Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, April 19, 2015

#Hujan, kopi dan ketagihan

Assalamualaikum..

Dulu ibu cukup pelik bila dengaq orang kata dia ketagih kopi. Berdecip-decip mulut lapaq kopi! Lapaq kopi! Allahyarham wan bila petang, mesti minta kopi. Balik padang pun dia nak kopi. Kadang-kadang saja dia kata "buat teh kat wan".

Ibu bukanlah penggemar kopi. Dulu laa... dulu. Minum tu minum tapi gitu-gitu sajalah. Takdak lah kalau tak dapat kopi sehari dah jadi tak keruan. Tapi lepas lahirkan Fawwaz ni, ibu dah mula rasa ketagih kopi. Ni sebab dalam pantang, mak tok jamu kopi la ni.. Maktok jugak yang salah eh! 

Seminggu awal dalam pantang minum susu. Ada sekali susu habis, dan maktok lambat beli susu, ibu bancuhla kopi. Pagi minum kopi, petang pun kopi. Kadang-kadang malam pun kopi lagi. Dah ada susu mak buat kopi susu cicah roti susu suria... terbaekkk! 

Balik Johor terasa-rasa nak minum kopi kat tekak ni. Pi kedai nak beli kopi, semua kopi orang bandaq. Beli jugak la buat hilang gian. Rasa... errrrrmmm. 

Masa bancuh tu aroma kopi dah tak mengancam. Yang kuat bau gula merah. Ayaq kopi pun nampak berminyak. Mungkin terlebih majerin. Taik kopi pun haluih semacam.. macam ada unsur-unsur tepung..

Mujuq la ada kawan ibu yang ada stok kopi kegemaran ibu ni! Trima kasih kawan. Petang ni habaq, esok pagi dapat sepeket. Petang tu baru dan bancuh sebab paginya konon-konon kalut ke sana ke sini... maklumla baru masuk reja hehehehe


Apapun, kopi Cap Gantang adalah terbaek setakat ini. Produk dari utara dan yang penting, muslim punya! Kawan-kawan ibu kat FB dok komen, kopi cap Raga pun sedap jugak. Pasaran tak meluas lagi. Hanya di kawasan tertentu sahaja di dalam Kedah yang ada terutamanya Yan.


Oklah, tokey kopi cap gantang atau kopi cap raga... sila lantik ibu jadi duta... hehehehe Bekalan kopi 2 karton/tahun pun dah ok.. Kita kira bayaran adik beradik saja. Kita kan geng orang utara.

p/s: 
Hujan tengah lebat, bilik sejuk gelap gelita. Bancuh kopi cicah biskut lemak pun cara nih!!


No comments:

Related Posts with Thumbnails