanya! Jawab sajalah ibu oiiii...selagi terdaya!

Ada satu masa, ibu cuba pindah tempat lepak kami ke lokasi lain. Saja nak ambik view lain pulak. Tapi kanak-kanak ni macam tak gembira. So, ibu ajak la depa jalan ikut denai yang ada, di luar laluan jogging kebiasaan kami. Pusing kot jalan lain.

Banyak pulak soalan, Kenapa ibu jalan sini? Ada apa ibu kat sini? Alahaiii..payah sungguh kalau dah biasa dengan satu jalan saja. Walaupun banyak soal, depa tetap enjoy!

Akhirnya jalan baru kami itu akan bertemu dengan tempat lepak kami yang biasa. Walaupun datang dari arah lain, depa dah cam!



"Ibuuuuuu....tu...tuuu!". Kakak punya jerit sambil tarik tangan ibu paksa ibu tengok apa yang dia tunjuk.

Lapaq ayaq lepas dok naikturun-naikturun bukit depa.


"Apaaaa?!". Biasalah soalan ibu. Maklumlah ibu garangkan! hehehehehe

"Tuuuu...bukit kitaaaaa! Jom la ibu!".

Belasah! Mujuq tak dak orang naik bukit tu. Kira kalau ada orang lain lepak kat atas tu, mau depa ni pi halau. Dah cop dah bukit tu bukit kita! Lepak tang lain tak kena dengan jiwa. Bukit tu jugak yang depa sukaaa..


Seronok bukan main dapat naik bukit depa!

Sunday, April 20, 2014

#Abang nampak ibu......!

Assalamualaikum.

Anak ibu yang sorang ni memang "rhap". Bangun pagi senang berbanding hat lain-lain. Celik je mata terus mintak nak mandi. Tak kisah ayaq panas ka sejuk, memang tahan lasak anak ibu yang sorang ni!

Ada time ibu tahan jugak dia tak bagi mandi dulu. Sebab ibu nak buat kerja lain. Risau pulak tak dak orang nak pantau dia dalam toilet tu. Tapi sejak dah sekolah ni, makin ok je tengok dia. Asal dia mintak ja, ibu bagi la dia mandi sendiri.

Kadang-kadang, berkubang tiga-tiga orang dalam toilet. Siap berenang bagai! Lantak la anak-anak oiii...janji kamu bahagia dan gembira, sihat tak dak luka cedera.

Untuk abang yang rajin mandi ni, ibu prepare berus gigi yang dah sedia dengan ubat gigi untuk dia. Nanti, dia akan halau ibu keluar. Konon dia dah besaq, nak mandi sendiri (^_^). 

Eksyen!!!


Paip ayaq adalah kegemaran. Ni nak kencing. 
Dah pandai ambik paip siap-siap.


Tapi time pakai baju, paksa ibu suruh pakaikan. Awai-awai dia cakap "Abang tak etiiii'. Serentak dengan hidung kembang kempis. Nampak sangat dia acting nak manja-manja dengan ibu.

Sesekali ibu skodeng la tengok aksi dia kot celah-celah pintu. Tahu saja ibu dok usha diaaa 

Hehehehhehehe


"Abang nampak ibuuuu........!"

Saturday, April 19, 2014

#Sekadar ingatan mesra


Assalamualaikum...


Bersiaran di hujung minggu, lansung dari Kota Singa. Ayah baru pi kerja. Nenek dan kakak dah ke Geylang pukul 2 tadi.

Tinggal ibu ber'perang' dengan hero dua orang ni. Tengah menaip ni pun, abang nangis sebab kena baling lori dengan adik! Ibu dah lali. Komer 'gaduh' lah puas-puas heheheehe tak kuasa ibu nak jatuh hukum kalau takat gaduh-gaduh manja tu. Kang ibu yang terlebih 'singa', tidur malam kamu berpeluk cium jugak! (ada jugak ekkk ibu macam gini yer?)

Gitulah hidup ni kan. Kita yang kat tengah-tengah ni jangan cepat melatah kalau dapat laporan sesuatu yang tak sedap pada pendengaran kita. Kalau ada 'hantu raya' yang sebar cerita, bertenang saja. Kang marah berlebih, tak pasal-pasal kita yang berdosa sebab salah sangka. Lagi malang, terus gunakan kuasa untuk jatuhkan hukuman! 

