Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, November 20, 2014

#Luahan seorang diva

Telah ku bersemuka untuk berbincang masalah, tapi mengelak dan lari meninggalkan aku sendirian.

Ku pohon kemaafan, kau lari dan sembunyikan tangan.

Ku tarik kau dalam pelukan, kau bisikkan kata-kata keramat - minta bersihkan namamu yang konon ku kotorkan.

Bila aku hampir dengan orang-orang atasan, dikatakan aku suka memburuk-burukkan.

Telah ku undur diri untuk tidak nampak menyerlah, memberi peluang untuk kau dipandang, kau katakan "tidak adil sebab aku tiada tugasan".

Ku berkongsi maklumat dan pengetahuan, dikatakan aku ujub dan riak dalam menyampaikan.

Ku ikut buku dan peraturan, kau kata aku sengaja menyusahkan.

Bila aku cuba memudahkan, kau kata tak boleh, itu peraturan.

Bila ku kata diriku melukut, kau kata itu perkataan yang tak elok maknanya.

Saatku kata diriku diva, kau kata split identiti punya orang.

Tiap kata-kata yang ku tulis bergurau bersama rakan, kau ambil serius dan balas seperti aku orang gila meroyan.

Apa yang kau mahu kawan???

Mungkin kau nak tengok aku tergolek jatuh di jalanan, atau mati rentung terbakar, dan kau nak bertepuk tangan sambil mengatakan - tengoklah! Itu balasan tuhan!!

Allahuakhbar...

Tidakkah kau sedar, tindakanmu sendiri yang membusukkan namamu, tapi kau minta aku yang bersihkan..

Tidakkah kau sedar yang umurmu bukan lagi belasan untuk jadi orang yang suka menyalahkan dan tidak boleh terima teguran.

Aku malu bila orang bertanya - mengapa? Kerana aku tiada jawapan. Ku minta mereka menilaikan dan semua akan tersenyum sendirian.

Buatlah apapun pengisian, kalau titik hitam di hati itu tidak pernah dipadamkan, kalau ego dan rasa diri betul itu tidak dihilangkan, kau tetap jadi manusia yang memburukkan namamu sendiri.

Jangan salahkan orang yang membuat anggapan, kerana tingkahlaku mu yang memberikan gambaran.

Tapi, aku pening sebab nanti aku jugak yang disalahkan.

Hebat sangat ka che kiyah tu, duhai kawan-kawan?

Aku bisa membalas ayat-ayatmu samada dengan jari atau lidah, tapi aku ikut saranan. Kalau ku layan orang yang sakit jiwanya, aku juga akan jadi sama gila.

Biarlah aku berdiam dan mengalah. Kerana aku tidak mahu terus memberikan ruang padamu membuka dan mengaibkan dirimu sendiri yang mana kelak, aku juga yang akan dipersalah.

Hanya itulah bantuan yang mampu ku berikan padamu.

Moga hatimu terus tenang. Itu doaku saban waktu. 

Related Posts with Thumbnails