Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, January 28, 2015

#Lahir Semula

Bismillah.

Assalamualaikum

Salam penuh kasih sayang buat semua. Lama sekali ibu tak menulis dan bercerita panjang lebar di sini. Cerita tentang hal-hal yang menggembirakan dan memberi inspirasi pada pembaca.

Terakhir, ibu menulis tentang lara hati ibu saja. Kecewa ibu dengan sikap manusia yang mulia....

Oklah...tak nak lah tulis benda-benda yang tak best. Ibu dah nak buat come back! Muahahahhaha...

Tapi tak tau la lama mana boleh bertahan hehehehe... la ibu tengah free dan berehat panjang, bolehla kan.. 

Sambil-sambil baring bertungku, bolehla buat entry 2-3 perenggan..iya dak?! Hehehhee

Berbulan-bulan ibu sepi dari menulis kerana ibu busy melayan diri sendiri. Layan mabuk dan pening buatan manusia ni memang tak boleh nak ditahan-tahan. Bila ibu sedar tekak dah mula tak sedap, badan dah mula lemah, ibu buat urine test dah sah lah yang rahim ibu telah mula berisi...

'Mabuk' kali ini boleh tahan jugak la walaupun pendek berbanding dengan yang sebelumnya. Masa yang sulung paling hebat sampai 8 bulan. Yang kembar pun lebih kurang jugak.


Mujur kali ke 3 ni sampai 5 bulan saja. Tu pun, dah separuh nyawa jugak rasanya nak melayan diri seiring dengan tanggungjawab pada pada keluarga dan kerja.

Lagi best, masa paling kemuncak tu adalah bulan puasa. 6 hari jugak la ibu tinggal puasa atas nasihat doktor sebab ibu dah dehidration dan kena tambah ayaq.

Mujuq maktok dan wan mai Johor time tu. 2 minggu ibu tahan maktok dan wan duduk dengan ibu hahahaha... Kalau tak, memang anak-anak ibu kebulur la bulan Ramadhan tu. Silap-silap, sahur dan berbuka makan roti dan buah saja.

Camna nak buat. Ibu tak boleh bau makanan. Dan sejarah buat kali ni, sekali pun ibu tak pi pasar ramadhan sebab tak boleh bau makanan dan masakan walaupun pasar tu depan opis ibu saja.

Keluar opis, sapu vicks kat hidung dan cover dengan towel, cepat-cepat lari masuk kereta... punya la tak tahan dengan bau.... kadang-kadang, uweekkk jugak dalam kereta (*_*)

Pejam celik-pejam celik, harung saja masa-masa penuh sengsara tu. Elok habis tempoh mabuk di kala aidilfitri menjelma.

Awal-awal raya tak boleh jugak makan banyak-banyak. Muak dengan lemak dan minyak. Ala-ala saja jamah tapi baik banyak la kalau nak dibandingkan dengan keadaan ibu di bulan puasa.

Raya kali ni memang sejarah. Langsung tak dak kuih raya kat rumah. Rumah pun langsung tak buka-buka untuk sesiapa (^_^)
Nanti ibu tulis lagi ekk.. banyak nak ibu tulis kat sini sebagai kenangan ibu. Ni tengah dok sauna tungku sambil baring-baring.

Baby dah mandi dan nyenyak lena. Ibu dia tak mandi lagi hehehehehe....

Tejuuukkkkk.......

Related Posts with Thumbnails