Apa sangat kuasa yang kita ada. 0.0000000000001% saja kot Allah bagi kita rasa macamana feeling bila jadi orang berkuasa. Kalau letak di tempat yang kena, Alhamdulillah. Malang sekali, dengan kuasa yang Allah bagi rasa tu terus kita lupa dan semudahnya menggunakan 'kuasa' pinjaman tersebut untuk kenakan orang.

Remember - WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK! WHAT GOES AROUND MUST COMES AROUND! (Betul ke bahasa amerika ibu ni!? hehehe)

Apa yang ibu tulis ni sebagai ingatan buat diri ibu dan juga pembaca blog ibu ni ( ada kaaaa???). Ibu pun takut kalau-kalau nanti, ibu lupa diri bila ada 'kuasa'. Sebab tu ibu tulis untuk ibu ingatkan diri ibu yang mudah lupa.




Hidup kita ada aturannya. Ada pusingannya. Kita buat baik kat orang, Allah akan hantar orang lain buat baik kat kita. Kita 'penaya' orang, Allah akan uji kita benda yang sama. Tak kena kat kita, anak cucu kita pun boleh kena tempiasnya. Kan kesian kalau anak cucu kita yang terima balasannya sikap tak baik kita?

Pakat-pakat beringatlah. Jaga hati kita. Cemburu dan dengki memang akan ada dalam diri manusia. Ibu tak kata orang lain. Ibu tau, hati ibu sendiri pun penuh dengan hasad dan dengki. Bukan mudah nak merawatnya. Tapi sedaya mungkin ibu tetap cuba untuk tidak mahu menganiaya orang. Kuat tau bisikan syaitan ni! 



Orang lain mungkin berjaya atasinya. Ibu masih terus bertahan dan mencuba. Nak jugak hidup sihat, jiwa dan raga! Nak hidup terus bahagia. Dan yang penting, nak masuk SYURGA...

InsyaAllah.....moga kita semua dapat ke sanaaa.....

Amin!

Thursday, April 17, 2014

#Bila Allah memilihmu - Part 1

Assalamualaikum..

Ibu tak tahu bagaimana ibu boleh terjebak dalam dunia pengacaraan majlis atau ringkasnya 'emcee'. Seingat ibu, masa tingkatan 4, ibu pernah volunteer untuk jadi emcee masa jamuan akhir tahun asrama. Itulah pertama kalinya.

 Dengan Geng 'Goi Nasi' lepas jamuan makan malam asrama.

Masih ibu ingat, skrip yang ibu buat pun ala-ala saja. Ayat budak form 4 kan! Apa lah yang hebat sangat hehehehe. Selepas majlis, allahyarham Cikgu Mid ada bagi teguran pada ibu. Katanya ada intonasi ibu tak berapa kena. 

Terima kasih cikgu! 

Atas teguran tu, ibu selalu berlatih sendirian. Syok sendiri. Ibu suka tiru Normala Samsudin masa dia mengacara Nona. Nurfarahin Jamsari pun ibu suka tiru dan ikut intonasinya dalam diam-diam, siap dengan gaya tangan dan memek muka! Hehehehe

Masa tu ibu bercita-cita nak jadi pembaca berita atau berada dalam bidang-bidang yang seangkatannya (walaupun muka tak lawa!) Lepas SPM, ibu mohon untuk  masuk akademi TV3.

Dapat surat tawaran, terkedu tengok yuran. Beribu-ribu 'lemon' yuran untuk satu semester. Total habis pengajian diploma lebih RM80k. Maka ku simpan dan telan minat dan hajat itu ke dalam perut sahaja.

4 tahun di universiti, langsung tak pernah terlibat dengan majlis skema. Lebih banyak habiskan masa dengan hutan dan gunung. 

Masa mula bekerja, ibu hanya membuat pengumuman di kolej. Ramai tercari-cari empunya suara. Merdu kata mereka. Maaf kalau ada yang nampak macam ibu sedikit riak. Langsung tak dak, cuma ini sebahagian dari kisahnya.

Lepas tu, bermulalah kembali penglibatan ibu sebagai emcee. Langsung tiada latihan profesional, semua berdasarkan latihan syok sendiri ibu meniru pengacara ternama tv. 

Bermula sebagai pengacara fashion show di majlis konvokesyen, terus terlibat sebagai emcee majlis tertutup di Raja. Itulah pengalaman yang paling besar dan beharga.

"Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik mohon di ampun. 
Patik pohon perkenan ke bawah duli yang maha mulia tuaku untuk memulakan majlis. 
Ampun Tuanku".

Bertentang mata dengan tuanku saat memohon izin memulakan majlis, dan tuanku memberikan senyuman dan anggukan kepala tanda izin adalah suatu yang sangat istimewa.


Kenangan lepas Fashion Show Tertutup untuk Raja Muda Perlis.


Pada ibu lahhh....mungkin orang lain tak dak faedah pun hehehehe. Itu kisah di tempat lama. Kisah tempat baru lain pulak cabarannya!

Nanti ibu sambung ceritanya. Apa yang ibu nak kongsikan adalah apabila Allah mengangkat kita kepada satu kedudukan yang penting dan menjadi tumpuan.

Bila Allah nak angkat kita pada satu tahap dimata manusia, tetiba saja benda tu jadi. Bukan kita terhegeh-hegeh pun mencari. 

Walau sekuat mana pun kita mencuba untuk berada pada tahap yang kita nakkkk sangat, tapi kalau Allah tak izin, maka dok tang tu jugak la...

Ibu tak pernah rasa istimewa. Tapi bila Allah angkat diri ibu menjadi orang yang ada peranan penting dalam sesuatu perkara tanpa disangka-sangka, ibu rasakan itu adalah salah satu rahmat dan kasih sayang Dia pada ibu. 


Gaya seorang emcee yang baru beranak satu (masa tu laa!)

Bila saat Allah memilih untuk mengangkat darjatmu...jangan lupa diri ya!!! The choosen one - kata orang amerika!

Nanti ibu sambung part 2 ya!

Wednesday, April 16, 2014

#Musim bunga "Sakura Malaya"

Assalamulaikum...

2-3 minggu lepas, Malaysia heboh dengan keindahan bunga 'sakura' malaya! Dari Utara sampai ke Selatan ni, heboh kot fb pasal bunga yang tetiba berbunga sakan.

Hampir 6 tahun ibu di bumi Pasir Gudang, tahun ni lah baru sakura malaya ni galak berbunga. Dulu ada jugak, tapi ala-ala saja dan tak lah menjadi daya tarikan sangat.


Pada ibu taklah pelik sangat dengan bunga ni sebab di UUM dulu sakura malaya ni selalu jugak berbunga indah. Mungkin kerana tanah UUM yang tempias dengan panas Thailand menjadi asbab dia dapat berbunga sakan.



Tahun ni memang Malaysia dilanda panas yang soooo hot sekali. Ada ustaz yang kata, macam tanda-tanda tahun pertama dalam 3 tahun kemarau sebelum turunnya Dajjal...wallahualam!

Panas yang mencukupi akan merangsang pokok sakura malaya ni berbunga. Indahkan pemberian Tuhan? Hampir 2 bulan dilanda panas yang ber'denting', kemudian Dia anugerahkan suatu pemberian yang menenangkan sekali. 




Walaupun hanya bunga yang tak boleh dimakan pun, tapi bila melihatnya bertompok-tompok menenggelamkan daun, seolah-olah mendapat satu ketenangan yang agung. Melihatnya gugur bila ditiup angin boleh membuatkan ibu berhentikan kereta di tepi jalan dan menghayati keindahan bunga yangs sedang berguguran tu. Nikmat keindahan percuma dari Allah Taala.

Maka, nikmat apakah lagi yang kamu dustakan??

Feeling ala-ala kat Korea!

2-3 hari lepas, hujan lebat mula turun. Bunga-bunga yang indah ni pun dah habis gugur. Tinggal daun saja yang kembali merimbun!

Tuesday, April 15, 2014

#Kita apa yang kita fikirkan!

Assalamualaikum

Semalam dan janji dah mula berubah. Tulis juga walau sepotong ayat..hahahaha! Kaedah terkini untuk pastikan blog ini sentiasa berupdate dan up to date! :D

Muka ibu tengah dalam proses sesi penggelupasan (betui ka perkataan ni). Minggu lepas ada karnival sukan. Lawan sukan rumah-rumah macam masa kat sekolah dulu. Dah lama tak dak sukan macam ni sejak 2-3 tahun lepas...sebabnya? huhuhuhu (lu pikir lah sendiri).

