Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, April 12, 2015

#4 sudahh..

Assalamualaikum... I'm back!!

Alhamdulillah..17 Jan 2015 yang lalu pada jam 2.30 pagi, ibu telah selamat melahirkan. Baby boy seberat 3.68kg di Hospital Sultanah Bahiyah secara normal. Tepat mengikut kiraan doktor.

Pinggang mula terasa 'lenguh' seawal jam 3 pagi hari Jumaat. Tapi lenguh-lenguh itu datang dan pergi tanpa sebarang tanda-tanda kebiasaan untuk bersalin. Jam 5 ptg, baru lenguh ala-ala senggugut sesekali menyerang. Ibu masih relax sebab nak tunggu tanda-tanda yang lebih jelas samada turun darah atau air ketuban, tapi tak dak jugak.

Usai solat Isyak, kontijen keluarga menghantar ibu ke hospital. Risau kalau-kalau sakit tengah malam. Baik pi serah diri awal-awal. Anak-anak ibu tinggalkan di rumah dengan maktok bersama pesanan - doakan ibu selamat lahirkan baby ya!

10 mlm masuk bilik saringan. Bukaan sudah 4cm. Jam 11 mlm, ditolak masuk ke bilik bersalin 13. Bermulalah pertarungan hidup dan mati.

Melahirkan kakak dapat suntikan painkiller. Masa twin lagi la sebab operation, baring dan tadah saja. Tapi pertarungan kali ni tanpa apa-apa ubat. 3 1/2 jam bertarung sendirian adalah suatu pengalaman. 

Saat diri dah tak mampu menahan sakit 'terakhir' yang menggegarkan seluruh badan, ibu rasakan nyawa dah nak di ambil Izrail. Memang itu saja yang ada di dalam ingatan. Ibu terfikir, macamana lah sakitnya nak habis nyawa nanti. 

Sakit bersalin pun dah sampai terketaq-ketaq dagu, namun kita masih ada pilihan dan boleh dikawal dengan teknologi perubatan yang ada. Sakit nak mati semua orang tak boleh elak dan akan merasa. Tiada ubat atau teknologi yang boleh kurangkan sakitnya. Masing-masing menunggu saat dan ketika yang hanya diketahui Allah Taala. Berusaha dan berdoalah kita, moga diberikan husnul khotimah di akhir kehidupan kita. InsyaAllah....

Kelahiran kali ke 3 ini mengubah title ibu kepada wanita beranak 4 hehehehehe. Macam tak percaya, dah beranak 4 rupanya. Balance cuti bersalin ada 3 bulan lagi. Tapi rasanya macam dah nak tutup buku. Bela saja yang ada ni bagi elok-elok, cukup didikan kasih sayang dan perhatian.

Satu sebab paling epik ibu nak tutup buku adalah bila umur 40 (insyaAllah, panjang umur), ibu nak lena malam dengan nyenyak tanpa perlu bangun malam buat susu baby (^_^)


Tapi, kalau rasa agak stress dengan kerja.. ku beranak saja lagi sorang!!
Muahahhahaha...


comey tak sayaaa???


No comments:

Related Posts with Thumbnails