Anak-anak murid punya la ceria. Tak tau la depa suka sebab dapat bersukan atau suka sebab kelas semua tunda. Cikgu-cikgu pun suka jugak la. Boleh la pakat lepaskan perasaan dan bakat yang dah lama terendam tuh...

Firstday, ibu pulun habis. Netball dan volleyball. Tu semua permainan 'makanan' ibu. Walaupun dah agak berkarat, tapi skill masih boleh tahan. Letih jugak la anak murid dan kejor ibu anak 3 ni hehehe.

Netball johan. Volleyball pun johan!

Esoknya ada futsal. Turun main 2nd half. Itu lah kali pertama ibu sepak bola dalam perlawanan. Boleh jugak score 2 bijik walapun kaki terasa macm stick hoki saja. Keras dan kaku hahahahaha

Lepas tu dah tak boleh main dah. Kulit muka ibu dah tak tahan. Dia punya pedih dan tegang...fuhhhh! Tak dapat dah. Alhamdulillah, rumah ibu dapat johan jugak! Hebatlah korang semuaaa...

Habis sukan, penat dah sepasai! Muka hitam lagi 2 pasai. Lepas tu mula tegang dan mengelupas. Siap boleh tarik kulit yang hangit tu. Dah lama tak rasa hitam legam macam ni. 

Kalau zaman sekolah dulu, memang pelik kalau muka cerah. Pernah satu masa ibu dapat hadiah di hari anugerah, maktok kata nampak gigi dengan mata saja kat atas stage! Time tu tengah berlatih kayak. Memang hangit tak henggat punya!

Habis kulit kopek, jerawat pulak serang. Mungkin sebab lemak dan minyak bawah kulit 'cayaq' kot. Berpusu-pusu la depa keluaq. Hat hari tu pun tak habis lagi, tambah lagi stok baru....layan jer lah! 

Muka yang penuh dengan parut dan bakal-bakal parut :P


Allah bagi kan semua tu. Kalau dok pikir yang negetif, maka nampak lah kita ni asyik pikir benda buruk sajakan. Naik jerawat kali ni, ibu rasa macam sayang nak picit! Mungkin sebab lokasi jerawat tu buat ibu rasa macam istimewa hahahaha

Rasa macam jerawat 'manis' pulak! Sila jangan pengsan ya...hehehee

Pesanan hari ni, pikirlah yang baik-baik saja. Anda pasti akan gembira dan lebih menghargai setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Sentiasa positifkan fikiran kita dengan memikirkan benda-benda yang mulia dan indah ya!

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Cara kita berfikir boleh menampakkan siapa diri kita. Walaupun perwatakan kita berbeza. Tu semua kulit sajaaaa. Hati dan pemikiran adalah isinya. Lama-lama, akan teserlah jua ;)



Renung-renung dan fikirkan.....Selamat beramal...!

Monday, April 14, 2014

#Teruk bebenau rasanya

Assalamualaikum.

Sebulan lamanya ibu tidak menulis apa-apa di sini. Rindu sebenarnya nak membebel dan mencatatkan sesuatu, tapi sakit M yang masih bertamu sungguh payah nak dikikis.

24jam sehari tetap tak berubah. Dengan kemudahan yang ada, bukan alasan sebenarnya untuk tidak mencatatkan sesuatu di sini. Sambil baring pun boleh! Kalau nak la..hehehhehe

Permulaan 2014 memang agak memenatkan ibu. Kalau di analogikan dengan bersukan, tak sempat nak warm-up pun. Bangun tido terus larik pecut 100m hehehehehe. 15m kemudian, dah mula mengah dan nak oksigen!
 
Maklumlaa...dah lama sejuk beku! Macam blur-blur pun iyer...;)

Cuti sekolah Mac hari tu, cuti seminggu ibu diluluskan. Sekeluarga kami balik ke Kedah ziarah maktok dan wan. Jumpa adik beradik sana. Dan ziarah pak teh yang terbaring kaku akibat serangan strok masa AidilAdha yang lepas.

Lama tak drive jauh-jauh. Jenuh tepuk pinggang terha nak sampai Pasir Gudang!


Cukup la beberapa perenggan dulu sebagai come back (kekdahnya!). Nanti ibu buat latihan menaip lagi kat sini yaaaa....

Daaaa......




Related Posts with Thumbnails